✩ Kusangka Permata - Chapter 10 ✩
Adam terduduk selepas mendengar penerangan daripada Inspektor Zaqwan yang merentap jantungnya. Aryssa terkejut melihat keadaan suaminya lantas pergi untuk membantu. Aryssa memapah Adam dan membiarkan dia berehat di sofa yang terletak di ruang tamu. Air kosong diambil lalu diberikan kepada Adam. Adam terus meneguk air itu dengan rakus seakan-akan sangat-sangat haus. Aryssa semakin hairan akan tingkah suaminya tetapi tidak berani bertanya melihatkan muka suaminya yang kelihatan marah.
Tiba-tiba Adam bangun lalu menuju ke arah keretanya. Dia terus menghidupkan enjin dan memandu pergi tanpa mengatakan apa-apa. Aryssa agak terkedu dan terasa hati namun dia tahu yamg Adam mahu pergi menenangkan diri.
Beberapa jam kemudian...
Adam pulang bersama Inspektor Zaqwan, muka mereka kelihatan serabut.
Adam menceritakan segala yang berlaku dan suspek yang baru dikenal pasti itu ditemui mati di dalam gua sebuah pulau berhampiran Pulau Redang. Suspek No. 38, lelaki berbangsa Melayu, Zamri 25 tahun mati dalam keadaan yang ngeri manakala suspek No. 39, wanita berbangsa Melayu, Mya 24 tahun mati lemas. Mereka ditemui setelah lebih kurag seminggu meninggal dunia, kematian mereka disedari apabila terdapat orang awam yang bercuti menghidu bau yang tidak menyenangkan disitu lalu memaklumkan kepada orang bertanggungjwb. Hasil siasatan ternyata ada dua mayat yang ditinggalkan disitu. Repot polis terus dibuat dan hasil bedah siasat ternyata mayat-mayat tersebut milik dua suspek yang baru sahaja dikenalpasti oleh pasukan Inspektor Zaqwan. Pasukannya berasa sangat serabut kerana harapan yang muncul kita hilang dengan kematian suspek-suspek itu. Kes itu bertambah berat kerana beberapa nyawa telah diragut dan tiada apa-apa yang dapat membawa mereka kepada dalang sebenar.
Bagi Adam pula, dia sangat serabut kerana tidak menyangka bahawa Mya sepupunya yang paling dia sayangi menjadi dalang kes ini. Zamri itu pula ialah suaminya, mereka baru berkahwin sebulan selepas dia dan Aryssa bertunang. Dia tidak sangka, orang yang paling dia sayangi yang selami ini paling banyak membantunya sanggup menikam dia dari belakang. Mya pernah meluahkan perasaan cinta kepada Adam semasa mereka masih di sekolah menengah, namun Adam menolak secara baik kerana dia hanya menganggap Mya sebagai adik dan tidak lebih daripada itu.
Selepas bedah siasat siap dilakukan...
Adam menuntut mayat dan mengebumikan jenazah mengikut hukum Islam. Kenduri arwah dan bacaan tahlil diadakan selama 40 malam ditanggung sepenuhnya oleh Adam. Walaupun dia marah, namun tak baik berdendam. Tambahan pula keluarga Mya sangat bersedih akan kematiannya, Adam tidak menceritakan tentang apa yang telah Mya dan Zamri lakukan kepadanya.
Dua bulan selepas itu...
Aryssa disahkan mengandung 2 minggu, berita ini sangat menggembirakan mereka. Adam berharap tiada gangguan yang akan mengganggu mereka lagi. Namun, langit tidak sentiasa cerah. Tatkala usia kandungan Aryssa memasuki 8 bulan...
Bersambung-
❀ @ficseanlenur