PERANAN POLIS DAN TENTERA
Pada suatu petang yg hening, seorang anak bertanya kepada ayahnya...
Anak: Ayah... apa gunanya ada Tentera di negara ini? Kita tidak berperang.. tidak juga darurat.. negara kita aman sahaja.. bukankah Polis sahaja sudah cukup untuk menjaga dan mengawal negara kita ini? Dengan tenang sambil mengukir senyuman.. si ayah menjawab..
Ayah: Anakku... cuba kamu lihat dua pohon rambutan di sana.. kedua-duanya berbuah lebat... kedua-duanya juga punyai kerengga..tetapi salah satunya punyai sarang tebuan yg amat besar.. Anakku.. pohon yg manakah akan kau pilih utk dipetik buahnya?
Anak: Wahai ayah.. walau sengatan kerengga itu amat pedih, sudah tentu akanku tahan sakitnya kerana buah yg ranum itu.. tetapi mana mungkin ku hampiri pohon yg punyai sarang tebuan yg besar... itu menempah maut namanya... Jawab anak itu sambil tergelak kecil..
Ayah: Anakku.. dengar terang2 kataku ini.. pohon itu ibarat negara kita.. punyai hasil bumi yg banyak, punyai kedamaian dan keindahan.. manakala kerengga itu pula adalah ibarat Polis yg sentiasa menjaga setiap ceruk dan penjuru pohon itu, agar kekal keharmoniannya.. pentingnya kerengga kepada pohon, samalah seperti pentingnya Polis kepada negara.
Sarang tebuan itulah umpama Tentera. Gagah dilihat dr luar walau hanya sarangnya.. tebuannya? Sudah tentu sentiasa bersiap sedia bila diperlukan. Akan menyerang bila pohon benar2 terancam. Walau kita sendiri tidak dpt melihat apakah yg sedang tebuan lakukan, percayalah anakku, bisa sang tebuan tidak akan pernah hilang.
Sekarang adakah kau nampak pentingnya Tentera kepada negara ini?
Anak: Ya ayah.. polis dan tentera punyai peranan berbeza, walaupon dilihat hampir sama. Matlamat hanya satu, mempertahankan kedaulatan dan kesucian negara. Terima kasih ayah.
Tetapi anakku di akar pohon terdapat sang anai-anai yg dok sikit2 makan tunjang pokok itu akhirnya pokok tu jatuh ke tanah jua
itulah ibarat negara yg punyai polis dan askar yg sentiasa bersedia akhirnya tersungkur jua akibat drp amalan rasuah dan penipuan oleh puak- puak yang berkepentingan utk diri sendiri.
@theqaira