Fazakkir


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Bersama mengingatkan kepada Allah!
Sebarkan kebaikan kepada yang lain ye.
fazakkirofficial.blogspot.com

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Kita kadang duk nak jaga sangat penampilan diri sangat sampai lupa iman pun kena jaga gak.

Tu yang penampilan diri kemas tapi iman tak 'kemas'.

t.me/fazakkir


Dunia.

Banyak perkara yang kita telah hadapi, sedang lalui dan bakal tempuhi.

Semuanya yang diciptakan di dunia ini yang bernama manusia itu pasti akan diuji. Mana mungkin sesorang muslim itu kata, "Aku beriman!" tapi tak diuji? Bukan ke itu firman Allah?

Kalau rasa dah penat untuk hidup di dunia ni, ingatlah penghujung yang kita nanti-nantikan akan tiba jua, kalaulah kita bersungguh-sungguh untuk bangkit menggapai redha Allah.

Kawan, kita hidup memang banyak tanggungjawab,

Sebagai seorang guru,
Sebagi seorang boss,
Sebagai seorang ayah,
Sebagai seorang ibu,
Sebagai seorang anak,
Sebagai seorang student,
Sebagai seorang muslim,
Sebagai yang bermacam-macam...

Tapi kita kena ingat dan sentiasa ingat, Allah lah jua untuk kita meluah, mengharap dan meminta pertolongan.

Jangan lemah semangat, Allah kan ada. 😊

t.me/fazakkir


Репост из: Hijah Cinta?
🌸 KASTURI UMMAH 🌸


🌹Sesiapa yang berminat untuk join Grup Dakwah WhatsApp Kasturi Ummah,
Sila PM saya dengan secepat mungkin.. Tinggalkan nombor wsap anda.. Group ini adalah Group Campur ( lelaki&prmpuan ) Namun ikhtilat amat ditekankan.. InshaaAllah..

@RealHijrahCinta

🌹Semoga lebih terjalin ukhwah yg dibina kerna Allah. InshaaAllah..


Jazakumullahu khairan khatsira😊❤️💐


Bismillah.

Alhamdulillah syukur pada Allah sebab masih lagi bagi banyak peluang kepada kita untuk terus hidup.

Hah, syukur tak?

Ok, pertama sekali, saya nak umumkan yang @fazakkir akan dikendalikan oleh seorang admin je iaitu @farismubeen .

Oleh itu, insya Allah saya akan cuba untuk menyegarkan channel ni seperti dulu kala (Ceh, macam lama sangat je 😅).

Insya Allah pengisian dalam channel @fazakkir mengekalkan konsep yang sama iaitu tazkirah santai mengingatkan kepada Allah.

Moga kita semua dapat manfaatnya insya Allah.

Meh, sebarkan kebaikan. 😁

t.me/fazakkir


Jika slogan Marx berbunyi :

"ubahlah ekonomi dan perhubungan, pasti akan berubahlah sejarah"

Maka slogan Al-Quran pula berkata :

"ubahlah diri kamu, pasti sejarah akan turut berubah ! "

Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi
#pencinta_Qaradhawi

@medan_tarbiahilmiah


3 perkara yang Allah akan tanya kita di akhirat selain solat. Sebenarnya semua perkara jugak Allah akan tanya tapi ni berdasarkan hadith juga.

Pertama, nikmat.

Apa kita buat segala nikmat yang ada? Kita guna untuk kebaikan atau keburukan? Adakah kita bersyukur?

Kedua, amanah.

Adakah kita dapat amanah untuk bermegah? Kita jalankan tak amanah kita? Adakah kita dah amanah?

Ketiga, silaturrahim.

Hubungan kita dengan kawan kita macam mana? Tegur tak kawan yang buat salah? Bimbing tak kawan kita yang bermaksiat? Dah penuhi hak sebagai seorang muslim ke belum?

Apa pun tanyalah diri sendiri. Tepuk dada tanya iman kita.

t.me/fazakkir


Perkara yang paling berharga dalam hidup kita selain ibu bapa kita ialah kawan.

Ramai yang tak menjaga hati dan perasaan kawan. Berapa ramai yang tak tahu betapa bernilainya kawan di sisi kita.

Dan betapa sakitnya bila kawan tu hilang. Bayangkan kawan kita hilang satu per satu. 😔

Tak dipanggil kawan kalau meninggalkan kawannya. Itu kita kena ingat.

Kawan sebenar akan ingat dan terus ingatkan kita. Kawan sebenar akan bersama dengan kita.

Kawan ada tanggungjawab yang besar.

Jadilah kawan yang terbaik.

t.me/fazakkir


Assalamualaikum semua, inn shaa Allah kita akan teruskan perkongsian secara aktif (kami cuba 😅)

Kami akan kongsikan apa yang bermanfaat untuk kalian dan diharapkan kalian boleh la share kepada yang lain juga.

t.me/fazakkir


KALAU BUAT DOSA BERKALI-KALI, APA NAK BUAT?

Ramai orang tertanya-tanya,

"Kalau buat dosa berkali-kali, apa nak buat?"

Sebenarnya, memang setiap manusia akan ada tendency (kecenderungan) untuk ULANG-ULANG dosa semula. Sebab kita ini bukan malaikat. Walaupun ada dosa yang kita berjaya tinggalkan, tetapi ada juga dosa lain yang kita SANGAT SUSAH nak tinggalkan.

Jadi kalau susah nak tinggalkan, apa nak buat?

Saya dah hurai dalam video ini secara ringkas insyaAllah. Asasnya adalah ;

SEPERTI MANA KITA MENGULANGI DOSA,
SEPERTI ITU JUGA KITA WAJIB MENGULANGI TAUBAT!
BAHKAN MESTI ULANG LEBIH BANYAK!

Ulang taubat lagi dan lagi.
Sampai bila?

Sampailah moga-moga kita mati dalam keadaan sedang bertaubat,
bukan mati dalam keadaan bermaksiat.

#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat

https://www.youtube.com/watch?v=BKoyeQIDcPY&ab_channel=TarbiahSentap
Kalau Buat Dosa Berkali-kali, Apa Nak Buat? - Shukery Azizan
Banyak buat dosa. Taubat. Lepas itu buat dosa lagi. Taubat. Buat dosa lagi. Taubat. Penatnya. Jom dengar apa kata Shukery.


Assalamualaikum semua,

Rasanya lama sangat tak update apa-apa ni. Inn shaa Allah lebih kurang 2 minggu kami akan buat pengisian.

Nantikan ye. Sabar la ye. Kan sabar separuh dari iman.

Tak gitu?

t.me/fazakkir


Kalau hidup ni pahit, Allah lah gulanya.

-Adam Corrie-

t.me/fazakkir


Anak dan handphone 📞📞

Ada orang memukul anaknya kerana merosakkan handphone.

Tapi,
kenapa tiada orang yang memukul handphone nya kerana telah merosakkan anaknya...

#muhasabahdiri

@medan_tarbiahilmiah


Imam Al-Ghazali memilih pandangan Abu Darda dalam situasi melihat kekurangan saudara mukmin yang lain.

Abu Darda berpendapat bahawa kita jangan memboikot saudara kita ketika dia dalam kekurangan. Bahkan kita mestilah sentiasa mendampinginya sehinggalah dia dapat mengatasi kekurangannya.

Amalan maksiatnya hendaklah kita benci. Dia hendaklah kita cintai selama dia beramal dengan amal yang Allah redha.

Ketika dia bermaksiat, kita hendaklah memandangnya dengan pandangan belas kasihan kepada dirinya kerana dia sedang diuji, bukan pandangan benci dan dendam.

Jangan biarkan dia bersendirian berhadapan dengan syaitan yang mewas-waskannya, menghilangkan rasa malunya berbuat dosa dan hilangnya sensitiviti terhadap dosa dan pahala.

Jika kita menjaga hubungan dengannya, kita dapat membantunya berhadapan dengan hasutan syaitan tersebut.

Dipetik dari buku, Ukhwah Fillah karangan Sheikh Muhammad Abdullah Al-Khatib.

t.me/fazakkir


Репост из: Jiwang Lawak Nasihat
Jika kau jaga aib orang ,
Maka Allah jaga aib kau .

@lawakstudents


Kadang saya terfikir. Kadang saya terfikir, saya ni kadang terinspirasi dengan orang yang hebat-hebat.

Tak kisah lah dari kalangan kawan sendiri atau orang lain atau public figure mana-mana tapi apa yang membuatkan saya terfikir ialah macam mana nak menjadi terinspirasi tu boleh menjadi inspirasi kepada yang lain?

Macam mana nak melakar kejayaan seperti mereka? Macam mana nak berbakti dan berkorban demi ummah? Sanggupkan aku?

Ketahuilah, setiap dalam diri kita ni ada satu perasaan nak berjaya dan kenapa tak terus mulakan langkah ke arah kejayaan tu?

Meh, buka langkah dan terus maju ke depan!

t.me/fazakkir


[ M A T A ]
🌸🌸

Mata yang sering memandang rendah terhadap orang lain adalah mata yang tidak layak memandang rasulullah

- Habib Ali Zaenal Abidin alHamid -

@medan_tarbiahilmiah


Terima kasih kepada members Fazakkir yang vote soalan di atas ni ye. 👆

t.me/fazakkir


Ehem, mohon members Fazakkir vote perkara di atas ye. 👆

Syukran. 😊

#iklan

t.me/fazakkir


Bismillah. Nak buat survey sikit. Berapa ramai yang suka baca post dakwah Fazakkir di Blog, Telegram, Facebook dan Instagram? Mohon semua members Fazakkir pilih ye.

Telegram – 138
👍👍👍👍👍👍👍 93%

Facebook – 6
▫️ 4%

Instagram – 4
▫️ 3%

Blog – 1
▫️ 1%

👥 149 people voted so far.


Hari ni ada sesuatu yang menyebabkan saya terfikir. Saya rasa bermanfaat untuk dikongsikan.

Meh, renungkan.

Time kita kecik, kita akan meragam, menangis, merajuk pada ibu ayah kita kalau kita tak dapat apa yang kita nak.

Ingat lagi tak? Kita menangis tak tentu pasal, meragam tak henti-henti, sampaikan ibu ayah puas pujuk kita. Kadang sampaikan kat tempat orang ramai pun kita buat perangai pulak.

Ingat kan?

Maknanya, time kita kecik dulu, kita akan menangis, meragam, buat perangai bila kita tak mengerti lagi time tu.

Yup, disebabkan kita tak faham, tak mengerti, maka ibu ayah lah yang pujuk dan ajar kita bahawa benda ni tak perlu, benda ni tak elok, benda ni tak baik untuk kita.

Sampaikan satu tahap, bila kita terus buat perangai kita, jadi ibu ayah akan marah kita, rotan kita. Bukan atas asbab benci atau menyampah tapi tanda kasih sayang supaya kita mengerti dan faham, apa yang kita nak tu bukan yang terbaik untuk kita.

Macam tu la juga dengan tuhan yang menciptakan kita, Allah SWT.

Kita minta dan doa pada Allah supaya kita nak apa yang kita nak.

Atau,

Kita terus dan menerus buat apa yang kita suka pada hal benda adalah perkara haram dan berdosa.

Tapi kita masih terus menerus minta selagi tak dapat dan terus menerus buat maksiat, sedangkan Allah masih memberi peluang untuk kita sedar dan kembali padaNya.

Itu tandanya kita tak mengerti lagi.

Sampai satu masanya, apabila kita terus minta dan terus buat maksiat, maka Allah akan peringatanNya kepada kita.

Bukan bermakna Allah benci selamaNyaa sehingga ketika tu kita dah ditakdirkan ahli neraka, tak!! Sedarlah, Allah bagi peringatanNya sebagai tanda lasih sayangNya, rahmatNya, belas kasihanNya kepada supaya kita terus bertaubat padaNya dan ketahuilah itulah yang TERBAIK buat kita semua.

Betapa baiknya Allah sehinggakan kita tak nampak hikmahNya. Kita pula asyik menyalahkan takdirNya. Sedangkan itu terbaik buat kita. Itu tandanya, Allah masih memandang kita dengan pandangan rahmatNya.

Ketika inilah baru kita mengerti.

Tak gitu? 😊

t.me/fazakkir

Показано 20 последних публикаций.

1 047

подписчиков
Статистика канала