Pintu diketuk.
"Doktor. Saya rasa isteri saya tak boleh masuk wad harini"
Aku yang sedang habiskan tulis referral letter terkejut.
"Kenapa eh"
Cuba untuk kenalpasti kenapa si suami tiba-tiba cakap isteri tak boleh masuk wad.
Isterinya Hb terlalu rendah. 7.
Ada simptom.
Nadi laju.
Tekanan darah borderline.
Perlu dimasukkan darah.
"Saya sibuk lah doktor. Anak-anak lagi.. esok bolehlah"
Aku diam.
Hela beberapa saat..
Barangkali dia tak faham.
Aku menarik nafas sebelum cuba terangkan pada si ayah. Ibu steady je dari tadi. Tenang.
"Encik, keadaan isteri tak bagus. Normal Hb untuk perempuan 12. Isteri encik 7 je"
Dia angguk tapi masih berdalih-dalih. Banyak tapi dan alasannya. Cuba tak mahu masuk wad juga. Aku sedayanya teruskan.
"Bila Hb kurang, oksigen yg dibawa ke badan pun kurang, yang dibawa ke anak dalam perut pun kurang. Bila oksigen kurang, jantung akan kerja lebih. Pam kuat-kuat. Nadi jadi laju. Tekanan darah boleh turun. Dia boleh pengsan atau tak sedarkan diri. Jantung boleh gagal berfungsi"
Aku terangkan yang paling buruk boleh terjadi. Kalau dah shock, she can collapse anytime.
Si ayah senyap.
"Encik, kalau Hb dia ok, isteri encik ok, nadi tak laju, tekanan darah tak macam ni, saya tak mahu pun hantar isteri encik ke hospital"
"Bukan saja-saja saya nak masuk darah ni encik. Lagi banyakkan kerja saya adalah"
"Tapi kita fikir untuk kebaikan dia je ni. Kesian isteri, kesian anak dalam perut"
Setelah beberapa ketika aku yakinkan dia, dia akur dan bersetuju untuk isterinya dimasukkan ke wad untuk masuk darah.
Ramai pesakit yang seperti ini.
Yang cakap taknak masuk wad sebab ada urusan lain.
Barangkali mereka tak tahu, bahawa urusan lain itu tiada apa-apa pun kalau nak dibanding dengan nyawa.
Barangkali mereka tak tahu, betapa ada beberapa kondisi yang boleh membunuh seseorang manusia.
Sebab tu lah doktor jelaskan. Sebab mereka belajar dan barangkali mereka sendiri pernah menyaksikan, maka tidak mahu mengulang kematian.
Memang kita bukan Tuhan,
Namun alam ini ada sunnatullahnya, ada konsep asbab dan musababnya.
Jika ditolak pasti terjatuh, jika dilanggar kereta kita akan cedera, jika memegang air panas tangan akan melecur, jika terpotong jari dengan pisau pasti akan berdarah.
Sama dengan angin bertiup lalu menggugurkan daun, ombak memukul lalu meleraikan pasir di pantai, matahari memancar membuatkan tanah kering dan kontang, dan mengapa ada siang dan malam, mengapa ada pasang dan surut lautan?
Semua ini adalah sunnatullah.
Takkanlah kita nak lari ke tengah jalan yang laju dan penuh kereta sambil bertawakal, hidup dan mati itu di tangan Tuhan?
Takkanlah kita nak hidup dalam kejahatan, lalu bertawakal hanya Allah yang akan masukkan kita ke dalam syurga idaman?
Takkanlah kita nak hidup berdiam , sedangkan kita tahu semua itu akan membuatkan jiwa kita lapar dan menempah kematian?
Kadang kadang kita tak sedar bahawa kita sendiri yang memilih untuk mati sedangkan kita tahu apakah jalan yang menghidupkan.
Kita tahu apa yang membunuh jiwa kita s ndiri, and yet kita masih lagi melakukan yang sama, hingga kita sendiri mati di tangan kita.
Sering kita lupa, sunnatullah ini di mana-mana.
Tak ada orang boleh berserah pada takdir tanpa berusaha.
Sama, jika kita mahukan syurga, apakah ia datang dengan percuma?
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. (Ali Imran : 142)
Dan jika kita tidak sanggup Allah mengabaikan kita, maka mengapa kita pula mengabaikanNya?
"Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka" (at taubah : 67)
"Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan" (taha : 126)
Pantaskah kita katakan semua adalah takdir semata, jika kita sendiri yang memilih untuk 'membunuh' diri kita?
@rentetanperjalanan