"10 tahun saya tunggu.."
Wajahnya antara pudar dan semangat. Kedut tua sudah kelihatan. Matanya berkaca. Beberapa saat, dia ukirkan senyum di hadapan aku.
Bersama tongkat empat kakinya..
Baru sebentar tadi aku lihat dia masuk ke bilik doktor dalam keadaan yang entahlah, barangkali menyentuh jiwa.
Dilihat kudratnya bersungguh, walaupun kemampuannya tidaklah seperti kita.
Dia menolak untuk dibantu, semua mahu dilakukan sendiri. Walau sesekali aku terdengar hela nafasnya kerana berusaha keras walau untuk berjalan, dan berpindah dari tongkat ke kerusi. Separuh badannya kelihatan sedikit kurang berfungsi (residual hemiparesis)
Aku sejak awal, hanya memerhati..
Semasa mula diperiksa,
Dia cuba meyakinkan aku berkali..
"Saya boleh doktor.. saya mampu.. dah sepuluh tahun saya tunggu ni. Dari saya sihat, sampailah saya sakit macam ni.."
"Pakcik boleh uruskan diri?"
Aku mula tanya apakah dia mampu uruskan sepenuhnya diri sendiri (ADL independent) atau apakah ia memerlukan bantuan (semi dependent) mahupun sepenuhnya bergantung pada orang lain (dependent)
Dia pandang aku,
Senyum masih tak lekang di bibirnya.
"Saya buat sendiri ja semua doktor.. dulu lepas kena stroke, saya baring (bed bound) ja sampai setahun.. lepas tu baru saya bangun, fisio, dan semangat, sekarang Alhamdulillah boleh jalan"
Walaupun kudrat dia berjalan itu memang tak seperti kita, namun aku seolah yakin dia ini ada semangat yang luar biasa.
Namun disebabkan dia banyak co-morbid (penyakit), dan memang di bawah jagaan kardio (jantung), maka aku perlu rujuk dia semula ke pakar jantung untuk pastikan dia sememangnya selamat dan mampu mengerjakan haji..
"Saya minta maaf pakcik.. saya kena rujuk dulu pakcik kat pakar eh? Saya ni doktor biasa ja pakcik.. kes macam pakcik ni doktor pakar kena tengok, dan mereka yang akan luluskan"
Dia angguk-angguk.
"Mana-mana yang doktor rasa baik untuk saya.."
Sepenuh harapan dia meletakkan kepercayaan pada aku.
Aku melepaskan dia keluar dari bilik bersama hela nafas yang entah apa maksudnya. Saratnya maksud di sebalik mata keruhnya yang memantulkan serpihan kaca.
Hari itu aku lihat bagaimana kesungguhan seorang manusia yang tidak memiliki kemampuan seperti kita, namun ternyata semangatnya barangkali lebih berkali ganda
Kerana cinta. Cinta yang tidak pernah padam, merentas sedekad lamanya.
Kata-katanya terus terngiang di telingaku..
"Sepuluh tahun saya tunggu..."
Cinta akan mengajarkan kita menysuri satu penantian yang manusia lain takkan fahaminya.
Seperti pesakit ini, dia menanti begitu lama walaupun sepuluh tahun lamanya.
Dari gagah dan sihat, menjadi lelaki yang tidak lagi berkudrat..
Namun cintanya tidak padam.
Masih menyala, masih segar, masih semangat seperti asalnya..
Begitulah harusnya cinta.
Kita takkan pernah lelah menunggu untuknya,
Biarpun ia mungkin menelan masa bertahun-tahun lamanya..
Bahkan seluruh hidup kita.
Kerana bagi cinta,
Tidak ada noktah untuknya.
Selama ia didirikan kerana Allah semata-mata,
Maka ia akan terus ada.
@rentetanperjalanan