Imam Al-Ghazali memilih pandangan Abu Darda dalam situasi melihat kekurangan saudara mukmin yang lain.
Abu Darda berpendapat bahawa kita jangan memboikot saudara kita ketika dia dalam kekurangan. Bahkan kita mestilah sentiasa mendampinginya sehinggalah dia dapat mengatasi kekurangannya.
Amalan maksiatnya hendaklah kita benci. Dia hendaklah kita cintai selama dia beramal dengan amal yang Allah redha.
Ketika dia bermaksiat, kita hendaklah memandangnya dengan pandangan belas kasihan kepada dirinya kerana dia sedang diuji, bukan pandangan benci dan dendam.
Jangan biarkan dia bersendirian berhadapan dengan syaitan yang mewas-waskannya, menghilangkan rasa malunya berbuat dosa dan hilangnya sensitiviti terhadap dosa dan pahala.
Jika kita menjaga hubungan dengannya, kita dapat membantunya berhadapan dengan hasutan syaitan tersebut.
Dipetik dari buku, Ukhwah Fillah karangan Sheikh Muhammad Abdullah Al-Khatib.
t.me/fazakkir