🎾 *Sydney 25 Dis: Novak Djokovic yakin masih mampu memenangi gelaran Grand Slam, bermula dengan Terbuka Australia, ketika pemain Serbia itu memulakan usahanya untuk merangkul gelaran ke-11 serta kejuaraan Grand Slam ke-25 dengan beraksi di United Cup dekat Brisbane minggu ini.*
*Pemain nombor satu dunia wanita, Aryna Sabalenka, pula akan memburu trofi ketiganya di Melbourne Park, turut menyertai Djokovic beraksi di Pusat Tenis Queensland dari 29 Disember hingga 5 Januari ini.*
*Ia adalah musim pertama sejak Djokovic, yang kini berusia 37 tahun, mula bermain tanpa kehadiran mana-mana pemain lain dari "Big Four".*
*Ia selepas persaraan Rafael Nadal dan Andy Murray tahun ini. Roger Federer pula mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2022.*
🏸 *Kuala Lumpur 25 Dis: Bekas pemain perseorangan negara, Yeoh Kay Bin sah dilantik selaku ketua jurulatih baharu bagi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia.*
*Pengumuman itu dibuat oleh Team LZJ menerusi satu kenyataan yang dibuat di laman media sosial, hari ini.*
*"Selamat datang ketua jurulatih baharu Team LZJ, Yeoh Kay Bin. Kay Bin, bekas pemain antarabangsa Malaysia, mempunyai pengalaman kejurulatihan yang luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.*
🏸 *Kuala Lumpur 24 Dis: Gandingan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M Thinaah mungkin agak lewat menemui rentak permainan mereka dalam Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 yang berakhir baru-baru ini di Hangzhou, China, tetapi mereka berazam untuk membawa momentum positif itu ke musim 2025.*
*Walaupun tewas semua perlawanan Kumpulan A di WTF 2024, Pearly memilih perlawanan terakhir mereka menentang gandingan nombor satu dunia dari China Liu Sheng Shu-Tan Ning sebagai detik penting untuk membina peningkatan dan berharap dapat membawa tenaga itu ke Terbuka Malaysia 2025 bulan depan.*
🏑 *Kuala Lumpur 25 Dis: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) yang akan berlangsung tiga hari lagi dijangka sengit apabila menyaksikan pencalonan baharu dalam setiap jawatan yang dipertandingkan.*
*Jawatan presiden yang kini disandang I Vikneswaran bakal menerima cabaran daripada Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yang juga Presiden HockAcademy.*
*Perebutan kerusi nombor satu PHKL ini pastinya sengit dengan Vikneswaran cuba mempertahankan jawatannya, manakala Megat Shariman mahu kembali mengambil alih tampuk pimpinan persatuan seperti penggal 2019-2022.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*