SOAL JAWAB
Tinggal Solat Sebab Kerja
SOALAN:
Bolehkah dibuat seperti setengah orang yang sibuk dengan tugas di pejabat atau lainnya meninggalkan solat zuhur dan asar dan selepas pulang ke rumah pada waktu maghrib ia qadha solat tersebut?
JAWAPAN:
Ketahuilah bahawasanya wajib mengerjakaan solat lima waktu di dalam waktunya. Haram sama sekali mendulukannya dari waktu atau melambatkannya hingga habis waktu tanpa sebarang uzur kerana Allah Taala berfirman:
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
Maksudnya: “Maka didalam azablah orang-orang yang solat yaitu orang-orang yang melambatkan menunaikan solat sehingga habis waktunya.” [Surah Al-Ma’un ayat 4-5]
Maka pada ayat ini Allah menjanjikan bagi siapa yang melambatkan solat sehingga keluar waktunya dengan Wail iaitu kebinasaan yang bersangatan di dalam api neraka.
Maka sungguhnya telah tersebut pada hadis riwayat Ibnu Hibban dan Ahmad Nabi SAW bersabda:
وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا, لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ, وَلا بُرْهَانٌ, وَلا نَجَاةٌ, وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ, وَفِرْعَوْنَ, وَهَامَانَ, وَأُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ
Maksudnya: “Dan siapa yang tidak menjaga solat nescaya tidak ada cahaya baginya dan tiada pertunjuk dan tiada selamat pada hari kiamat . Sungguhnya dia di akhirat nanti akan bersama dengan Qarun dan Firaun dan Hamman dan Ubai bin Khalaf.” Maka diharamkan mendahulukan solat dari waktunya dan diharamkan melambatkan solat sampai habis waktunya.
Sekalipun dia melakukan qadha dirumah dia tetap dikira telah melakukan dosa besar dan derhaka kepada Allah kerana melakukan maksiat meninggalkan solat di dalam waktu tanpa uzur.
Wallahua'lam
• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
☪ Kalam Untuk Semua ☪
@theqaira