Fabula Ficta✨


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Created
╰─➤ 。。13082021
Owner
╰─➤ 。。Nur
Other Channel
╰─➤ 。。@quoteslenur
Promote Group
╰─➤ 。。@nurpromote
Official Bot
╰─➤ 。。@FabulaFictaBot

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций




✩ Kusangka Permata - Chapter 14 ✩

Iman duduk disuatu sudut dibilik itu dengan muka tiada perasaan. Dia juga kaku dan tidak bergerak waima sedikit pun, keadaan itu berlarutan selama beberapa jam membuatkan uncle bimbang. Lantas dia mengarahkan bibiknya memeriksa keadaan Iman.

Bibiknya, Marissa agak ketakutan namun diturutkan sahaja. Saat dia menjejakkan kaki ke dalam bilik itu, terasa aura suram menyelubungi bilik. Saat dia melangkah mendekati Iman, tiba-tiba Iman mengalihkan pandangan ke arahnya. Dia terkaku melihat pandangan mata Iman yang sangat dingin, langsung tiada ekspresi. Dia agak ketakutan namun dia sedikit lega kerana Iman masih selamat. Dia terus menuju ke bilik uncle untuk melaporkan keadaan Iman.

Keadaan Iman berterusan seperti itu selama beberapa hari, uncle berasa gelisah dan hairan dengan tingkah Iman. Iman mkn, minum dan membersihkan diri seperti biasa namun wajahnya sentiasa dingin dan dia tidak berkutik langsung selagi tiada orang menjenguknya. Dia cuba berlagak tenang, dia mahu memantau keadaan Iman selama beberapa hari lagi.

Seminggu kemudian...
Iman mula menunjukkan perubahan. Dia sering ketawa seorang diri dan bercakap sendirian seolah-olah ada seseorg yang menemaninya. Setiap kali Marissa masuk untuk menghantar makanan atau membersihkannya, Iman akan mendiamkan diri. Dia akan makan dan bersihkan diri dengan cepat lalu merenung tajam Marissa. Dia berbuat begitu agar Marissa cepat-cepat meninggalkannya. Marissa yang gentar dengan kelakuan Iman akan cepat-cepat beredar setelah menyelesaikan tugasnya.

Uncle yang sentiasa memantau Iman melalui CCTV agak pelik dengan tingkah Iman. Dia membiarkan Iman dgn angan-angannya kerana dia sangat bencikan Adam dan Aryssa.

Dia teringat kembali kenangan semasa dia dan Aryssa masih di sekolah rendah...
(Ketika wktu rehat)
🧔🏽: Hye Aryssa
🧕🏻: Ouh, hye Danish
🧔🏽: Tak rehat ke?
🧕🏻: Tak aku makan breakfast banyak dekat rumah tadi
🧔🏽: Ouh, mak masak ape?
🧕🏻: Nasi lemak sambal sotong
🧔🏽: Sedapnyaa😋
🧕🏻: ...
🧔🏽: Btw Aryssa, sy nak cakap sikit👉🏽👈🏽
🧕🏻: Ape kau ni?
🧔🏽: Aku sebenarnye...
🧕🏻: ...
🧔🏽: Sebenarnye...
🧕🏻: Sebenarnye ape?
🧔🏽: Erm...
🧕🏻: Cakap la cepat, aku nak balik kelas ni
🧔🏽: Aku suka kau😳
🧕🏻: Ish ape kau ni! Kita student, aku taknak fikir cinta-cinta ni semua
🧔🏽: Tapi...
🧕🏻: Takde tapi-tapi, aku tak suka. Aku nak fokus belajar
(*Aryssa terus blah)
(Tamat imbas kembali)

"Padan muke kau Aryssa. Dulu kau tolak aku, kau tak tau betapa sakitnya hati aku. Sekarang kau terima balik, aku akan buat anak kau mati. Biar kau tahu macam mana rasa kena reject. HAHAHAHAHA," kata Danish. Tak sangka dendam sekolah menengah dibawa hingga dewasa.

Di rumah Aryssa...
"AAAHHHH! Iman, Iman, ibu rindukan Iman," tangis Aryssa dlm tidur. Adam segera mengejutkan Aryssa yang mengigau. Sejak kehilangan Adam, Aryssa acap kali mengigau akibat terlalu rindu kepada Adam. Tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada Adam dan Haura dijalankan dengan baik. Namun, dia sentiasa risaukan Iman.

Ada kalanya Aryssa akan menangis sebelum tidur, kesihatannya juga tidak begitu memuaskan sehingga dia perlu menghadiri temu janji dengan doktor pada setiap bulan. Ada kalanya dia tidak menjamah sebarang mknan kerana rindukan Adam.

Haura yang masih tidak memahami apa-apa sering bertanya mengenai Iman. Dia tidak faham apa itu 'culik' dan 'hilang'. Dia menjalani rutin seperti biasa walaupun sedikit sedih dengan ketiadaan abangnya dan kedinginan ibunya.

Setelah beberapa bulan...
Iman telah menjadi semakin teruk. Dia telah merosakkan semua patung-patung dan lukisan yang ada di dlm biliknya itu. Dia juga semakin dingin dan namun air matanya mengalir tanpa henti. Ada kalanya dia akan mencederakan diri sendiri, setiap kali perkara itu berlaku Danish akan menelefon doktor peribadinya untuk merawat Iman. Pada suatu hari...

Bersambung-
@ficseanlenur




Hye morning dear! Are you ready for the next chapter up? Stay tuned if you're waiting. Don't forget to promote our channel too. Thankss!




✩ Kusangka Permata - Chapter 13 ✩

Pintu bilik Iman dibuka, uncle menjengah kepala dengan dulang makanan. Mungkin mkn malam untuk dia, Iman yang sangat lapar terus makan dengan penuh selera. Setelah selesai makan dia tertidur akibat kekenyangan, dia juga sangat penat setelah menangis seharian.

Sementara itu di bilik uncle...
"Yes! Plan aku finally siap. Lembik betul budak ni, ade ke takut patung. Meh aku ajar cara nak jadi berani😏," kata uncle dengan nada yang angkuh. Dia kemudian teringat punca Iman takutkan patung.

Semasa iman berusia 1 tahun 4 bulan...
Adam dan Aryssa membawa iman berjalan jalan, mereka ingin menikmati udara segar untuk mengurangkan kegusaran hati. Mereka singgah di sebuah taman rekreasi, ramai keluarga berada di situ ada juga kehadiran beberapa badut dan maskot-maskot yang berpakaian teddy bear.

Iman sangat berminat untuk melihat badut dan maskot-maskot itu jadi mereka pergi ke tempat pertunjukan. Badut-badut itu menunjukkan cara menghasilkan pelbagai bentuk belon manakala maskot-maskot itu pula bergurau senda dengan mengacah kanak-kanak serta bergambar. Iman mahu bergambar dengan maskot-maskot itu jadi Adam dan Aryssa turutkan sahaja. Ketika sedang rancak bergambar, tiba-tiba Iman menangis sekuat hati. Dia berlari kearah Aryssa lalu memeluknya erat. Aryssa memujuk iman namun tidak menjadi, perangai pelik Iman berlarutan selama beberapa hari.

Aryssa sangat risau lalu membawa Iman berjumpa pakar psikologi kanak-kanak. Setelah doktor itu melakukan pemeriksaan dan berbual dengan Iman, punca segalanya telah didedahkan oleh Iman. Dia berkata, maskot itu berbisik kepadanya bahawa mereka ingin membawa Iman pergi, mereka mengatakan yang Aryssa dan Adam tidak menyayanginya dan pelbagai lagi benda buruk. Iman yang tidak mempercayai kata-kata mereka mula memdiamkan diri sehinggalah, salah satu maskot itu mencubit belakangnya dengan kuat sehingga lebam.

Lantaran itu, repot polis telah dibuat. Pesalah telah ditangkap seminggu kemudian lalu dikenakan hukuman yang setimpal. Sejak itu, setiap kali Iman terlihat patung atau teddy bear, dia akan menangis dan menggigil dengan teruk. Oleh itu, adiknya Haura juga tidak pernah dibelikan patung mahupun teddy bear.
(Tamat imbas kembali)

Dihopital pula...
Wad yang menempatkan Aryssa sangat suram kerana Aryssa masih tidak sedarkan diri setelah beberapa jam pengsan. Doktor mengatakan bahawa Aryssa terlalu tertekan serta sangat lesu akibat tidak makan. Doktor terpaksa masukkan gula untuk memberi sedikit tenaga kepada Aryssa.

Dirumah pula...
Haura pula menangis-nangis dalam pelukan neneknya kerana rindukan ibunya. Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri dari pelukan neneknya. Mata Haura juga sudah mula kelihatan sembal dgn muka yang pucat akibat terlalu banyak menangis. Setelah beberapa jam menangis, akhornya Haura tertidur akibat kepenatan. Setelah terjaga, mood Haura lebih baik walaupun kelihatan sedih. Dia makan dan minum dengan banyak kerana lapar.

Dirumah uncle...
Iman terjaga setelah beberapa jam tertidur, dia yang masih mamai agak hairan kerana biliknya terasa agak panas berbanding biasa. Dia melihat sekelilingnya lalu terus menggigil kerana dia kini berada di suatu tempat yang berbeza. Satu bilik yang dipenuhi pelbagai patung dan teddy bear sama ada gambar, ataupun yang betul. Dia sangat-sangat takut lalu mula menangis.

Uncle yang memerhatikan Iman mula ketawa keriangan melihat keadaan Iman. Dia berkata "padan muka, lain kali lembik lagi. Kan dah kena, HAHAHAHAHA,". Setiap kali tiba waktu makan dia akan menghantar makanan kpd Iman. Setiap pagi juga Iman akan dimandikan oleh bibiknya. Rutin itu berulang-ulang selama beberapa bulan, sehinggalah...

Bersambung-
@ficseanlenur




✩ Kusangka Permata - Chapter 12 ✩

Adam terus menuju ke balai polis yang berdekatan. Dia ingin melaporkan mengenai kehilangan anaknya yang disyaki diculik. Sebaik tiba, dia menceritakan kembali perbualannya bersama pengawal sekolah...
👱🏼‍♂: Bang, abang nampak tak anak saya? Lelaki, tinggi 120 cm kulit cerah. Nama Iman Firdausi, bawa beg sekolah warna biru dengan kartun boboiboy?
🧔🏾: Ouh dia baru balik tadi dengan orang yang dia panggil 'uncle'. Kenapa ya encik?
👱🏼‍♂: Sy ayah dia, saya takde minta sapa-sapa ambilkan die pun.
🧔🏾: Yeke, tapi tadi anak encik berbual mesra aje dengan orang tu. Macam dah kenal lama.
👱🏼‍♂: Anak saya memang macam tu, dia peramah. Cepat mesra, macam mana rupa orang tu?
🧔🏾: Ouh, orang tu kulit hitam manis. Umur mungkin dalam lingkungan awal 20-an, mata sepet. Tapi anak mata dia warna hazel, rambut hitam legam. Dia berpakaian kemas, naik kereta Toyota Alphard warna hitam bercermin gelap.
👱🏼‍♂: Terima kasih encik.
🧔🏾: Sama-sama, satu lagi dia kata nak bawa Iman pergi makan aiskrim
👱🏼‍♂: Oooo, baik terima kasih sangat-sangat encik.
(Tamat imbas kembali)

Beberapa jam kemudian...
Adam mendpt panggilan telefon daripada Aryssa yang bertanya tentang Iman. Dia masih belum memaklumkan tentang Iman kepada Aryssa. Dia bimbang Aryssa akan stress dan jatuh sakit. Dia membohongi Aryssa dengan berkata dia pergi ke kedai bersama Iman utk membeli sedikit barang.

Beberapa minit kemudian...
Adam mendpt oanggilan telefon daripada Inspektor Zaqwan mengenai perkembangan kes Aryssa. Suspek yang No. 34, 35, 36, 37 & 38 ditemui mati disebuah gudang tinggal. Mereka mati dalam keadaan digantung secara terbalik dan badan penuh dengan bekas kelaran. Mereka ditemui oleh seorang pemburu yang sedang memburu terbau sesuatu yang busuk. Adam semakin stress dengan kes Aryssa dan kehilangan Iman. Akhirnya dia pulang setelah 2 jam mengumpul kekuatan. Seperti yang dijangka, Aryssa pengsan sebaik mendengar khabar itu. Kesihatannya juga jatuh merundum dan dimasukkan ke hospital dua hari kemudian.

Sementara itu...
Dia suatu lokasi, Iman sedang menangis meraung-raung mahu pulang. Dia tidak mahu tinggal dengan unclenya itu. 'Uncle jahat, rumh uncle penuh dengan lukisan yang seram. Nak balikkkk😭' monolog hati Iman. Rumah unclenya itu sebenarnya dipenuhi dengan lukisan yamg psiko, yang menunjukkan pelbagai jenis penyiksaan. Bilik yang diberikan kepada Iman ialah bilik yang paling banyak lukisan. Walaupun bilik itu besar, ia juga dipenuhi patung. Iman bertambah takut kerana dia memang takutkan patung sejak kecil. Tiba-tiba...

Bersambung-
@ficseanlenur




The next chapter will be publish on 1530 p.m. so stay tuned !




✩ Kusangka Permata - Chapter 11 ✩

Setelah pulang daripada pemeriksaan kandungan Aryssa...
Rumh Aryssa dipenuhi dengan simbahan cat merah, lipas ditabur merata-rata dan bau telur tembelang menguasai rumh. Aryssa pengsan akibat terkejut lalu Adam membawanya ke hospital. Adam memaklumkan kepada ibunya dan ibu Aryssa. Ibu Aryssa menjaga Aryssa dihospital manakala ibunya pula menjaga Iman.

Beberapa minit setelah Adam tiba dirumah...
Inspektor Zaqwan dan pasukannya serta ahli forensik tiba dan terus melakukan siasatan. Atas permintaan pihak polis, dia tidak dibenarkan untuk membersihkan rumhnya untuk membenarkan siasatan dijlnkan. Pihak polis dan forensik perlu menjalankan perlbagai siasatan untuk mencari pelbagai bukti tambahan yang dapat membantu siasatan.

Setelah seminggu...
Adam telah membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang berhampiran dengan rumah ibunya agar lebih selamat. Tambahan pula, rumahnya masih dibawah kwlan polis serta masih tidak dibenarkan untuk diberikan. Dia risaukan keselamatan Aryssa yang sedang sarat mengandung serta dia harus pergi bekerja. Jadi, buat sementara waktu Aryssa akan tinggal di rumah ibunya. Mungkin setelah 6 bulan Aryssa bersalin, baru mereka akan pindah ke rumah baru. Adam masih dalam proses membeli rumh dan dia ingin merenovate rumah itu.

3 hari kemudian...
Inspektor Zaqwan telah menghubungi Adam dan memaklumkan mengenai beberapa suspek baru yang telah dikenalpasti. Mereka terdiri daripada beberapa kawan Siti dan Nad sejak sekolah menengah. Motif dendam, sama ada sebab nak balas dendam untuk dorang atau sebab lain. Beberapa dari suspek juga merupakan ketua samseng.

Maklumat tersebut menggentarkan hati Adam. Namun dia berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia berdoa agar tiada gangguan yang terjadi sebelum Aryssa sempat melahirkan cahaya mata kedua mereka. Dia bimbang emosi Aryssa bakal terusik kerana dia agak tertekan sejak-sejak kejadian 2 minggu lalu.

Sebulan kemudian...
Aryssa telah melahirkan seorg bayi perempuan ya g sangat comel dan diberikan nama Laila Nur Haura. Nama yang indah itu diharapkan agar menjadi doa yang bakal membentuk akhlaknya. Iman sangat gembira dengan kehadiran seoramg adik. Dia yang sudah petah berkata-kata, telah bercakap tanpa henti dan bercerita tentang apa yang dia mahu lakukan dengan adiknya kelak. Dia sangat aktif sehingga sukar tidur malam. Setelah pulang daripada hospital, Iman sentiasa memerhatikan dan membantu Aryssa dan Adam menjaga Haura. Iman sentiasa bercerita tentang adiknya setiap kali berbual dengan neneknya.

Beberapa tahun berlalu...
Iman kini berusia 7 tahun manakal Haura pula berusia 5 tahun. Rupa paras mereka seindah tingkahnya, mereka disenangi dan disayangi semua. Adam dan Aryssa sangat bersyukur dengan kehadiran kedua-dua cahaya mata mereka itu. Mereka juga bersyukur kerana gangguan terhadap Aryssa telah terhenti.

Satu hari...
Iman sedang berjalan pulang dari sekolah, dia baru menjejakkan kaki diluar pagar sebelum seorang lelaki yang sangat dia kenali menyapa. "Hye Iman, baba suruh uncle ambil Iman harini. Jom kita pergi lunch dulu, lepastu kita mkn aiskrim," kata uncle. "Aiskrim😍. Nakkkk, yeayyy. Jom la cepat uncle🥺," balas Iman dengan muka yang comel. Mereka terus beradar daripada situ.

Beberapa minit kemudian...
Adam tiba lalu terus mencari Iman yang selalunya menunggu dibangku yang terletak berhampiran pondok pengawal sekolah. Dia tidak terlihat kelibat Iman, lantas bertanya kepada pengawal yamg bertugas mengenai Iman. Jawapan pengawal membuatkan Adam terkaku....

Bersambung-
@ficseanlenur




✩ Kusangka Permata - Chapter 10 ✩

Adam terduduk selepas mendengar penerangan daripada Inspektor Zaqwan yang merentap jantungnya. Aryssa terkejut melihat keadaan suaminya lantas pergi untuk membantu. Aryssa memapah Adam dan membiarkan dia berehat di sofa yang terletak di ruang tamu. Air kosong diambil lalu diberikan kepada Adam. Adam terus meneguk air itu dengan rakus seakan-akan sangat-sangat haus. Aryssa semakin hairan akan tingkah suaminya tetapi tidak berani bertanya melihatkan muka suaminya yang kelihatan marah.

Tiba-tiba Adam bangun lalu menuju ke arah keretanya. Dia terus menghidupkan enjin dan memandu pergi tanpa mengatakan apa-apa. Aryssa agak terkedu dan terasa hati namun dia tahu yamg Adam mahu pergi menenangkan diri.

Beberapa jam kemudian...
Adam pulang bersama Inspektor Zaqwan, muka mereka kelihatan serabut.

Adam menceritakan segala yang berlaku dan suspek yang baru dikenal pasti itu ditemui mati di dalam gua sebuah pulau berhampiran Pulau Redang. Suspek No. 38, lelaki berbangsa Melayu, Zamri 25 tahun mati dalam keadaan yang ngeri manakala suspek No. 39, wanita berbangsa Melayu, Mya 24 tahun mati lemas. Mereka ditemui setelah lebih kurag seminggu meninggal dunia, kematian mereka disedari apabila terdapat orang awam yang bercuti menghidu bau yang tidak menyenangkan disitu lalu memaklumkan kepada orang bertanggungjwb. Hasil siasatan ternyata ada dua mayat yang ditinggalkan disitu. Repot polis terus dibuat dan hasil bedah siasat ternyata mayat-mayat tersebut milik dua suspek yang baru sahaja dikenalpasti oleh pasukan Inspektor Zaqwan. Pasukannya berasa sangat serabut kerana harapan yang muncul kita hilang dengan kematian suspek-suspek itu. Kes itu bertambah berat kerana beberapa nyawa telah diragut dan tiada apa-apa yang dapat membawa mereka kepada dalang sebenar.

Bagi Adam pula, dia sangat serabut kerana tidak menyangka bahawa Mya sepupunya yang paling dia sayangi menjadi dalang kes ini. Zamri itu pula ialah suaminya, mereka baru berkahwin sebulan selepas dia dan Aryssa bertunang. Dia tidak sangka, orang yang paling dia sayangi yang selami ini paling banyak membantunya sanggup menikam dia dari belakang. Mya pernah meluahkan perasaan cinta kepada Adam semasa mereka masih di sekolah menengah, namun Adam menolak secara baik kerana dia hanya menganggap Mya sebagai adik dan tidak lebih daripada itu.

Selepas bedah siasat siap dilakukan...
Adam menuntut mayat dan mengebumikan jenazah mengikut hukum Islam. Kenduri arwah dan bacaan tahlil diadakan selama 40 malam ditanggung sepenuhnya oleh Adam. Walaupun dia marah, namun tak baik berdendam. Tambahan pula keluarga Mya sangat bersedih akan kematiannya, Adam tidak menceritakan tentang apa yang telah Mya dan Zamri lakukan kepadanya.

Dua bulan selepas itu...
Aryssa disahkan mengandung 2 minggu, berita ini sangat menggembirakan mereka. Adam berharap tiada gangguan yang akan mengganggu mereka lagi. Namun, langit tidak sentiasa cerah. Tatkala usia kandungan Aryssa memasuki 8 bulan...

Bersambung-
@ficseanlenur




✩ Kusangka Permata - Chapter 9 ✩

Di Pulau Redang...
Mya & Zamri menaiki bot menuju ke sebuah lokasi yang masih belum diketahui. Setelah beberapa jam menaiki bot, mereka akhirnya tiba dilokasi. Mereka terus bersiar-siar melihat pemandangan indah yang terbentang dihadapan mata. Tanpa mereka sedari, ada sesuatu yang menunggu kehadiran mereka ditempat itu. Mereka diberikan masa selama 2 jam untuk bersiar-siar sementara menantikan penghantaran makanan tengah hari yang telah diorder. Sebaik selepas makan tengah hari, mereka dibawa untuk aktivitu menyelam.

Semasa akitiviti baru dimulakan...
"Zam, Mya rasa tak sedap hati la. Kenapa ek? Kita balik jom," pinta Mya. "Mana boleh macam tu Mya, peluang sekali seumur hidup ni. Kita pergi dulu eh, nanti balik Zam urut Mya oke?" Balas Zamri. "Erm oke la," balas Mya.

Mereka terus menyelam sehingga beberapa meter kedalam laut, tiba-tiba Mya dan Zamri telah diikat oleh seseorang daripada belakang. Mereka meronta untuk melepaskan diri namun tidak berjaya, akhirnya mereka pengsan apabila sebatang kayu menghentak leher mereka.

Saat Mya tersedar...
"AAAHHHH!!!" Jeritan Zamri bergema diseluruh gua lantas mengejutkan kelawar-kelawar yang banyak bergantungan di bumbung gua. Susuk tubuh sasa Zamri penuh dengan luka seakan-akan ditoreh ditanbah pula cuka yg disimbah menambahkan lagi kesakitan yang menggigit hingga ke tulang hitam. Mya yg melihat menangis ketakutan dia tidak tahu apa yang sedg berlaku yang pasti nasibnya pasti terkontang-kanting. Zamri hanya dapat bertahan selama 3 hari dengan seksaan yang sangat kejam itu. Akhirnya dia mati dalam keadaan yang sangat mengerikan dengan mata yang telah dikorek, badan yang penuh torehan, isi perut terburai dan dipenuhi cuka dan garam. Mayat Zamri dibiarkan begitu sahaja dan Mya tahu dia bakal diperlakukan begitu juga atau mungkin lebih teruk.

Seminggu kemudian...
Mayat Mya yg sudah tidak menampakkan rupa terapung di atas tasik didalam gua itu. Bau busuk mayat juga menguasai. Sebelum Mya dikemaskan, badannya telah ditoreh-toreh, bola matanya telah dicungkil keluar, disimbah dengan cuka, dilumuri garam. Saat Mya tinggal nyawa-nyawa ikan, dia telah dilemaskan.

Dirumh Aryssa pula...
Gangguan sudah terhenti sejk kematian tiga anggota polis yang terlibat menguruskan kesnya. Keluarga anggota polis itu diberikan sedikit sumbangan tanda takziah. Sumbangan itu telah digunakan sebaiknya oleh keluarga arwah. Dia juga telah membawa keluarga arwah untuk bercuti di Langkawi untuk mengurangkan rasa sedih mereka.

Kini Iman telah berusia 1 tahun 6 bulan, dia sgt lincah, aktif dan sihat. Adam telah membawa mereka sekeluarga untuk bercuti di Australia. Banyak tempat yang menarik telah mereka lawati dan Iman kelihatan sangat riang. Setelah dua minggu berada di Australia, mereka pulang ke Malaysia. Mereka hidup dengan tenang kerana gangguan telah berhenti dan mereka harap tidak akan berlaku lagi.

Apabila usia Iman genap dua tahun...
Kenduri kesyukuran diadakan secara besar-besaran. Kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga turut dijemput. Suasana sangat meriah dan majlis berjalan dengan lancar.

Beberapa hari kemudian...
Adam mendapat panggilan daripada Inspektor Zaqwan, mengenai perkembangan kes. Seorang lagi suspek telah dikenalpasti dan...

Bersambung-
@ficseanlenur




✩ Kusangka Permata - Chapter 8 ✩

Beberapa minit kemudian...
"Amin, Zaril dan Khairul dah meninggal. Jenazah ada kat satu rumah tinggal atas Bukit Tunku, suspek dah berada diluar kawasan. Mereka dqh pergi jauh, lepasni kita pergi uruskan apa yang patut. Kamil hubungi keluarga arwah," kata-kata yang terkeluar daripada mulut Inspektor Zaqwan merentap tangkai hati semua yang berada disitu. Pelbagai perasaan menyerbu hati, terkejut, sedih, kecewa, marah bergabung yang pastinya perasaan tidak percaya paling menguasai.

Sementara itu disuatu kawasan lain...
"Bos kami dah selesaikan misi tu," kata Mya dan Zamri dengan penuh bangga. "Bagus-bagus," balas satu suara yang berselindung dibalik dinding yang memisahkan mereka. Mya dan Zamri tidak pernah berjumpa dengan bos mereka, segala pesanan disampaikan melalui pengantara. Sekarang mereka berdua berasa sangat berbangga kerana mereka berpeluang untuk berckp secara terus dengan bos mereka. Namun semasa berasa bangga itu mereka tidak tahu tentang bahaya yang sedang menanti...

Dirumh Fakrul...
"Semua dah sampai? Dah bersedia? Segala-galanya dah siapkan? Kita bertolak sekarang," soal Inspektor Zaqwan bersama arahan ringkas. Riak wajahnya masih dingin mungkin menyembunyikan pelbagai rasa yang tidak boleh dikongsikan. Sebagai ketua, dia harus pandai mengendalikan emosi agar anak-anak buahnya tidak hilang semangat. Mereka terus bertolak sejurus semua orang menaiki kenderaan masing-masing.

Sebaik tiba...
Kelihatan polis, forensik, pihak hospital dan semua yang terlibat telah tiba lebih awal. Mereka membantu setakat yang mampu dan terus ke balai polis untuk soal siasat. Setelah semuanya selesai, mereka terus menuju ke surau berdektan rumah arwah. Ahli keluarga ketiga-tiga arwah bersetuju untuk melaksanakan semuanya serentak. Selesai pengebumian jenazah, bacaan tahlil diadakan selama 100malam. Pengorbanan arwah sangat dihargai, situasi di balai juga agak suram kerana ketiga-tiga arwah ramah dan penceria suasana.

Beberapa hari setelah kejadian...
Bahagian forensik telah mengeluarkan segala hasil bedah siasat dan telah dikaji pihak atasan. Pasukan lama diarahkan menjalankan tugas seperti biasa dan beberapa ahli baharu ditambah untjk membantu menyiasat kes. Mereka berazam untuk menjejak penjenayah secepat mungkin untuk menutup kes ini sebelum bilangan nyawa yang hilang bertambah.

Di markas bos Mya dan Zamri...
Mya dan Zamri telah diberi cuti selama beberapa hari. Percutian mereka ditanggung sepenuhnya oleh bos mereka. Lokasi yang dipilih ialah Pulau Redang yang menjadi idaman Mya.

Sebaik tiba...
Mya dan Zamri berehat sehari sebelum memulakan percutian keesokan harinya. Mereka berasa sangat gembira dan tidak sabar kerana percutian ini diatur sepenuhnya oleh bos. Mereka menanti kejutan yang dijanjikan. Tanpa pengetahuan mereka, bos mempunyai 'kejutan' tidak seperti yang diharapkan...

Bersambung-
@ficseanlenur




✩ Kusangka Permata - Chapter 7 ✩

"Eh dah sedar? Lama betul tidur ek? Sian die, mesti penat berjaga selama ni. Sapa suruh sibuk dgn urusan aku!? Kan dah kena, HAHAHAHAHA," kedengaran suara seorang lelaki yang sangat garau. Beberapa minit kemudian, muncul sesusuk tubuh wanita yang sangat Amin kenali. Wanita itu adalah bekas teman wanitanya, mereka baru putus hubungan semasa dia ditugaskan dalam kes ini beberapa bulan yang lalu. Alasan Mya ketika itu adalah kerana dia sudah bosan dengan Amin yang sentiasa sibuk dengan kerja. Amin pada mulanya enggan putus namun akibat kasihan terhadap Mya, dia relakan. Selepas itu mereka terus terputus hubungan, Mya menukar nombor telefon dan dia memblock Amin di semua akaun media sosialnya.

Tatkala Amin sudah mula melupakan, kini Mya muncul kembali membawa duka. Yang paling tidak disangka, Mya ialah dalang disebalik kes yang rumit ini. "Eh baby, rindu Mya tak? Sape suruh jadi polis, kan dah susah. Mya cakap dah dulu, pencen la kerja dengan Mya. Awak taknak, padan muka sekarang ni. HAHAHA!" tawa ruang Mya bergema diseluruh gudang itu. Eh, Amin baru sedar yang mereka telah dipindahkan ke sebuah gudang yang penuh dengan barang dan masih baru. Tiba-tiba suara garau tadi kedengaran kembali pd masa yang sama sesusuk tubuh yang tegap keluar dari suatu tempat yang agak tersembunyi. "Eh Mya ni, dia kan 'hebat dan setia' sangat dengan polis dia tu. Konon-konon nak banggakan ibu bapa, pertahankan negara. Hampeh, lembik je aku tengok." kata Zamri suspek No.15. Dia tak sangka yang selama ini, suspek yang dipandang ringan ialah dalang yang sebenarnya. Apakah kaitan mereka dengan Adam dan Aryssa?

Sementara itu dirumah Fakrul...
"Assalamualaikum," kedengaran suara Inspektor Zaqwan memberi salam. Anak buahnya agak terkejut dan terus meluru ke arahnya. Mereka berdiri didalam satu barisan dengan report masing-masing. "Tuan pergi ke mana tadi dengan Amin, Zaril dan Khairul? Lama betul, penat kami tunggu. Eh, mana diorang bertiga?" Tanya Kamil selaku ketua sepanjang ketiadaan Inspektor Zaqwan. "Eh apa yang kau merepek ni, aku baru sampai. Jalan jam teruk tadi, lenguh pinggang aku memandu." Balas Inspektor Zaqwan dengan muka berkerut hairan. Anak-anak buahnya yang mendengar apa yang terkeluar daripada mulutnya terus terkaku dan pucat. "Korang ni kenapa? Mana Amin, Zaril dan Khairul? Cerita dekat aku sekarang!" Arah Inspektor Zaqwan setelah melihat riaksi anak-anak buahnya yang membimbangkan dan menimbulkan kegusaran. Kamil selaku ketua terus menceritakan segala yang berlaku beberapa jam yang lalu.

"Orang yang datang tu naik kereta apa?" Soal Inspektor Zaqwan setelah lama mendiamkan diri. "Honda Civic hitam tuan," balas Kamil. "Honda Civic hitam? Eh aku dah juallah kereta tu bulan lepas. Tu aku dah tukar guna kereta Honda Accord hitam kat luar tu. Apa la korang ni, aduhhh kan dh jd masalah lain ni. Dia tu tak cakap ke mana dia nak pergi?”. "Takde tuan," balas Kamil.

Beberapa minit memerah idea, satu panggilan masuk dalam telefon Inspektor Zaqwan. 'Amin!' getus hati Inspektor Zaqwan lalu terus mengangkat dan bertanya"Amin korang kat mana? Oke ke? Korang dengan sape tu? Share location aku gi amik korang sekarang jugak,". Nanun balasan daripada pemanggil membuatkan Inspektor Zaqwan terdiam. "Kamil kau telefon ibu pejabat sekarang. Minta bantuan segera," arah Inspektor Zaqwan setelah panggilan diletakkan. Mukanya bertukar pucat, nadanya juga dingin sedingin kutub utara. Persoalannya, apa yang telah berlaku?

Bersambung-
@ficseanlenur

Показано 20 последних публикаций.

39

подписчиков
Статистика канала