HawaQuotes


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


JAGA,SAYANG dan CINTAI dirimu dahulu wahai kaum Hawa 😊
Dakwah untuk menyebarkan dan berkongsikan "ILMU"
Bukan untuk mendapatkan
"NAMA"💜🌼

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


┏🔆🔆🔆━━━━━━━━━━━━┓
🔥ASP KakMar CLAN ‼️
┗━━━━━━━━━━━━🔆🔆🔆┛



GUYS,JOM JENGOK AND RONDA, KALAU TAK, MENYESAL!! JOM‼️



🔆 BISNES 🔆

🏃🏻bakar lemak BERKESAN??
💄nak cantik JELITA??
💃nak barang harga GUDANG?
🏠keperluan RUMAH murah??


🙋🏻 JOM SERBU SINI 👇🏻

🔅 @AppecutSecretRevealed
🔅 @CantikSihatStor
🔅 @SemuanyaMurah
🔅@barangrumahmurmur




🔆 BUKAN BISNES 🔆

🇲🇾Nak tahu DIALEK dalam MALAYSIA??
🙋🏻🙋🏻‍♀️nak info KERJA kosong??
📝 nak luah yang DIPENDAM??
🕌dah terapi SELAWAT belum??
💋nak tahu coretan HAWA??
🧕🏻Untuk muslimah TERHAKIS malunya?



🙋🏻‍♀️ JOM RONDA SINI 👇🏻

🔅@LuahanHatiPelbagaiDialek
🔅@kerjaKosongSatuMalaysia
🔅@silencewordss
🔅@dakwahhuffazgroup
🔅@HawaQuotes
🔅@dakwah_nur




🔆DELETE LIST SELEPAS 24JAM‼️ OR DIREMOVE TANPA NOTIS..

🔆REZEKI TAK AKAN SALAH ALAMAT🔆

🔆🔆🔆LIST FULL‼️🔆🔆🔆



🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅


🧢•• @HikayatPerindu ᴀᴜᴛᴏ sᴡᴀᴘ ••🧢
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
ᴊᴏᴍ sᴜʙsᴄʀɪʙᴇ

🧢➮ @BlueHatOfficial

🧢➮ @Silencewordss

🧢➮ @Nasihat_diri

🧢➮ @Annurquotes

🧢➮ @Katakataaaa

🧢➮ @KembaliDamai

🧢➮ @Sekadarmonolog

🧢➮ @Senduhuman

🧢➮ @JanganSentapp

🧢➮ T.me/HatiAkuCakap

🧢➮ @RrandomTikTok

🧢➮ @HawaQuotes

🧢➮ @PhobiaLoved

🧢➮ @DakwahHuffazGroup

🧢➮ @Bestieboom

ʟɪsᴛ ꜰᴜʟʟ | ᴏꜰꜰɪᴄɪᴀʟ ʙᴏᴛ @Hpofficialbot
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
ᴏᴡɴᴇʀ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ sɪʟᴀ ʙᴇʀʟᴀᴋᴜ ᴀᴅɪʟ
ᴘᴀᴅᴀᴍ ʟɪsᴛ sᴇʟᴇᴘᴀs 12 ᴊᴀᴍ


t.me/HawaQuotes
Belum dikatakan sempurna cintanya seseorang kepada Allah dan Rasulullah SAW. sebelum orang itu mencintai Ahlul Bait Rasulullah SAW. dengan sepenuh hatinya. Rasulullah SAW. bersabda :

أَحِبُّوا اللهَ لِمَا يَغْذُوْكُمْ بِهِ مِنْ نِعَمِهِ وَأَحِبُّوْنِي لِحُبِّ اللهِ، وَأَحِبُّوا أَهْلَ بَيْتِي لِحُبِّي

Cintailah Allah atas nikmat-nikmatNya yang diberikan kepada kalian, cintailah aku karena kecintaan kalian kepada Allah, dan cintailah Ahlul Baitku (keluargaku) karena kecintaan kalian kepadaku.

📚 (HR. At Tirmidzi, Ath Thabrani dan Al Hakim)






t.me/HawaQuotes
✨ Study Tips ✨

📌 Buat nota
- kita akan lebih senang ingat apa yang kita tulis

📌 Kemaskan meja study
- selesakan diri awak

📌 Cari rujukan
- rujuk balik nota dan latihan cikgu bagi . Tengok buku teks je .

📌 Tak faham tanya
- tak faham tu tanya . Jangan diam

P/s : cara belajar setiap orang tu berbeza .


@StudyThings 📚


007 of 365 🗓 KHAMIS 💕 23 JAMADIL AWAL 1442H 07 Januari 2021

~ Lebih kurang 95 lagi ke bulan Ramadhan🌙 1442H

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#KitajagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾🌏

MUHASABAH DIRI

9 KEMULIAAN ORANG YANG MENJAGA SOLAT

Siapakah insan yang paling mulia di sisi Allah?

Manusia yang paling mulia itu apabila ibadah hariannya bermula dengan solat Subuh berjemaah pada awal waktu, terutamanya kaum lelaki.

Kemudian, dia mengakhiri pula harinya dengan solat Isyak berjemaah di masjid mahupun surau.

Jika di dinding muka buku dipenuhi dengan status yang menyeru ke arah kebaikan kepada masyarakat umum namun bagaimana pula status wajib yang patut diupdate dalam hati untuk menjaga solat fardhu yang Allah perintahkan?

Justeru mari kita bermuhasabah bersama-sama agar kita tidak rugi di akhirat kelak.

Kepentingan solat itu dapat dilihat di dalam konteks Al-Quran dan As-sunnah.

Ketika berada di Markaz Bahasa Arab di Mesir, ustaz saya selalu menekankan aspek penjagaan solat.

Suatu hari saya memakai baju yang tertera di atasnya perkataan Fajar, Zuhur, Asar, Magrib dan Isyak.

Kemudian ustaz menyuruh saya membacakan surah al-Hud ayat 114 yang berbunyi,

“Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam.”
Surah al-Hud, ayat 114

Tidak hairanlah Saidina Uthman bin Affan memberitahu ada 9 kemuliaan orang yang menjaga solat, iaitu:-

1. Dicintai Allah

Cinta adalah kebenaran dan keadilan dan kerananya langit, bumi dan seluruh isinya diciptakan. Cinta termulia dan tertinggi adala cinta-Nya yang dapat diperolehi setelah kita berusaha untuk menjadi hambanya dengan melaksanakan solat sesempurnanya.

2. Badan selalu sihat

Banyak kajian saintifik yang dibuat mengenai betapa manfaatnya gerakan solat terhadap fizikal manusia seperti hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya yang mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

3. Dijaga oleh Malaikat

Dalam diri manusia, Allah SWT menugaskan empat malaikat kepadanya. Dua malaikat berada di sebelah kanan dan kirinya, yang sentiasa mencatat setiap amal perbuatannya. Dan dua malaikat lagi yang sentiasa mengikutinya dari arah depan dan belakang. Mereka semua menjaga manusia yang sentiasa menjaga solatnya kerana Allah SWT sentiasa rapat dengan orang yang tidak melupakanNya.

4. Turun berkat pada rumahnya

Menurut tafsir Ibnu Katsir, Imam Tabari berpendapat bahawa orang yang melaksanakan solat fardhu menjadi terbuka segala permintaan dari amalan-amalannya yang kemudian dibalas oleh pahala oleh Allah SWT. Maka seiring dengan itu, terbukalah segala pintu keberkatan yang melimpah ruah dalam kehidupannya termasuk seisi rumahnya.

5. Tampak pada wajahnya tanda orang soleh

Dikatakan dalam hadis Riwayat At-Tirmizi, daripada Syaqiq bin Abdullah – seorang tabiin yang disepakati kemuliaannya – dia berkata,
“Para sahabat Rasulullah SAW tidak berpendapat bahawa tidaklah amal perbuatan ditinggalkan menyebabkan kekufuran melainkan solat.”
Riwayat At-Tirmizi

Hadis ini bermaksud bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat maka akan hilang nur di wajahnya manakala mereka yang memelihara solatnya pasti timbul tanda-tanda orang soleh.

6. Allah akan melembutkan hatinya

7. Lalui sirat (titian) sepantas kilat


t.me/HawaQuotes
SOAL JAWAB

MENCERITAKAN AIB MAYAT

SOALAN:

Ketika dilakukan urusan ke atas jenazah seseorang yang telah mati apakah hukumnya menceritakan aib yang ada pada mayat tersebut kepada orang lain?

JAWAPAN:

Perbuatan menceritakan aib yang ada pada mayat orang Islam adalah haram dan dilarang oleh syarak sekali pun perkara yang diceritakan itu adalah benar.

Apa yang disuruh oleh agama ialah apabila mati seseorang dari kaum muslimin maka ceritakanlah perkara yang baik berkenaan si mati.

Diriwayatkan daripada Atha’ bin Abi Rabah daripada Abdullah bin Umar r.a. sunguhnya Rasulllah SAW bersabda:

اذْكُرُوا مَحَاسِنَ مَوْتَاكُمْ وَكُفُّوا عَنْ مَسَاوِيهِمْ

Maksudnya: “Sebutlah keelokkan mayat-mayat kamu dan tahanlah dari menyebut keburukkan mayat-mayat kamu.” [Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud]

Menceritakan aib orang yang masih hidup adalah haram tetapi menceritakan aib orang yang sudah mati adalah terlebih lagi haramnya kerana orang yang masih hidup ada kemungkinan meminta halal darinya tidak sebagaimana orang yang telah mati.

Orang-orang yang menguruskan jenazah lebih-lebih lagi wajib menjaga daripada larangan ini kerana mereka selalu terdedah dengan hal orang yang sudah mati.

Berkata fuqahak pada bab memandikan orang mati:

وَإِذَا رَأَى الْغَاسِلُ مِنَ الْمَيِّتِ مَا يُعْجِبُهُ كَاسْتِنَارَةِ وَجْهِهِ وَطِيبِ رِيحِهِ وَسُرْعَةِ انْقِلَابِهِ عَلَى الْمُغْتَسَلِ اسْتُحِبَّ أَنْ يَتَحَدَّثَ بِهِ، وَإِنْ رَأَى مَا يَكْرَهُ كَنَتْنِهِ وَسَوَادِ وَجْهِهِ، أَوْ بَدَنِهِ أَوِ انْقِلَابِ صُورَتِهِ لَيْسَ لَهُ أَنْ يَتَحَدَّثَ بِهِ

Maksudnya: "Apabila orang yang memandikan mayat melihat suatu yang yang ajaib seperti bercahaya wajah mayat tersebut dan harum baunya dan senang dimandikannya maka sunat diceritakan dengannya. Dan jika dia melihat suatu yang tidak elok seperti bau yang keji dan hitam mukanya atau badannya atau bertukar rupanya maka tidak boleh ia ceritakan dengannya.”

Wallahua’lam


*🔴DAURAH FARDHU AIN (DAFA) 2021🔵*

Assalamualaikum wbt.

Tahukah anda bahawa ilmu Fardhu Ain wajib dipelajari oleh setiap Muslim? Sudahkah anda mengkhatamkan kitab Fardhu Ain? Sudah sempurnakah ibadah-ibadah kalian?

Ayuh sertai kami dalam Daurah Fardhu Ain secara atas talian yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗒️Hari : *Jumaat - Ahad*
📆 Tarikh : *15 /1/2021 - 17/1/2021*
⏰Masa : *8.00 -10.00 Pagi.*
🖥️Medium: *Google Meet*
📝Panel : *Ustaz Norazam Bin Keling*
(Pendakwah Bebas)
💰Yuran Pendaftaran :
🔸Ahli DARI = RM25.00
🔸Orang Awam = RM30.00

Dengan pembayaran yuran, anda akan dapat :
*📄E-sijil 🤩*
*📗Kitab (PDF)🤩*
*📖Ilmu🤩*

Apa tunggu lagi? Ayuh daftar sekarang👇🏻
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfLMtQWJVvF2KSaQ2Kw094nM4bbkV93eAjIKlMry_zRKbjo6A/viewform?usp=pp_url

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

👨🏼‍💼Akhi Hafiz: http://www.wasap.my/60167804497/DAFA
🧕🏻Ukhti Putri: http://www.wasap.my/60194848410/DAFA
🧕🏻Ukhti Anis: http://www.wasap.my/60164617581/DAFA

Semoga kita semua akan memperolehi sesuatu ilmu yang berharga daripada perkongsian ini.

*TERBUKA UNTUK SEMUA*🤗

#DaurahOnline
#BerilmuBeramalBerdakwah
#PertubuhanDakwahRemajaIslamMalaysia






🧢•• @HikayatPerindu ᴀᴜᴛᴏ sᴡᴀᴘ ••🧢
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
ᴊᴏᴍ sᴜʙsᴄʀɪʙᴇ

🧢➮ @BlueHatOfficial

🧢➮ @Silencewordss

🧢➮ @Nasihat_diri

🧢➮ @Annurquotes

🧢➮ @Katakataaaa

🧢➮ @KembaliDamai

🧢➮ @Sekadarmonolog

🧢➮ T.me/Senduhuman

🧢➮ @JanganSentapp

🧢➮ @HatiAkuCakap

🧢➮ @RrandomTikTok

🧢➮ @HawaQuotes

🧢➮ @PhobiaLoved

🧢➮ @DakwahHuffazGroup

🧢➮ @Bestieboom

ʟɪsᴛ ꜰᴜʟʟ | ᴏꜰꜰɪᴄɪᴀʟ ʙᴏᴛ @Hpofficialbot
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
ᴏᴡɴᴇʀ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ sɪʟᴀ ʙᴇʀʟᴀᴋᴜ ᴀᴅɪʟ
ᴘᴀᴅᴀᴍ ʟɪsᴛ sᴇʟᴇᴘᴀs 12 ᴊᴀᴍ


"Lelaki akil baligh?"

Ya! Adik-adik lelaki akan akil baligh bila mereka mimpi diikuti oleh air mani yang keluar melalui zakar (kemaluan lelaki).

"Alamak!! MIMPI!"

Jangan panik❗❗

1️⃣ Bersihkan diri & tempat tidur.
2️⃣ Mandi hadas besar (wajib).
3️⃣ Akan mula mengalami perubahan seperti yang dah pernah kita kongsikan tempoh hari (suara berubah, bulu tumbuh dll)
4️⃣ Kerap mandi & bersihkan badan kerana tubuh mula mengeluarkan bau badan.

Oh ya, adik-adik lelaki! Jangan malu nak tanya ayah masing-masing pasal akil baligh lelaki ya! 😎

Tubuh kita, hak kita! Jaga sebaiknya amanah yang Allah dah bagi dekat kita.

Your inspirer,
Noor Syazana.


t.me/HawaQuotes
Kata xmain tiktok tapi main bnda seakan² tiktok😁
Buat video seakan² video di tiktok. Semua y viral nk cuba☺️
Yang muslimah cara muslimah.
Yang tak muslimah sngat tu cara dia..
Yang pakai purdah@niqab dengan cara dia.
Allah. Malunya aku sebagai seorang perempuan.


"Ahh... Malasnya lah nak buat homework ni!"

"Aku tahu penting nak kena siapkan, tapi kenapa rasa malas sangat ni eh?"
.

Haa adik-adik, apa patut korang buat bila berlaku keadaan macam ni?

Hari ni bro Ajwad nak share dua langkah mudah untuk hadapi situasi di atas. Dah sedia?

Let's go!

1) Berjalan

First sekali, korang bertenang. Letak tepi kejap segala keserabutan tadi. Kemudian, go for a walk.

Just berjalan. Literally jalan kaki tau. Pergi lah ke mana-mana sekejap, berjalan dalam 1 - 5 minit.

Kalau musim PKP ni tak boleh keluar, Jalan je dalam rumah. Boleh sajo.

2) Set masa 5 minit

Next, korang setkan masa selama 5 minit. Tak perlu lama-lama. Pujuk diri kita untuk buat sekejap kerja rumah tu. Buat je. Just do it even when you're not wanting.

Start timer 5 minit dan buat je selama 5 minit.

Insya-Allah habis 5 minit tu korang akan rasa lebih mudah untuk teruskan sampai siap.

Abang doakan korang semua berjaya. Selamat mencuba!

Your Inspirer,
Ajwad Shafie


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram




t.me/HawaQuotes
TAZKIRAH BUAT DIRI...

Hakikatnya, berakhlak mulia adalah neraca utama dalam sebuah kehidupan...

Tidak pernah rugi dan kecewa orang yang berakhlak mulia...

Sebaliknya yang pasti rugi dan kecewa adalah orang yang berakhlak buruk...

Renungkan & Fikirkan !


AKU MASIH SEPERTI DULU

Wahai teman yang aku sayang.
Dulu kita pernah membuat perjanjian.
Sama-sama harungi saat susah dan senang.
Saat air mata jatuh bahu kau pinjamkan.
Saat gembira senyuman juga kau berikan.

Wahai teman yang aku sayang.
Kini masa telah berganti masa.
Jalan hidup kita sudah pun berbeza.
Ada yang sibuk menyambung pengajian.
Ada yang sibuk dengan alam pekerjaan.
Ada yang sibuk dengan urusan perkahwinan.
Ada yang sibuk dengan anak-anak kesayangan.

Maaf jika terasa kita semakin berjauhan.
Sungguh aku rindu waktu kita yang dulu.
Namun tak usah risau wahai teman.
Ada satu hal yang perlu kau tahu.
Doa aku sentiasa agar kamu berada dalam kebahagiaan.
Aku masih seperti dulu.
Terima kasih untuk semu kenangan.
Kerana ia takkan pernah luput dari ingatan.

Selamanya. Ya selama-lamanya.

:')

Показано 20 последних публикаций.

261

подписчиков
Статистика канала