*Johan, 18, yang mesra disapa Jojo turun dengan misi memburu kemenangan ketujuh daripada lapan penampilan dalam ONE Championship.*
*Petarung yang mewakili Rentap Muaythai Gym itu berkata, dia tekad untuk terus mengharumkan nama Malaysia di pentas seni mempertahankan diri terbesar itu.*
🏑 *KUALA LUMPUR 27 Nov: Skuad hoki remaja lelaki negara terus cemerlang apabila merakam kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen Piala Remaja Asia dengan membelasah tuan rumah, Oman 9-1, awal pagi tadi.*
*Young Tigers kendalian I Vikneswaran yang diletakkan dalam Kumpulan B membuka kempen kejohanan yang berlangsung di Al Amarat, Muscat itu, Selasa lalu dengan menewaskan China 5-2.*
🐯 *KUALA LUMPUR 27 Nov: Penyokong diingatkan jangan meletakkan harapan terlampau tinggi untuk Harimau Malaya menggapai bulan bintang dalam Piala ASEAN 2024 sekiranya pengendali skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente tidak dapat menghimpun skuad terbaik.*
*Piala ASEAN yang sebelum ini dikenali sebagai Piala AFF akan bermula 8 Disember hingga 5 Januari depan yang mana kejohanan itu berlangsung ketika saingan Liga Malaysia (Liga M) turut berjalan.*
*Situasi itu bakal menyaksikan Vicente mungkin tidak akan dapat membentuk skuad 'idaman' kerana kemungkinan akan ada pasukan yang sukar untuk melepaskan pemain utama mereka.*
🏆 *KUALA LUMPUR 27 Nov: Pengendali baharu Selangor FC (SFC), Katsuhito Kinoshi menjanjikan permainan bola sepak yang agresif selepas bakal mengendalikan perlawanan pertamanya apabila menentang Muangthong United bagi aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), malam ini.*
*Bekas pembantu jurulatih skuad kebangsaan Serbia itu berkata, mereka turun ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan misi untuk tidak mencicirkan mata sekali gus mengharapkan anak buahnya dapat mengutip kemenangan apatah lagi beraksi di laman sendiri.*
🏛️ *SHAH ALAM 27 Nov: Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya tiada sebarang keputusan daripada siasatan kes serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim.*
*Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri, Najwan Halimi berkata, setakat ini pihak Selangor FC (SFC) sudah melantik peguam untuk terus memantau kes ini.*
*"Tindakan susulan berkaitan dengan kes terbabit, kita memang serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.*
🦏 *KUALA LUMPUR 28 Nov: Sabah FC mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia 2024/25 selepas menyingkirkan pasukan Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC 7-0 secara agregat.*
*Selepas memenangi aksi pertama 4-0 di laman sendiri, skuad 'Badak' menewaskan lawan sama 3-0 pada aksi kedua pusingan 16 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.*
*Keputusan ini menyaksikan Sabah FC akan menanti pemenang antara Penang FC ataupun Kuching City FC (KCFC) dengan KCFC ketika ini berkelebihan 1-0 secara agregat.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*