Concorde adalah sebuah pesawat penumpang supersonik hasil perjanjian kerajaan Inggeris dan Perancis. Ia merupakan pesawat penumpang komersial yang paling laju di dunia. Pesawat Concorde berkelajuan 2180 km/j atau pun Mach 2.04, dua kali lebih laju daripada kelajuan bunyi dan kapasiti bagi pesawat ini adalah antara 90 hingga 120 orang penumpang. Concorde boleh terbang pada ketinggian 60 ribu kaki, dua kali lebih tinggi daripada pesawat komersial biasa. Hanya 20 buah pesawat Concorde sahaja yang dihasilkan di dunia yang kebanyakannya didominasi dan digunakan oleh syarikat penerbangan British Airways dan Air France.
Untuk membandingkan betapa lajunya pesawat Concorde dengan pesawat penumpang subsonic yang biasa seperti Boeing 747 dan juga Airbus A380, pesawat Concorde hanya mengambil masa selama 3 jam 30 minit untuk perjalanan dari London ke New York berbanding lapan jam jika menggunakan pesawat penumpang komersial biasa. Kelajuan pesawat penumpang yang biasa ialah dalam lingkungan 850 km/j berbanding 2180 km/j bagi pesawat Concorde.
Pada 25 Julai 2000, sebuah penerbangan Air France Flight 4590 yang dijadualkan membuat penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang Charles De Gaulle, Paris ke lapangan terbang antarabangsa John F. Kennedy di New York, Amerika Syarikat terhempas setelah beberapa minit berlepas. Pesawat yang membawa 100 penumpang dan 9 krew penerbangan terhempas dan melanggar bangunan hotel di sekitar kawasan Gonesse, Perancis; membunuh kesemua penumpang dan krew kapal termasuk empat orang di dalam bangunan tersebut.
Concorde dihentikan perkhidmatannya serta merta pada 24 Oktober 2003. Kini, pesawat Concorde hanya tinggal kenangan dan dijadikan bahan pameran di muzium sekitar Eropah.
Join Us:
@KoleksiWildTerbaikk