*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 25 Dis: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan membabitkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. Teo dalam catatan di Facebooknya semalam menyatakan bahawa beliau telah menerima laporan mengenai laman yang membuat dakwaan palsu boleh membantu dalam permohonan MyPR, malah ada yang menjanjikan kelulusan dalam tempoh 21 hari, dan aktiviti penipuan seperti itu akan disiasat dan pesalah akan dibawa ke muka pengadilan.*
*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 25 Dis: Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024. Jumlah itu terdiri daripada agihan pendapatan 5.5 sen dan bonus 0.25 sen, menjadikan jumlah keseluruhan agihan sebanyak RM10.1 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 11.1 juta pemegang unit.*
*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 25 Dis: Agrobank menggesa pesawah padi yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di seluruh negara menyertai Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) secepat mungkin sebagai perlindungan sebarang bencana luar jangka. Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) adalah bentuk perlindungan yang penting bagi pesawah, terutamanya menghadapi risiko yang tidak dapat dijangka seperti bencana alam banjir atau kemarau serta serangan penyakit tanaman atau serangan makhluk perosak.*
*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Butterworth 25 Dis: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengesan 25 bas ekspres dan persiaran beroperasi dengan hanya seorang pemandu sahaja bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi khas yang dijalankan di tiga plaza tol di negeri ini, semalam. JPJ negeri dalam kenyataan berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandunya tiada lesen memandu.*
*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kuantan 25 Dis: Seramai 45 mangsa daripada 14 keluarga terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub dan Lipis setakat 4 petang ini, selepas kediaman mereka dilanda banjir berikutan hujan berterusan sejak semalam menyebabkan empat sungai di Pahang melepasi paras waspada. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lipis memaklumkan, paras air yang meningkat membimbangkan penduduk, khususnya di kawasan rendah berhampiran sungai.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=
🇸🇾 *Damsyik 25 Dis: Pemimpin baharu Syria mengumumkan pada Selasa bahawa mereka sudah mencapai persetujuan dengan kumpulan pemberontak di negara itu mengenai pembubaran dan penyatuan kumpulan-kumpulan terbabit di bawah Kementerian Pertahanan.*
*Wakil daripada pasukan diketuai oleh Kurdish dan disokong oleh Amerika Syarikat (AS) yang menguasai sebahagian besar timur laut Syria tidak hadir dalam pertemuan terbabit.*
*Pertemuan antara kumpulan pemberontak dan pemimpin baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, 'berakhir dengan persetujuan mengenai pembubaran semua kumpulan dan penyatuan mereka di bawah pengawasan kementerian pertahanan', menurut kenyataan disampaikan oleh agensi berita Sana dan akaun Telegram pihak berkuasa.*
🇺🇸 *New York 24 Dis: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata pihak berkuasa pendudukan Israel membunuh seorang kanak-kanak setiap jam di Semenanjung Gaza, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).*
*Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, agensi itu berkata: "Tiada tempat yang selamat untuk kanak-kanak. Sejak perang bermula 14,500 kanak-kanak dilaporkan terbunuh di Gaza, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)."*