Rentetan sebuah perjalanan


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Liku-liku kehidupan ada gabungan semua warna ditambah dengan pelengkap emosi melengkapkan perjalanan seorang hamba
Anything? Pm @rentetenperjalananbot

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


❤️❤️❤️PART 4 - 2110❤️❤️❤️

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

CHANNEL2 TELEGRAM TERBAIK DAN TERKINI.

🍀🍀🍀SUPER PROMOTE BY ILLYANA BOT🍀🍀🍀

🔴🔴🔴FOLLOW US NOW!!🔴🔴🔴

95. @beloncenter
BELON PARTY SUPPLIES

96. @Dropship_PakaianRayaNIBC
PAKAIAN RAYA MURAH & TERKINI

97. @DropshipBeg_KasutMurah
BEG & KASUT YANG TERKINI

98. @DropshipJam_Aksesori_GadgetMurah
AKSESORI, JAM DAN GADGET TERKINI

99. @ALLitemRm50AndBelow
SEMUA ITEM RM50 DAN KEBAWAH

100. @mutiara_kata
HIMPUNANKATA-KATA

101. @sukehatisaye
AKHLAK, FORMULA PENTING UNTUK DAKWAH

102. @love4hijab
TUDUNG BORONG MURAH GILER

103. @sexyheels
GORGEOUS HEELS HERE, READY & PREORDER

104. @glssheart
YOUR SMILE IS MY HAPPINESS

105. @nashabc_team
SNEAKERS MURAH! CONFIRM NGAM!

106. @coklatbertarbiah
YANG MANIS2 SAHAJA

107. @BeautyInjection
INJECTION VIT C & SERVICE MOBILE SPA

108. @soulofiman
PURIFICATION OF HEART & SOUL

109. @kamiinfo
MEMBERI INFO DALAM & LUAR NEGARA

110. @janganbersedihdontbesad لا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

111. @skinnybyme
LOST 10KG SEMINGGU

112. @zarifcullenshoppe1
CUSTOM PHONE CASING MUROH PUASHATI!

113. @imanqowiyy
TARBIAH HATIMU BANGKIT DEMI ILAHI

114. @tintapenaku
TARBIAH DIRI PERMULAAN JALAN HIDAYAH

115. @makeupmurahbyalya
MAKEUP MURAH TAK MASUK AKAL

116. @plastikposmurah
READY STOCK & PREORDER PELBAGAI SAIZ

117. @sneakers_dropship
KAW2 MURAH. READY STOCK!

118. @flyingcolours
NOTHING CAN'T BE SOLVED

119. @sweetquotes
CHOOSE PEOPLE WHO CHOOSE YOU

120. @worldofprankster
CHAT AND PLAY GAMES HERE

121. @tangkaplentoq
MUZIK HIT TERHANGAT SEPANJANG MASA

122. @tudungcentral
PUSAT TUDUNG RETAIL SEANTERO

123. @King_MusicWorld
MUZIK² TEMPATAN & ANTARABANGSA TERBAIK

124. @King_AppsWorld
APLIKASI & GAMES UNTUK ANDROID & PC

125. @King_AmazingWorld
GAMBAR² MENGUJAKAN DARI SELURUH DUNIA

126. @Motivation_Psychology
NAK JADI HEBAT KENA BERUBAH !!!

127. @Dakwah_JariJemari
DARI JARI SAMPAI KE HATI

128. @Maqam_Nurani
LEMBARAN DIARI SEORANG UKHTI

129. @RisalahCinta
C.I.N.T.A ITU ANUGERAH ALLAH SWT

130. @HomeStay_Malaysia
INFO HOMESTAY & PELANCONGAN MALAYSIA

131. T.me/Malay_Cinema
YANG KAKI DRAMA, JOMLAH JOIN

132. @Shoutul_Ummah
GEMERSIK ALUNAN SENTUHAN NURANI INSAN

133. @DuniaSains
ILMU ALAM SEMESTA YG BERMANFAAT

134. @Dakwah_Itu_Cinta
CINTA ALLAH ADALAH HIDAYAH

135. @Kata_Mutiara_Cinta
MUTIARA KATA & PUISI ISLAM

136. @DapurDJasmine
JOM MASAK ISTERI SOLEHAH

137. @fwallpapers
ALL TUMBLR WALLPAPER IS HERE

138. @setmakeupmurahgila
SET MAKEUP TERMURAH HANYA RM 13.00

139. @edayahbeautyhouse
DROPSHIP PAKAIAN TERKINI, DISINI

140. @buletininfo1malaysia
INFO SEMASA DALAM & LUAR NEGARA

141. @inforoadblocktrafik1malaysia
INFO TRAFIC & ROADBLOCK 1MALAYSIA

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

‼️Nak join ILLYANA SUPER PROMOTE?‼️

SYARAT2 WAJIB UNTUK JOIN SP ILLYANA BOT

❗️CHANEL MEMBERS WAJIB LEBIH >500
❗️GROUP MEMBERS WAJIB LEBIH >200

BERMINAT?

🌿KLIK SINI 👉🏻 @VIRALCHANNELANDA 🌿

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀


10am.
Tangan terasa berat untuk mendail lagi nombor yang sama.

Itu adalah refferal yang ketiga ke hospital berdekatan dalam tempoh tak sampai satu jam.

Aduh.
Dalam hati, aku cuma mampu doa dan harap doktor tu okay.

Al maklumlah doktor-doktor ni kadang-kadang emo tak tentu pasal bila busy kat hospital.

Aku tarik nafas.
Dail nombor.
Dengar bunyi talian disambung.

"Helo"
Suara yang sama menyambut aku.

"Helo Dr Z, sorry, i nak refer one case boleh"

Tiba-tiba aku dengar dia tergelak kecil.
"Awat hang jonah sangat ni?"

Mungkin sebab setiap sepuluh minit aku call dia.

Aku gelak sahaja.
"Sorry sangat tapi i memang kena refer ni. NNJ untuk photo"

Sebelum aku mula present quick history dan seperti biasa, MO ni sempoi dan cool sahaja.

Jam 1.15pm,
Lagi. Aku terpaksa refer untuk kali yang ketujuh.

Penat terasa,
Makan pun tak sempat.

Aku sangkakan drama refferals aku dah berakhir. Tapi sangkaanku silap..

Masuk sesi petang, jam dua.
Ada lagi dua lagi kes yang aku tak boleh nak discaj balik.

1. Hyperemesis dengan ketone 5+ yang dah dihydrate dan ketone tak improve langsung
2. Whole body uticaric rash yang perlukan IV hydrocortisone yang belum sampai ke klinik aku 💆🏻

Hinggalah masa call yang terakhir.
Kes yang ke sembilan.

Aku memang pasrah je kalau kena maki emo kat telefon. Guess normal human akan stress lah kot. Sembilan kali kot aku call dia. 😂

Aku tarik nafas lagi.
Angkat phone, dial nombor.
Dua saat, telefon diangkat.

Aku tak dengar helo pun kat hujung talian.
Lalu aku pun mula bersuara dengan berdebarnya.
"Helo dr Z"

Terus aku dengar suara ketawa kat hujung talian.
"Serious lah wei? Hang kerja sorang ke ni?"

And yet dia masih so cool dan sempoi.
Allah bless her.

Aku balik dengan doa yang tak putus buat Mo tersebut.
Tabik spring sebab dia tak mix kan emosi dan kerja. Bukan senang nak jumpa doktor super cool macam ni.

Sebab kadang-kadang, ada doktor yang over-stress bila banyak refferals sampai refferals yang indicated pun depa nak maki.

Mula lah rasa besar diri, rasa orang lain tak tahu apa yang dia tahu, rasa everything nonsense dan sebagainya.

Mereka lupa, memang setiap dari kita kelebihan tak sama pun. Jadi kenapa nak rendahkan sesama kita?

Doktor medical marah doktor ortho refer kes nak adjust insulin,
Doktor ortho pulak marah doktor medical tak reti manage dressing.

Ironi.

Kita rasa kita tahu semua dah, kita marah orang tak tahu apa yang kita tahu, tanpa kita sedar kita pun sebenarnya tak tahu apa yang orang lain tahu..

Aku selalu ingatkan diri aku,
Syaitan dulu dikeluarkan dari syurga sebab satu sifat - merasa diri lebih baik dari manusia.

So,
Belajarlah merendah diri.

Dan belajarlah untuk belajar.
We live to learn from each other, not to beat each other.

Anyhow, kudos to the mo yang mantain cool sampai ke refferals ke sembilan aku.

If she read this (though i know she wont sebab dia tak kenal pun aku 👀), i pray that Allah will ease your journey.

Tak rugi pun buat baik.
Tak rugi pun merendah diri.

Remember,
Each deed will always be counted and never be forgotten.

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong , takbur lagi membanggakan diri"
(Luqman : 18)

@rentetanperjalanan




"Tulis buku apa?"

"Ada kata pengantar dak?"

Aku geleng.

"Buku biasa je la abah.. bukan macam buku hamka abah baca tu"

Aku mengusik.

"Awat abah nak bagi kata pengantar ka? Tapi dah lewat. Dah hantar kedai print dah"

Grin.

"Tajuk apa?"

"Cerita pasal apa? Sains ka, fakta ka apa"

Aku senyum ja.
"Nanti orang bagi satu kat abah eh"

Dia senyum, simpul.

"Kot-kot lepas ni boleh jadi famous"
Mama sampuk.

Aku tergelak.
"Orang anonymous ma.. takdak orang kenai"

Mama jeling.

Aku pun tak tahu apa expectation mereka.

Tapi, untuk buku pertama,
Telah aku niatkan untuk diberi pada dua sosok yang sebenarnya paling banyak mendoakan sama ada pada aku saat aku lumpuh, atau saat aku berlari segagahnya.

Abah aku jenis suka membaca buku lagend.
Dia mungkin expect anak dia ni tulis buku macam hamka.

Jauh panggang dari api abah 😂

I wrote everything in the past not for a book.

Pada saat aku menulis semua itu, bukanlah niat aku tulisan itu akan dibukukan apalagi dijual.

Namun aku menulis semua itu dalam tempoh dua tahun aku houseman..
Dari 2015 hinggalah 2017.

Ia bukanlah tulisan 'flashback' yang menceritakan kisah Ho yang pernah dilalui, tapi ia adalah tulisan realiti, pada saat itu juga dalam dua tahun tersebut.

Maka ia adalah tulisan yang sebenarnya sarat dengan emosi,
Emosi yang bergelogak masa fasa dua tahun dulu.

Pencarian yang akhirnya bawa aku kepada banyak jawapan.

Orang lain tulis buku dua tiga bulan je kan berkampung depan laptop.

Aku tulis buku ni dua tahun. Bukan flashback dah, tapi on the spot. Almost everyday..

Ia hanyalah diari Ho cabuk aku yang dibukukan, yang hakikatnya membuatkan aku sedar bahawa aku ini bukanlah hamba orang, namun hamba Tuhan.

Alhamdulillah for today.

Too much things happened and yet, banyak jalan lain yang Allah mudahkan.

One door closed, thousand more will open.
Remember..
Have faith.

Semoga kata-kata yang sampai akan membawa manusia mengenali betapa besarnya rahmat Tuhan,

Dan bahawa hidup kita ini bukan untuk disia-siakan.

@rentetanperjalanan


"10 tahun saya tunggu.."

Wajahnya antara pudar dan semangat. Kedut tua sudah kelihatan. Matanya berkaca. Beberapa saat, dia ukirkan senyum di hadapan aku.

Bersama tongkat empat kakinya..

Baru sebentar tadi aku lihat dia masuk ke bilik doktor dalam keadaan yang entahlah, barangkali menyentuh jiwa.

Dilihat kudratnya bersungguh, walaupun kemampuannya tidaklah seperti kita.

Dia menolak untuk dibantu, semua mahu dilakukan sendiri. Walau sesekali aku terdengar hela nafasnya kerana berusaha keras walau untuk berjalan, dan berpindah dari tongkat ke kerusi. Separuh badannya kelihatan sedikit kurang berfungsi (residual hemiparesis)

Aku sejak awal, hanya memerhati..

Semasa mula diperiksa,
Dia cuba meyakinkan aku berkali..

"Saya boleh doktor.. saya mampu.. dah sepuluh tahun saya tunggu ni. Dari saya sihat, sampailah saya sakit macam ni.."

"Pakcik boleh uruskan diri?"
Aku mula tanya apakah dia mampu uruskan sepenuhnya diri sendiri (ADL independent) atau apakah ia memerlukan bantuan (semi dependent) mahupun sepenuhnya bergantung pada orang lain (dependent)

Dia pandang aku,
Senyum masih tak lekang di bibirnya.
"Saya buat sendiri ja semua doktor.. dulu lepas kena stroke, saya baring (bed bound) ja sampai setahun.. lepas tu baru saya bangun, fisio, dan semangat, sekarang Alhamdulillah boleh jalan"

Walaupun kudrat dia berjalan itu memang tak seperti kita, namun aku seolah yakin dia ini ada semangat yang luar biasa.

Namun disebabkan dia banyak co-morbid (penyakit), dan memang di bawah jagaan kardio (jantung), maka aku perlu rujuk dia semula ke pakar jantung untuk pastikan dia sememangnya selamat dan mampu mengerjakan haji..

"Saya minta maaf pakcik.. saya kena rujuk dulu pakcik kat pakar eh? Saya ni doktor biasa ja pakcik.. kes macam pakcik ni doktor pakar kena tengok, dan mereka yang akan luluskan"

Dia angguk-angguk.
"Mana-mana yang doktor rasa baik untuk saya.."
Sepenuh harapan dia meletakkan kepercayaan pada aku.

Aku melepaskan dia keluar dari bilik bersama hela nafas yang entah apa maksudnya. Saratnya maksud di sebalik mata keruhnya yang memantulkan serpihan kaca.

Hari itu aku lihat bagaimana kesungguhan seorang manusia yang tidak memiliki kemampuan seperti kita, namun ternyata semangatnya barangkali lebih berkali ganda

Kerana cinta. Cinta yang tidak pernah padam, merentas sedekad lamanya.

Kata-katanya terus terngiang di telingaku..

"Sepuluh tahun saya tunggu..."

Cinta akan mengajarkan kita menysuri satu penantian yang manusia lain takkan fahaminya.

Seperti pesakit ini, dia menanti begitu lama walaupun sepuluh tahun lamanya.

Dari gagah dan sihat, menjadi lelaki yang tidak lagi berkudrat..

Namun cintanya tidak padam.
Masih menyala, masih segar, masih semangat seperti asalnya..

Begitulah harusnya cinta.

Kita takkan pernah lelah menunggu untuknya,
Biarpun ia mungkin menelan masa bertahun-tahun lamanya..
Bahkan seluruh hidup kita.

Kerana bagi cinta,
Tidak ada noktah untuknya.

Selama ia didirikan kerana Allah semata-mata,
Maka ia akan terus ada.

@rentetanperjalanan


Always see good in things,
Sebab Allah akan bagi yang baik-baik je kat kita

Tinggal kita je nak pandang macam mana..
😔

Teringat ayat,

"(yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan,

“Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, Maka Perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi penolong Kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung”.
(3:173)

Logiknya bila bertemu musuh, lalu ditakut-takutkan,
Manusia akan menjadi gentar dan goyah

Tapi apa kesan kejadian ni pada sahabat?

- ia hanyalah menambahkan keyakinan, keimanan dan harapan pada Allah.

Persoalannya bukanlah apa yang telah berlaku dalam hidup kita,

Tapi bagaimana sesuatu perkara itu memberi kesan dan impak pada jiwa kita,
Bertambah teguh imankah, atau sebaliknya.

Inilah persoalan yang paling utama.

@rentetanperjalanan


"Akak, sebelum ni akak penah ada darah tinggi ke?"
Aku pandang dia. Setelah melihat skrin BP tunjuk 213/97

"Dulu ada masa mengandung je. Lepas tu dah tak ada"

"Ada pergi follow up tak lepas bersalin? Dia ada cakap kan datang lepas 6 minggu semua tu utk check balik BP"

"Ada. Tapi doktor check dah tak ada darah tinggi"

Hmm ok². Aku mengangguk.

Masuk sebab left side body weakness and numbness. Dengan BP shoot macam tu.

Abangnya di sebelah mula tanya aku perihal adiknya. Etc etc

Tiba-tiba bersuara
"Hm macam ni la dokter.. takda anak. Tak ada siapa nak jaga dia"

Masa tu aku pelik, eh tadi cakap mengandung bersalin semua tu

"Anak 4 orang lahir semua mati. Yg pertama gugur. Yg lagi tiga mati lepas lahir"

"Oh..."
Aku hanya mampu oh dan terdiam.

"Pelik jugak semua anak mati. Kata dokter tak ada apa-apa"

Aku masih diam. Mendengar saja abangnya bicara. Pesakit tu pun hanya senyum sahaja.

"Tak ada rezeki kan dokter. Ada org mahu anak, dpt meninggal semua. Ada yg tak mahu, berderet-deret pula anaknya"

Aku senyum.
Tampak dia lebih arif tentang ilmu rezeki
"Tak ada rezeki la ni. Tak apa, rezeki Allah tu luas"

Baru beberapa hari sebelumnya aku terdengar di radio

Ada orang nak anak tapi tak dapat-dapat anak, lalu merungut dan menangis, macam-macam cara diguna utk dapatkan zuriat.

Ada orang pula ramai anak; tapi sorang-sorang semuanya bermasalah, merungut jugak tentang masalah anak-anak.

Ironi.

Uniknya bila kita berbicara tentang rezeki.

Allah beri pada setiap hamba apa yg mereka perlu, bukan apa yg mereka mahu.

Allah bagi setiap hamba tu berbeza mengikut keperluan mereka, maka jangan hairan jika setiap dari kita mendapat sesuatu yang tak sama.

Aku berborak dengan sorang member,
Pasal kisah pesakit ni.

Sekali gugur,
4 kali anak lahir mati

"Apa awak dapat? Bagi kesimpulan satu utk kisah ni"

Macam biasa, aku suka dengar orang cerita

Sebab aku tahu orang lain ada apa yg aku tak ada, dan mungkin mereka pandang dari sudut yang aku sendiri buta

Dia senyap, dan selepas beberapa ketika dia mula bersuara
"Apa yg berlaku pada manusia tu tak penting. Tapi apa kesan dan impak dari kejadian itu pada hati; itu yang penting"

"Means?"

"Ada orang mungkin rasa, kenapa Allah bagi anak empat kali tapi semuanya mati? Macam mengandung selama 36 bulan tapi sia-sia. Seolah-olah macam penat, tapi tak ada hasil apa-apa.. baik Allah bagi dia tak pregnant je kan?"

"Ha ah.." sambil aku menunggu dia sambung

"Ada orang lain pula, bila anak mati macam ni, dia fikir, oh tak apa. Dah ada 4 orang anak tunggu dia kat syurga"

Aku senyap sambil digest..

"Ini maksudnya. Apa yg berlaku pada kita tak penting. Tapi persoalannya, apa kesannya pada diri kita?"

Aku fikir ni semula selepas beberapa ketika
#kakifikir

Banyak yang dimuhasabahkan
Huuu

Setiap dari kita mungkin lalui perkara yang berbeza-beza.

Macam kisah ni, logiknya, allah boleh je jadikan dia tak mengandung pun, lalu tak ada anak,
Tapi allah bagi jugak dia mengandung dan bersalin banyak kali, tapi anak mati

Outcome sama je mcm tak mengandung, ironi.

Macam orang lain pulak,
Ada orang fail exam, ada orang score
Ada orang tak ada anak, ada org berderet-deret
Ada orang miskin tak cukup makan, ada orang kaya terlebih-lebih
Ada orang tak pernah sakit, ada orang tak pernah kenal sihat

Allah susun hidup kita tak sama.
Sebab apa yang berlaku tu bukan persoalan yang penting utk dibicara,
Tapi apa kesannya pada jiwa?

Ini yg Allah mahukan dari kita.

Contoh, gagal exam,
Bukanlah kisah kegagalan tu yang akan jadi plot penting dalam hidup kita,

Tapi, apa kesan dari kegagalan tu pada jiwa?
Bangkitkah atau rebahkah?

Apa outcome yang kita sebagai hamba beri bila Allah bagi kita sesuatu?
- inilah pokok utama

We can choose either,
To be blessed
Or to feel bad

Kalaulah kita yakin Allah tu takkan jadikan sesuatu sia-sia;
Mesti kita akan selalu bersangka baik dalam setiap susunanNya kan?

Kata orang; selemah-lemah ukhuwwah adalah berlapang dada
Selemah-lemah.

Kalau dengan allah pun kita takleh nak berlapang dada,
Maka tahap serendah manakah 'ukhuwwah' kita kepadaNya?

Tsk.


Tagging Day1.

'Kenapa pt nak push to operation theatre?'
'Abnormal fetus. In labour. Unfit for normal delivery.'

Pt baru masuk dari kecemasan.
Scan baby nampak paru-paru baby, perut baby semua penuh air. Query hydrops fetalis.
Tapi mak tk pernah pergi investigate walau dah tau sebelum ni.
So, diagnosis sebenar tkdiketahui.

'Disebabkn kita tktau baby sakit apa,untuk kes macam ni, kita kena all out.' Terang mo.

Ada kes, yg baby bad prognosis atau very unlikely untuk survive, kita tkkn letak ibu untuk unnecessary risk.

Tapi macam kes ni, kita tktau apa keadaan baby. So kita akan buat the best untuk selamatkan ibu dan baby.

Kadang-kadang dalam dunia ni,
Kita mudah sgt menilai org.
Kita susah nk bg peluang pada seseorg utk membesar sedangkan kita tktau pun apa masa depan dia.

Contoh, cikgu yang maybe dia tengok anak murid dia susah sangat nak skor teori.
Dia pun label budak ni tiada masa depan.
Sedangkan dia tktau, budak tu skill dia perghhh terbaik!

Atau mcm senior yg pandang enteng pada ho.
'I dont talk to ho.'
Especially 1st poster.

Atau employer yg tknak ambil fresh grad utk bekerja.
Dgn alasan nk pengalaman 10 tahun bekerja.

Just wondering.
Ego tu datang dari mana?
Maybe somewhere along the journey,
ada terhantuk kepala kat mana-mana sampai terlupa.
Yang dulu bermula dari takuk yang sama.
Belajar merangkak dan bertatih sebelum mampu berlari.

Sama mcm dalam DnT.

Ibaratnya kat tido dalam rumah terbakar.
Kita sedar kita semua dalam bahaya.
Kita tau kita kena kejut semua orang dari tidur untuk selamatkn diri.
Tapi kejut punyab kejut, tkbgun².

So kita pun assume.
'Oh dia ni memang tknk bgun cakap'
Sedangkn kita tktau.
Maybe dia tu memang jenis tido mati,
ada cara tertentu utk kejutkn.
Atau dia pekak tak bole dgr,
Kena guna sentuhan baru boleh sedar.

Cepat sgt buat assumption.
Sedangkan kita tkusaha sehabis baik pun.
Lepas itu salahkn orang.

Cepat sgt putus asa.
Sedangkan Allah tkpernah putus asa dgn kita. T____T

Sebab everything begins with a baby step kan.
Kita bukan Tuhan yg tau masa depan orang.
Kita hanya hamba yg Allah suruh,
'Give ur best.'
Tanpa mengira siapa pn dia.
Kerna semua manusia layak utk diberi peluang kan..

@rentetanperjalanan


Hari ini, scan petang.

2.15pm.
Pesakit pertama tiba.
Yang datang repeat scan sebab nak tengok kedudukan uri (sebelum itu scan uri di bawah)

Bila letak probe scan, benda pertama yang aku nak lihat adalah placenta (uri) of course.

Nak jadi cerita, aku baru je letak probe dua saat,
"Doktor, nampak tak jantina anak saya?"

Nota kaki : tak salah pun tanya jantina

Aku layan je. Sebab ini memang soalan biasa, antara soalan pertama bila aku scan.

Walaupun sebenarnya si ibu yang kami repeat scan itu kadang-kadang ada banyak isu lain yang lebih membimbangkan, contohnya baby terlebih kecil atau terlebih besar, uri di bawah, air ketuban kurang atau lebih, kedudukan tidak cephalic dan sebagainya.

Tapi biasanya debaran aku nak repeat scan tu (especially untuk reassess lie baby yang tak stable. So selalunya sebelum letak probe tu aku jampi sikit bagi jadi cephalic) termati begitu sahaja bila pesakit belum apa-apa dah tanya, jantina anak saya apa doktor?

Macam itulah pesakit aku hari ini.. tak sempat apa-apa dah push tanya jantina. Uri tu dia tanya last sekali.

Oklah.

Pesakit kedua.

Mengandung anak pertama, tak ada masalah mengandung. Datang untuk routine scan (scan berkala, bukan sebab bermasalah)

Nak dijadikan cerita,
Aku letak je probe scan, gerak-gerak sikit, tup tiba-tiba ternampak dah jantina. Baby ni advance sangat nak tunjuk kat aku agaknya.

Lalu aku pun bagitahu ibu..
"Puan, kita nampak, kita jangka anak ini kemungkinan lelaki eh"
Sambil aku tunjuk ke skrin gambar bayinya.

Muka dia stone, tak ada perasaan.
Gembira tidak, sedih pun tidak.
Tapi macam susah hati pun ada.

Dia kemudian tanya.. "doktor, anak saya okay ke? Perkembangan dia.. sihat dak"
Dengan wajah resah.

Dia langsung tak ambik port anak lelaki ke perempuan..

Itu adalah anak pertamanya dan dia telah menunggu lama. Usia dia dah pertengahan 30-an.

So no wonder dia lebih risaukan kesihatan anaknya berbanding lelaki atau perempuankah dia.

Sebab dia lebih takut kehilangan nyawa, maka yang lain-lain itu adalah kecil baginya..

Hidup ini,
Kita sendiri boleh pilih nak pandang dari sudut mana.

Dan cara pandang kita lah akhirnya akan membentuk kita ini bagaimana.

Ia boleh jadi membina, atau membunuh kita.

Maka jangan hairan,
Ramai kanak-kanak yang berusia muda, namun memiliki jiwa dewasa,

Namun ramai pula yang dewasa, masih bergelumang dalam jiwa kanak-kanaknya.

Dan, bagi yang pernah ditarbiyyah,

Setiap dari kita sudahpun dewasa.
Bukan lagi kanak-kanak seperti dulu kala.
Maka cita-cita kita juga harus berbeza.

We choose what we do..

Dan setiap dari pilihan hidup kita akhirnya akan ditanya semula Allah di sana.

"Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya, dan merekalah yang akan ditanyai”. QS. Al Anbiya’: 23.

@rentetanperjalanan


3pm

Perut aku dh menyanyi
Dlm hati doa
Patient tolonglah berhenti
10 minit pun jadi
Aku lapar
Nak cari makanan kejappp je huhu

3.30pm

"Bila patient nk berhenti ni. Penatnya" -mo

Aku senyum
Was asking the same question

"Entahla boss. Berhenti 10 minit pun jadi. Saya nk g cari mknn. Lapar.."

Then terus menerus clerking n examine n sending pt up from pac

Tiba-tiba mo dtg
"Mesti cafe dh habis mknn kan.. ptg dh ni"
"Eh boss tkmakan lagi ke?" - aku. Agak terkejut. Ingatkan dia dh makan dgn mo2 lain kt atas.
"Belum.." dia jawab, muka penat
"Mo2 kat atas takde order ke?"
"Entah aku taktahu. Tksempat naik pun lagi ni.."

10 minit kemudian
Mo dtg dgn sebungkus roti

"Nasi dh takde la. Tinggal kuih je. Aku beli roti. Jom makan. Kau g basuh tangan" sambil duduk di meja clerk

Mula-mula aku segan
Tapi sebab lapar sgt aku pau jugak roti tu sebijik haha

"Kau nk air panas?" Mo pandang aku tanya
"Air apa?" -aku
"Nescafe ni ha" - mo, sambil keluarkan 3 in 1 nescafe yg dh dibuka n tinggal separuh dari poket dia

"Eh tkpela boss boleh simpan malam. Boss kan nak kerja sampai esok" -aku. Rasa bersalah

"Laa takpe ambik la aku mmg bancuh separuh je utk minum" dia hulur nescafe lg separuh tu kt aku

Aku tolak
Then dia paksa juga sampai aku ambik

Alhamdulillah dpt isi perut pada saatnya
Dan rezeki betul-betul dtg dari arah yg tak disangka sangka

Momen yg sekejap ni buat aku terfikir
Takde pun kebaikan yg kecil atau sia-sia .

Hatta separuh kopi 3 in 1 pun boleh membuahkan doa org-org yg lapar pada kita

Kita mungkin rasa kita tak beri apa-apa
Atau kita rasa kita tak dapat apa-apa

Tapi..
Who knows how much blessings we get from our little tiny deed.

Teringat kata-kata yg aku pernah baca dulu
A very beautiful quote;

"Boleh jadi, saat engkau lelap tertidur, pintu-pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untuk mu..
Dari seorang fakir yang telah engkau tolong,
atau dari orang kelaparan yang telah engkau beri makan,
atau dari seseorang yang sedih telah engkau bahagiakan,
atau dari seseorang yang berpapasan denganmu yang telah engkau beri senyuman,
atau dari seseorang yang dihimpit kesulitan dan telah engkau lapangkan.
Maka, janganlah sekali-kali engkau meremehkan sebuah kebaikan.."

- Ibnul Qoyyim Al Jauziyyah

Siapa tahu, mungkin pemberian kecil kita itulah yg telah mencukupkan kekurangan orang lain

Yg telah membuahkan keberkatan dlm hidup kita walaupun mata kita tak dapat melihatnya

Had a talk with friend last night

"Buat je awak.. maybe xnmpk apa-apa hasil. Tapi buat je la.. sometimes it maybe for u urself. Not others. Yg penting beramal" -her

I was shut a moment by her words

Hanya allahlah yg maha mengetahui apa yg aku lalui setahun ni

Buat kerja tapi takde hasil
Siapa suka?

Tapi Allah nak ajar erti ikhlas pada Dia
Allah nak pasak semula kecintaan kamu pada jalan yg Allah redha

Ye la
Mana nak datang bukti kalau tak diuji?

So gambel je la bro
Jalan je

Biarlah apa orang kata

Asal Allah redha
Dan sudi memberikan syurga

Well thats count most kan?
*tepukbahu*

@rentetanperjalanan


rukun islam kelima ini..

Mama pernah kata aku ni haji muda.
Umur 5 bulan kandungan dah buat haji kat sana.

And the real reason behind my name; adalah sebab bahawa dulu akulah yang dikandung mama semasa tunaikan rukun kelima.

Hari ini, setelah hampir tiga dekad lamanya,
Aku hanya mampu berdoa,

Semoga dengan memudahkan urusan mereka,
Allah akan mudahkan juga urusanku suatu hari nanti untuk ke sana.

One fine day,
InsyaAllah.

@rentetanperjalanan


"Makcik pernah ada darah tinggi ka"
Aku tanya seorang pesakit, lewat 60-an.

"Ish takdak aih. Makcik sihat ja"

"Ooo. Ni makcik tengok la tekanan darah makcik ni. Terkejut ka, takleh tidoq ka semalam sebab nak mai check haji ni?"

Terkekek-kekek dia gelak depan aku, menampakkan beberapa gigi yang banyaknya sudah tak ada.

"Dulu la orang kata makcik ada darah tinggi"

"Orang?"

"Tapi la ni takdak dah"

"Orang? Sapa orang tu makcik"

Dia garu kepala.
"Doktor kot"

"Oo bila makcik check tu? Kat mana?"
Aku mula soal siasat. Barangkali known case hypertension tapi defaulted.

"Dulu, lama dah haih"

Ni jawapan paling vague sekali. Tapi memang jawapan favourite pesakit.

"Lama tu bila?"
Aku cuba dapatkan jawapan spesifik.

"Ish, lama dah"
Masih jawapan yang sama.

"Okay lama.. tapi makcik ingat tak berapa tahun dah?"

"Waktu anak makcik nak masuk belajar dulu"

"Dia masuk belajar masa umur berapa?"

"Lepas spm"

"Ooo. Sekarang dia umur berapa?"

"Dekat 30 dah"

Lalu aku mula gunakan matematik calculate sendiri agak-agak berapa tahun lepas yang dimaksudkan.

"Yang habaq tu doktor ka? Dia bagi ubat dak?"

"Ha ada bagi. Tapi baik dah.. lepas tu makcik stop ubat"

"Ooo. Makcik stop sebab doktor suruh stop ka atau makcik jadi doktor?"

Dia sengih
"Makcik tengok darah makcik ok ja.. makcik pun sihat ja nih"

Lalu seakan-akan tunjuk bicepnya depan aku

"Yeee makcik. Kuat lagi gi motong kan.. tapi tekanan darah ni saya takleh lepas ni harini"

Mata dia terus berubah
Pandang aku..

"Eh. Makcik takleh pi haji ka?"

"Bukan takleh pi.. saya tak boleh luluskan lagi harini. Kena tengok tekanan darah makcik dulu.. kalau perlu, kita start ubat dan stabilkan. Okay?"

"Bila nak lulus ni?"

"Bila darah makcik dah okay sikit, kita luluskan, selamat dan sihat nak pi haji"

Dia angguk.
Sekejap perlahan, sekejap semangat.

Comel.

Tamat dua hari pemeriksaan jemaah haji.
Pengalaman pertama. Interesting.

Lihat wajah-wajah gembira sebab nak pi rumah Allah.

Ada yang dari awal ke habis memang sengih je.

Ada pula yang bertongkat empat, muka berharap sangat kita lepaskan dia..

"Doktor luluskanlah saya.. saya nak sangat pergi haji... 10 tahun dah saya tunggu doktor. Dari sihat sampai jadi sakit macam ni"
😢

Ada yang hilang semangat nak ke haji bila banyak sangat prosedur.

"Banyak sangat pantang larang. Gula tinggi sikit tak boleh. Tekanan darah macam ni tak boleh. Kira kita ni dikira tak mampu ke doktor? Macam tu tak payah pergi haji lah. Kira sakit, dah masuk bawah tak mampu lah kan"

Terkejut jugak aku kakak ni tiba-tiba emo.

"Uish akak tak boleh cakap macam tu. Kita ada fatwa. Bukan boleh ikut suka kita. Ada penyakit ni bukan maksud tak mampu. Cuma perlu kawal dulu"

Pesakit sebelah yang dengar pantas mencelah.

"Ha betoi tu. Saya ada kencing manis cucuk insulin lagi. Tapi tak boleh cakap tak mampu.. cuma kena kawal bagi kesihatan baik"

"InsyaAllah kita ikhlas nak ke sana, Allah pun akan ikhlas tolong kita"

Barulah pesakit tadi okay sikit.
Sebelum aku sambung bagi nasihat akhir padanya.

Dan macam-macam lagi manusia yang aku jumpa..

Ada yang sakit teruk pun nak pergi.
Ada yang diuji sikit dah rasa tak mampu pergi..

Ada pula yang tak mengaku ada penyakit itu ini.
Semua sihat belaka, bila check gula, tekanan darah melambung.

Ada yang merungut bila kena ulang alik lab.
"Ish la pi lab lagi? Penat aih makcik duk jalan-jalan ni"

"Uihhh sikit ja ni makcik. Nanti nak pi sana, lagi jauh makcik nak jalan"

Aku mengusik.

"Ha betoi kan. Makcik kena excercise"

😂

Banyaknya yang datang dengan pasangan, semua sweet.
Dah habis check, depa cari pasangan depa pulak.

"Saya siap dah. Abang tak siap lagi?"

"Abang banyak sangkut"

😂

Mula-mula (dan masih) memang berdebar sangat nak periksa mereka ni.

Tapi alhamdulillah,
Aku sebenarnya dapat tumpang minta doa mereka.

Kesemua yang aku periksa, aku lepaskan mereka semua dengan sebaris doa.

"Semoga makcik / pakcik lulus dan dapat tunaikan haji. Doakan saya jugak eh dapat pergi haji"

Lalu disambut dengan amin dan insyaAllah.

Sungguh ada sebab yang besar mengapa Allah berikan


dalam bilik bedah.
pukul 2 pagi.

kes appendix. kes wajib surgery.

camera dipasang. satu demi satu organ diperhati.

surgeon muka serious. Anaest dengan youtube, cari lagu buat penyegar beberapa pasang mata tgh malam-malam buta.

tengah-tengah khusyuk menghadap appendix. tiba-tiba lagu yg dipilih menarik perhatian

'Look around yourself
Can’t you see this wonder
Spread in front of you..
we just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth'

Terfikir. Setiap hari mngadap kuasa Allah,setiap hari hidup dengan kehebatan Allah tapi Tkpernah rasa dgn hati semua tu..

'Look inside yourself
Such perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger, love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?'

Selalu tksedar yg setiap masa berjuta-juta neuron menghantar signal utk mematuhi aturan Allah. Selalu terlupa yg jantung tkpernah malas berdegup setiap hari tnpa mengira tahap ketaatan. Tkpernah menghargai titisan-titisan darah yg menngalir dlm setiap sudut tubuh utk memastikn setiap organ terus berfungsi..betapa hebatnya kasih syg Allah yg mengalir bsama setiap gerakan sendi kita..

' When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing
So why deny
What’s in front of your eyes
The biggest miracle of life'

Duduk dlm neuroicu,Allah bagi peluang melihat proses macam mana dr seorg yg terbaring lemah takmampu bergerak, boleh pulang ke rumah kembali menjalani rutin harian dari seorang yg penuh dgn tiub dan wayar menjalar sana sini,boleh keluar hospital dgn sebaris senyuman..tapi tkpernah nk fikir siapa yg menyembuhkn segala penyakit. Tkpernah menghargai siapa yg ada di sebalik setiap kejadian..

'Let’s start questioning ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds'

sbb Allah dh kata kan,org yg mmpu rasa dgn hati tu adlh org-org yg bfikir. org yg mggunakan mata,akal dan fikiran dia utk kenal Pencipta.

'Allah..
Take us in the best way
Guide us every single day
Keep us close to You
Until the end of time..'

bait-bait akhir lagu.
doa dilafaz dalam diam.

ya Allah..
Sesungguhnya hanya Engkau mampu mberikn kami ilham utk bsyukur.
pimpinlah hati dan ego kami utk terus tnduk kpdMu..
sehingga hujung nyawa kami..ameen

@rentetanperjalanan


‘Dr, pt untuk chemoport insertion dah masuk,’ beritahu nurse.
‘owh ok.’

Katilnya dihampiri.
‘awak dah beli ke chemoport?’
‘err saya tktau.’ patient.
‘hah? Hari tu kan kita dah refer social welfare? Ada tak sorang kakak dtg jmpe awk?’
‘ada.’
‘pastu?’
‘Entah’
Geram ku dibuatnya.

Masuk untuk chemoport tapi chemoport tkde. Kita dah usaha dapatkan appointment, refer social welfare sebab tau dia ada masalah kewangan, tapi diri sendiri boleh jawab ‘entah’. Adoyai

Me: akak. Apa update chemoport pt ni ye?
Social welfare: saya dah banyak kali remind dia suruh hantar document². Tapi dia tk hantar².

Geram. Tjtipu. Kita yang jadi serabut. Nak dapatkan chemoport dlm masa yg urgent.

Pergi balik kat katil.
Walaupun hati rasa membuak² tapi rasa terdetik nak mendalami adik sorang ni.

Umur baru awal 20 an.
Disahkan menghidap osteosarcoma.
Barah tulang. Nak start chemo asap.
Tapi beberapa kali default treatment.
Pernah tk datang utk scan.

Tkdtg appt scan adlh perkara paling stress utk sorg ho. Sebab utk dptkan another urgent scan utk kes yg tk urgent, memang la namanya cari pasal.
Sampai sekarang ingat lagi mcm mana kena marah dgn radiologist bila mnta scan urgent utk pt yg xdtg masa appt. Scan appt tu listnya pjg berjela. Bukan mcm order teh tarik kat kedai mamak..

Me: adik.. Awak sebenarnya faham tk apa yg berlaku skrg ni? Awk faham tk pasal penyakit awk?
Pt: faham.
Me: awk tau tk betapa pentingnya kt nak start chemo ni?
Pt: tau.
Me: pastu knp awk mcm endah tkendah je dgn penyakit awk sendiri? Org lain pulak lagi risau.
Pt: tktau la,dr.. Saya tak tau nk cari duit kt mane.. boyfriend saya pun orang susah.
Me: awak memang tinggal dengan boyfriend awak ke?

Saje bertanya.
Aku dah lama tahu dia tinggal boyfriend.
Walaupun non-muslim tapi still aku taksuka.. tapi siapa aku untuk judge tanpa mengetahui kisah sebenar.
Disebabkan perasaan tu la, aku cuba mengorek kisah adik sorg ni.

Pt: aah.
Me: kenapa syg sgt dia?
Pt: sbb dia baik
Me: parents awk?
Pt: mak dah meninggal. Ayah kawen lain
Me: kenapa? Mak tiri awak garang eh?
Pt: mak tiri dgn ayah suka pukul saya.. Mereka benci saya.

Jawapan yg membuatku terdiam.
Saban hari aku melihat mak boyfriend dia sabar menemaninya di wad.
Siapa tk sayang kalau macam tu.
Keluarga sendiri buang macam sampah.
Keluarga lain pulak yg sggup menemani waktu susah..

Me: akak, apa update chemoport eh? Sempat tk nak dapat hari ni? Dia nak insert kul 2 ptg nnt.
Social welfare: entah la. Macam susah je doktor. Saya ada call ayah dia td
Me: ye? Ayah dia kata apa?
Social welfare: ayah dia kata, ‘saya memang dah tkpeduli pasal dia. Dia nak mati pun lantak la. Tkade kena mngena dgn saya.’

Another jawapan yg buat lidah aku kelu terus.
Lagi sedih bila pt cerita, dia sampai terpaksa pinjam along utk settle medical issue dia..

Ada masa kita suka memandang apa yg tersurat sampai terlupa mengambil kira apa yg tersirat.
Sedangkan manusia tk pernah lari dari hati dan perasaan yg penuh misteri.

Berlapang dada lah.
Jangan cepat menghukum.

Kerna islam tkkan tersebar luas seandainya Rasullullah tu bersifat cepat menghukum.
Pasti Wahsyi yg mbunuh ayah saudara Rasulullah, Hamzah tidak akan sempat mengenali Allah..
Pasti Khalid Al- Walid yg mengetuai tentera quraisy dlm perang uhud, tidak akan sempat digelar Pedang Allah..
Jika mereka tidak diberi peluang kedua..

‘wahai org-org yg beriman. Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa..’
( Al-Hujurat: 12)

@Rentetanperjalanan


Yellow zone tidak begitu terkawal
Akhir shift masih ada pt baru masuk

Aku ambil kertas triage,
"Alleged pcm ingestion. 40tablets"

Dlm hati wow.
40 biji telan.

Toleh tengok pesakit yg berkenaan
Seorang wanita, cantik, bertudung Sempurna auratnya walaupun sudah ditukar baju ke baju hospital

Aku mendekatinya, senyum.
Tak berbalas

Okay, takpe
Mula dapatkan history
Basically nak tengok simptom² yg dia develop after makan ubat ni, takut overdose

Wajahnya masih murung sepanjang aku bertanya.
Habis tanya simptom, aku tau aku belum tanya satu benda.

Iaitu; kenapa.

Aku menarik nafas, dalam
"Hmm akak. Sorry tanya. Kenapa akk telan 40 biji panadol ni?"

Dia senyap, pandangan yang menembusi lantai yang dilihatnya

"Ada masalah ape-ape ke?"

Tak lama lepas tu dia bersuara
"Boyfriend yg saya nak kahwin tu, saya baru tahu pagi ni dia ada perempuan lain"

"Oh.." aku angguk.

Jujur aku tak tahu mahu sambung apa.
Nak nasihat ke macam mana ni, nak mula dari mana.

Tiba-tiba dia tambah lagi,
"Saya baru convert islam 2 minggu lepas. Dah plan nak kawin dh dokter.. sy dh korbankan macam-macam utk dia"

Aku terkedu sekejap.
Baru perasan dia bukan muka melayu
"Yeke.. hmm akak convert ni family tahu tak?"

Sengaja aku bertanya, mahu tahu support dari family dia sendiri bagaimana

Dia geleng

"Mak ayah akak mcm mana?" -aku sambung

"Sebelum ni saya pernah cakap nk kawin dgn lelaki melayu, dan nak masuk islam, mak saya tak benarkan" -airmata sudah memenuhi kelopak matanya

Haih
Ni yang lemah ni
Huhu

Aku senyap beberapa saat
Cuba menyusun kata dari lidah yang tak begitu fasih bahasanya

"Akak hilang manusia. Tapi akak tak hilang Allah. Pegang betul-betul, Allah dah pilih akak masuk islam tau"

Mata aku sendiri rasa panas
What a test to her..

Dia nampak seperti seorang bayi
Yang masih tak mengerti apa-apa
Yang masih perlu dibimbing langkahnya
Yang masih perlu dikenalkan dengan Dia

Aku yakin Allah takkan pernah salah memilih seseorang untuk memeluk islam,
Walau apa pun reason mereka

Mungkin permulaannya adalah sebab manusia,
Namun insyaAllah, Dia lah yang akan meluruskan perjalanan di kemudiannya

Dan pada dua minggu keislamannya, dia telah diuji dengan perihal kesetiaan

Kesetiaan pada Tuhan yang telah dia mula ikrarkan

Mungkin terdetik untuk berpatah balik setelah perjalanan yang baru selangkah dua diuji sebab bertapaknya dia

Aku pulang dengan seribu satu persoalan di kepala

Allah tak pernah salah pilih sejak pertama kali hati kita dibuka.

Dan bila kita telah bermula,

Allah akan menapis dan menguji hingga sebab kita di perjalanan itu hanyalah Dia

Kerana hanya dengan Dia sebagai tujuan kita, Allah akan memberikan syurga

Despite all the storms and hardships,
To her and my dear self,
Please, fight to stay.

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (istiqomah), maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan bergembiralah dengan jannah (surga) yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” (41: 30)

@rentetanperjalanan


saban hari kita berdosa

Tinggal kita saja
Yang entah mati esok atau lusa
😔

And yes,
Im talking this to myself,
Yang masih merangkak mencari jalan pulang menuju Tuhan.

@rentetanperjalanan


"U go and clerk her. She cudnt answer me"- bos

"Oh ok"
Sambil aku menuju masuk di sebalik langsir

"Cik dtg sbb ape?"
Aku mula dapatkan history

Dia kelihatan gelisah. Pusing kiri dan kanan, hampir tak keruan

Aku dlm hati
Alamak aku dpt psy pt lagi ke?
Awat restless semacam je ni

Dia berpeluh-peluh
"Sakit dr. Tolong" -suaranya tersekat-sekat

"Sakit mana? Saya nk tlg awk ni"

Dia memegang perut
Aku lihat perutnya,
Dua saat pause
Tgh fikir nak tanya tk

"Sorry cik sy kene tanya ni, cik mengandung ke?"

Dia geleng
"Taktahu.." - sambil separa menangis

Further history,
Single,
Lmp tahun lepas bulan 6

Aku pegang perut dia yg bersaiz lebih kurg 7-8 bulan mengandung tapi tak begitu obvious sbb dia quite obese

Pegang 10 saat, aku rasa contraction
Alamak

"Cik. Ada turun darah tak?"

Dia angguk

Okayy. Unlocked. Sound like im dealing with delivery now

"Upt. Sorg g ambil upt"

"Akak, kita nk masuk tiub kencing kejap utk keluarkan air kencing ek"

Dia angguk lemah tak berdaya

Tengok bawah,
Show (darah) ++

Ikut hati rasa nak VE. Tapi takut dia prem delivery. Placenta pun taktau kat mane lagi.

"Kita ada speculum tk?"

"Kat resus"

Upt +ve
Call o&g
Mo minta terus hantar pesakit ke pac (unit bersalin)

Sepanjang perjalanan dalam ambulans, dia mengerang

Aku berdoa je tak kene conduct delivery dlm tu

"Akak sabar ek. Tahan kejap je"

"Bila sakit saya nk hilang ni dr?"

"Sampai baby keluar"

Kejap-kejap dia genggam tangan aku kuat, menahan sakit

Sambil matanya memandang aku seolah meminta sesuatu

Kekuatankah?
Simpatikah?

Lalu aku cuba bertindak seperti seorang suami huhu
"Istighar akak. Mengucap. Selawat banyak-banyak"

Tanganku dibiar digenggam bila-bila yang dia perlu. Sakitla jugak. Huu

She needs this for now
Despite of what she did in the past,
Im nobody to judge her present or even her future

Aku lihat mulutnya terkumat kamit.
Which aku yakin, sesiapa sahaja saat melahirkan anak itu berada di ambang kematian

Moga allah bagi akak hidayah
Dalam hati aku terus berdoa

"Akak, takboleh buat mcm ni dah lepas ni. Allah sayang kita. Kita pun kene sayang diri kita"

Aku sempat ucapkan semasa dia ditolak ke resus sebelum ke unit bersalin

Entah mengapa begitu banyak yang aku pelajari pada hari itu

Yg membuatkan aku refleksi pada dosaku sendiri.

Antara aku dan dia,
Tak siapa tahu siapa lebih mulia

Antara aku dan dia,
Tak siapa tahu siapa yang lebih banyak dosa

Antara aku dan dia,
Tak siapa tahu siapa akan ke syurga atau neraka

Be it who we are,
We never know.

I tried not to judge her, because she might just sinned differently from me

Boleh jadi je dia dah bertaubat dan dia lebih mulia dari aku,

Mungkin je dosa dia gugur dengan kesakitan itu lebih banyak dari dosa-dosa sedia ada aku

Mungkin juga masa depannya lebih cerah dari aku

Who knows.

Kata orang,
Hate the sin, not the sinner

Which tak ramai orang mampu buat hatta aku sendiri yg perlu constantly remind hati aku sendiri

Sebab dunia ni dh terlalu banyak judges,
Sampai lupa the real judge yg lebih berhak di sana

Sedangkan pengakhiran kita sendiri pun belum pasti bagaimana

Ia mengingatkan aku pada kisah umar;
Di mana dia merupakan sosok yang amat banyak jahiliyyah,

Namun sosok 'jahat' inilah yang didoakan rasulullah

“Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang dari dua orang yang lebih Engkau cintai; Umar bin Khattab atau Abu Jahal bin Hisyam”

Abu jahal dan umar didoakan,
Sedangkan merekalah konco-konco besar yang membenci islam

Nak cakapnye sejahat-jahat manusia pun ada harapan untuk mereka
Siapalah kita untuk menidakkannya?

Benarlah secantik-cantik akhlah adalah akhlak rasulullah

Sbb baginda betul-betul membuktikan dengan akhlaknya,

Bahawa islam ni agama rahmat,
Bukan agama yang memutuskan harapan.

Am spreading the hope to us,
Untuk para pendosa
Bahawa sentiasa ada jalan utk kembali kepadaNya

Bila terbuat dosa,
Pulanglah pada Allah yang sentiasa menanti taubat-taubat seorang hamba

Its never too late,
It will never too late,
Sampailah ajal menjemput kita

Sebab Allah dah menunggu kita lama..
Menunggu kita kembali setelah


Pintu diketuk.

"Doktor. Saya rasa isteri saya tak boleh masuk wad harini"

Aku yang sedang habiskan tulis referral letter terkejut.

"Kenapa eh"
Cuba untuk kenalpasti kenapa si suami tiba-tiba cakap isteri tak boleh masuk wad.

Isterinya Hb terlalu rendah. 7.
Ada simptom.
Nadi laju.
Tekanan darah borderline.
Perlu dimasukkan darah.

"Saya sibuk lah doktor. Anak-anak lagi.. esok bolehlah"

Aku diam.
Hela beberapa saat..

Barangkali dia tak faham.
Aku menarik nafas sebelum cuba terangkan pada si ayah. Ibu steady je dari tadi. Tenang.

"Encik, keadaan isteri tak bagus. Normal Hb untuk perempuan 12. Isteri encik 7 je"

Dia angguk tapi masih berdalih-dalih. Banyak tapi dan alasannya. Cuba tak mahu masuk wad juga. Aku sedayanya teruskan.

"Bila Hb kurang, oksigen yg dibawa ke badan pun kurang, yang dibawa ke anak dalam perut pun kurang. Bila oksigen kurang, jantung akan kerja lebih. Pam kuat-kuat. Nadi jadi laju. Tekanan darah boleh turun. Dia boleh pengsan atau tak sedarkan diri. Jantung boleh gagal berfungsi"

Aku terangkan yang paling buruk boleh terjadi. Kalau dah shock, she can collapse anytime.
Si ayah senyap.

"Encik, kalau Hb dia ok, isteri encik ok, nadi tak laju, tekanan darah tak macam ni, saya tak mahu pun hantar isteri encik ke hospital"

"Bukan saja-saja saya nak masuk darah ni encik. Lagi banyakkan kerja saya adalah"

"Tapi kita fikir untuk kebaikan dia je ni. Kesian isteri, kesian anak dalam perut"

Setelah beberapa ketika aku yakinkan dia, dia akur dan bersetuju untuk isterinya dimasukkan ke wad untuk masuk darah.

Ramai pesakit yang seperti ini.
Yang cakap taknak masuk wad sebab ada urusan lain.

Barangkali mereka tak tahu, bahawa urusan lain itu tiada apa-apa pun kalau nak dibanding dengan nyawa.

Barangkali mereka tak tahu, betapa ada beberapa kondisi yang boleh membunuh seseorang manusia.

Sebab tu lah doktor jelaskan. Sebab mereka belajar dan barangkali mereka sendiri pernah menyaksikan, maka tidak mahu mengulang kematian.

Memang kita bukan Tuhan,
Namun alam ini ada sunnatullahnya, ada konsep asbab dan musababnya.

Jika ditolak pasti terjatuh, jika dilanggar kereta kita akan cedera, jika memegang air panas tangan akan melecur, jika terpotong jari dengan pisau pasti akan berdarah.

Sama dengan angin bertiup lalu menggugurkan daun, ombak memukul lalu meleraikan pasir di pantai, matahari memancar membuatkan tanah kering dan kontang, dan mengapa ada siang dan malam, mengapa ada pasang dan surut lautan?

Semua ini adalah sunnatullah.

Takkanlah kita nak lari ke tengah jalan yang laju dan penuh kereta sambil bertawakal, hidup dan mati itu di tangan Tuhan?

Takkanlah kita nak hidup dalam kejahatan, lalu bertawakal hanya Allah yang akan masukkan kita ke dalam syurga idaman?

Takkanlah kita nak hidup berdiam , sedangkan kita tahu semua itu akan membuatkan jiwa kita lapar dan menempah kematian?

Kadang kadang kita tak sedar bahawa kita sendiri yang memilih untuk mati sedangkan kita tahu apakah jalan yang menghidupkan.

Kita tahu apa yang membunuh jiwa kita s ndiri, and yet kita masih lagi melakukan yang sama, hingga kita sendiri mati di tangan kita.

Sering kita lupa, sunnatullah ini di mana-mana.

Tak ada orang boleh berserah pada takdir tanpa berusaha.

Sama, jika kita mahukan syurga, apakah ia datang dengan percuma?

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. (Ali Imran : 142)

Dan jika kita tidak sanggup Allah mengabaikan kita, maka mengapa kita pula mengabaikanNya?

"Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka" (at taubah : 67)

"Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan" (taha : 126)

Pantaskah kita katakan semua adalah takdir semata, jika kita sendiri yang memilih untuk 'membunuh' diri kita?

@rentetanperjalanan


e moment, specific to each person

Bende simple ni kalau takboleh nak sangka baik dgn Allah, mcm mana nk sangka baik dlm urusan-urusan yg lebih besar?

U are just a slave, remember

Give your life to Him,
Then all would be fine.

@rentetanperjalanan


Ct scan

"Macam mana ni dokter?"
Staf-staf radiology mula tanya aku

Pt aku yang nk buat ct brain (baby 10bulan) asyik menangis dan tak boleh nak bagi kerjasama untuk duduk diam masa ct scan berlangsung

Dia akan menangis setiap kali dipisahkan dari mak dia

"Kami tak boleh ni nak buat scan kalau dia bergerak-gerak mcm ni"

"Hmm saya dah bagi maximum dose dah ni mida" (ubat pelali dan penenang) -aku

"Macam tak jalan je. Dokter tengok la mata dia. Bulat lagi"

Aku tergelak
Tengok baby comel depan aku dengan mata bulat, kepala berbalut tu di sisi mak dia yg pun terbaring atas stretcher.
Baby ni still blurr apa tgh berlaku

"Adikkk. Kenapa taknak tidur ni.. dah setengah jam kita kat sini tau"

Aku cakap ngn baby tu walaupun aku tau dia tkfaham aku

Tengok jam, dh pukul 10.15pm. Which sepatutnya shift aku habis jam 10mlm

Mula tak keruan sbb stucked stgh jam kat ct ni.. Dan aku dah rasa rumah memanggil-manggil dah

Badan rasa sgt letih, kerja dari 7pagi sampai 10mlm di ed tu benar-benar membunuh tenaga aku selumat lumatnya.
Lapar dan penat.

Tapi aku cuba pujuk diri aku
Kau tengah mudahkan urusan diorg ni, insyaAllah later Allah akan mudahkan urusan kau

And then the heart a bit relief

Termenung dua saat
"Hmm mak cuba tidurkan dia boleh?"

Si ibu angguk
Kakinya juga cedera, movement dia pun limited

Mereka anak beranak terlibat dalam kemalangan jalanraya

Dan si baby tu mengalami keretakan pada tulang tempurung kepalanya

Kena buat ct scan untuk rule out pendarahan otak

Kami pun bagi masa kat ibu berdua dlm bilik ct scan tu
Padam semua lampu

Kedengaran sayup-sayup si ibu nyanyikan zikir-zikir utk dodoikan anak

Aku pulak yg mengantuk err

Hati tersentuh
5 minit je, baby dah terlelap
Kuasa seorang ibu.. :)

Lepas je baby terlelap, sambung misi yg masih belum terlaksana

"Boleh ke ni transfer?"
"Boleh kot. Slow-slow"

Kami cuba utk move baby ke atas katil ct scan,
Walau dah cuba sehabis baik utk tak bising, angkat dengan begitu hati-hati,
Namun akhirnya cubaan gagal

Baby buka mata dan nampak je ramai-ramai depan dia n mak takde kat sebelah terus nangis meronta-ronta

Adikkk
Kenapa mida tak berkesan langsung ni
Ubat pelali ni mcm tak berkesan langsung utk tidurkan awakk

Aku pulangkan baby ke mak dia
Nak give up pun ada

Huu hati tak henti-henti pujuk diri, takpe, kan tgh mudahkan keje orang ni, nnt Allah akan mudahkan keje aku pulak

😕

Tup tup,
Akhirnya segala urusan selesai jam 1120mlm which is sejam lepas tu.. dengan bantuan member dan boss sekali yg naik ke ct scan

Habis passover
Aku seret kaki untuk balik
Badan terlalu penat
Tak sabar nak balik rumah

Sampai kereta,
Ujian baru tiba-tiba menimpa.
Betullah ada pepatah sudah jatuh ditimpa tangga

Enjin tak boleh start
Kereta shut down

Masa tu dah rasa nak nangis (ke dh nangis haha)

Dlm hati tisu tu,
Tiba-tiba je aku teringat doa aku masa sejam stgh sangkut kat ct scan tadi

Aku doa Allah mudahkan urusan aku, sbb aku cuba dh mudahkan urusan baby tu n mak dia

Lalu Allah 'mudahkan' aku dengan rosakkan kereta aku

Pada jam 1130mlm yg esoknya aku kerja double shift lagi

Dalam nangis yg xtau sbb sedih atau penat (atau lapar haha)

Tiba-tiba ada kawan msg, masa aku dh dpt transport balik rumah (pinjam)

"Alhamdulillah it could be worse"

Sebaris ayat yg buatkan aku berfikir dalam..

Boleh jadi je kalau aku balik awal, aku accident tengah jalan

Atau kalau kereta aku tak rosak, kereta aku mungkin mati tepi jalan yg sunyi yg lagi taktahu mcm mana keselamatan

At least kete aku rosak kat hospital, dan aku manage untuk pinjam transport utk blk wlpn pd jam 12am.

Kan.

And thats how Allah 'mudahkan' urusan aku sebenarnya. Huhu

He sees but we dont
So trust Him no matter what :)

Dan alhamdulillah juga, dengan insiden ini aku dapat lihat satu kuasa yg tak dapat diterangkan oleh konsep sains

Beyond what medical can explain

Kuasa seorang ibu mendodoikan anaknya - kalah iv midazolam ok

Aku percaya itu adalah kerana cinta itu lahir dari fitrah yg ditanam Dia

Power of love:)

Tapshoulder
Always have faith in Him
Whatever He gives us tu mmg always the best at th

Показано 20 последних публикаций.

813

подписчиков
Статистика канала