🇺🇸 *Washington 21 Nov: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berusia 82 tahun pada 20 November, satu peristiwa penting yang belum pernah dicapai oleh mana-mana pemimpin nombor satu negara itu.*
*Presiden tidak mempunyai acara umum pada kalendarnya untuk 20 November selepas pulang dari perjalanan dari negara Amerika Selatan, pada lewat malam 19 November.*
*Keluarga, rakan dan rakan sekerja, termasuk wanita pertama, Jill Biden dan bekas presiden, Barack Obama, memberi penghormatan kepada presiden daripada Parti Demokrat itu di media sosial.*
🇺🇸 *Washington 21 Nov: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu melahirkan rasa kesal atas tindakan veto oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap draf resolusi yang menuntut gencatan senjata dan pembebasan tawanan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).*
*"Ini adalah satu lagi contoh kekurangan konsensus yang dikesali yang kita lihat dalam Majlis Keselamatan antara negara anggota dan secara terus terang, kekurangan pelaksanaan resolusi sebelum ini mengenai Gaza," kata jurucakap Stephane Dujarric kepada pemberita.*
*Beliau berkata, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres kekal komited untuk menyokong usaha menamatkan konflik, mencapai pembebasan tanpa syarat semua tawanan, dan memajukan pelaksanaan penyelesaian dua negara.*
🇺🇸 *New York 21 Nov: Bilionair India, Gautam Adani didakwa membayar rasuah membabitkan ratusan juta dolar dan menyembunyikan pembayaran daripada pelabur, kata pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.*
*Menerusi empayar perniagaan yang merangkumi arang batu, lapangan terbang, simen dan media, pengerusi Kumpulan Adani itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini terpalit dengan dakwaan penipuan korporat dan kejatuhan saham.*
*Adani yang mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri India Narendra Modi, didakwa bersetuju untuk membayar lebih AS$250 juta (kira-kira RM1.1 bilion) dalam bentuk rasuah kepada pegawai di negara asalnya itu untuk kontrak bekalan tenaga solar.*
🇺🇦 *Kyiv 20 Nov: Amerika Syarikat (AS) telah menutup kedutaannya di sini berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan serangan udara Rusia, lapor agensi berita Jerman (dpa).*
*Dalam satu hantaran pada Rabu, kedutaan itu memaklumkan pihaknya "telah menerima maklumat khusus mengenai potensi serangan udara besar pada 20 November."*
*"Sebagai langkah berjaga-jaga, kedutaan akan ditutup, dan staf kedutaan diarahkan untuk berlindung di tempat selamat," menurut kenyataan itu.*
*Kedutaan itu turut mengesyorkan warga AS di Kyiv supaya "bersiap sedia untuk segera berlindung jika penggera serangan udara diumumkan."*
🏴 *London 21 Nov: Lelaki berusia 92 tahun didakwa di Britain atas pertuduhan membunuh dan memperkosa seorang wanita hampir enam dekad lalu, kata polis Britain pada 20 November lalu.*
*Louisa Dunne, 75, ditemukan mati oleh jiran di dalam rumahnya di bandar Bristol, pada Jun 1967.*
*Punca kematiannya direkodkan sebagai tercekik dan sesak nafas.*
*Kes itu 'senyap' selama 57 tahun sehingga warga emas, Ryland Headley dari Ipswich di timur England, ditangkap pada 19 November lalu dan kemudiannya, didakwa.*
🇹🇷 *Istanbul 20 Nov: Pasukan penyelamat gunung sedang mencari pasangan kembar dari Belarus yang hilang sejak Isnin selepas mendaki di tengah Turki, kata kedutaan Belarusia pada hari Rabu.*
*"Kami belum mendengar khabar daripada dua beradik itu dan masih mencari mereka," kata jurucakap kedutaan kepada AFP.*
*Kembar berusia 36 tahun itu berlepas untuk mendaki Puncak Kizilkaya setinggi 3,771 meter (12,372 kaki) pada hari Sabtu dan telah dijangka kembali ke kem pangkalan mereka pada hari Isnin, kata pejabat gabenor tempatan.*
*Puncak Kizilkaya terletak di antara dua wilayah tengah Nigde dan Kayseri.Kira-kira 15 penyelamat terlibat dalam pencarian dua pendaki gunung itu, kata pihak berkuasa.*