Koleksi Informasi


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


Pelbagai Maklumat Dari Dalam Dan Luar Negara

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Pernahkah anda terfikir apa akan terjadi pada ikan-ikan di tasik yang airnya mula membeku?

Oksigen pada air akan berkurangan akibat pembekuan ais di permukaan menyebabkan ikan sukar mendapatkan bekalan gas ini untuk bernafas, maka mereka terpaksa berebut-rebut keluar ke permukaan air utk mendapatkannya.

Tapi adakalanya ikan-ikan ini tak bernasib baik apabila suhu sejuk turun secara mendadak dan membuatkan mereka jadi beku serta merta.

Sama seperti kita melihat aksi membuang air ke udara ketika suhu berada dibawah paras beku dan air bertukar jadi salji serta merta.

Kredit FB Iman Khalisa


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
Mat Bond Malaya (2021)

JOIN Us at :
@KoleksiMovieTerbaikk @KoleksiAsianMovie


Mat Bond Malaya (2021) • Movie
​​1h28min IMDB   
Director: Nabil Ahmad
Actors: Naqiu, Elizabeth Tan, Farid Azmeir

Genres: Action, 🤣 Comedy
Mat bermimpi menjadi ejen rahsia di Bangunan M6 tempat dia bekerja. Wabak zombie berlaku, dan Mat harus menyelamatkan dunia termasuk Bondi yang menghancurkannya.


Ikan yu paus atau whale shark dengan nama saintifiknya Rhincodon typus adalah sejenis ikan yu yang bergerak perlahan dan merupakan haiwan dengan diet pemakanan cara bertapis.

Saiz ikan yu paus terpanjang pernah direkod berukuran 12.65 meter dan beratnya adalah lebih daripada 36tan atau seberat 79,000 lb.

Nama yu paus datangnya dari bentuk fisiologi ikan tersebut yang besar seakan ikan paus.

Ikan ini mudah ditemui di kawasan lautan yang beriklim tropika purata suhu air 25-30° Celcius.

Dan purata umur hidupnya dalam keadaan ini boleh mencecah sehingga 70 tahun. Yu paus kebiasaannya memiliki saiz mulut 1.5 meter.

Makanan utamanya adalah plankton, haiwan dan juga tumbuhan kecil bersaiz mikroskop.

Sering berenang sekitar kedalaman 30 meter.

Ikan ini boleh menyelam sehingga 700 meter, dan mereka gemar berhijrah dan bermigrasi.

Walaupun bersaiz gergasi ia tidak berbahaya kepada manusia hanya perlu berhati-hati agar tidak dilibas dengan ekornya yang agak tajam.

Ikan yu paus bukanlah perenang yang cekap purata kelajuan pada sekitar 5 km/h (3.1 mph).

Kredit FB Iman Khalisa




Bintang pop, Rihanna kini secara rasmi tersenarai sebagai jutawan dan menjadi pemuzik wanita terkaya di dunia.

Lapor Forbes, bintang kelahiran Barbados itu kini memiliki kekayaan sebanyak AS$1.7 bilion dengan anggaran AS$1.4 bilion daripadanya merupakan nilai syarikat kosmetik Fenty Beauty miliknya.

Join Us:
@KoleksiWildTerbaikk


Concorde adalah sebuah pesawat penumpang supersonik hasil perjanjian kerajaan Inggeris dan Perancis. Ia merupakan pesawat penumpang komersial yang paling laju di dunia. Pesawat Concorde berkelajuan 2180 km/j atau pun Mach 2.04, dua kali lebih laju daripada kelajuan bunyi dan kapasiti bagi pesawat ini adalah antara 90 hingga 120 orang penumpang. Concorde boleh terbang pada ketinggian 60 ribu kaki, dua kali lebih tinggi daripada pesawat komersial biasa. Hanya 20 buah pesawat Concorde sahaja yang dihasilkan di dunia yang kebanyakannya didominasi dan digunakan oleh syarikat penerbangan British Airways dan Air France.

Untuk membandingkan betapa lajunya pesawat Concorde dengan pesawat penumpang subsonic yang biasa seperti Boeing 747 dan juga Airbus A380, pesawat Concorde hanya mengambil masa selama 3 jam 30 minit untuk perjalanan dari London ke New York berbanding lapan jam jika menggunakan pesawat penumpang komersial biasa. Kelajuan pesawat penumpang yang biasa ialah dalam lingkungan 850 km/j berbanding 2180 km/j bagi pesawat Concorde.

Pada 25 Julai 2000, sebuah penerbangan Air France Flight 4590 yang dijadualkan membuat penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang Charles De Gaulle, Paris ke lapangan terbang antarabangsa John F. Kennedy di New York, Amerika Syarikat terhempas setelah beberapa minit berlepas. Pesawat yang membawa 100 penumpang dan 9 krew penerbangan terhempas dan melanggar bangunan hotel di sekitar kawasan Gonesse, Perancis; membunuh kesemua penumpang dan krew kapal termasuk empat orang di dalam bangunan tersebut.

Concorde dihentikan perkhidmatannya serta merta pada 24 Oktober 2003. Kini, pesawat Concorde hanya tinggal kenangan dan dijadikan bahan pameran di muzium sekitar Eropah.

Join Us:
@KoleksiWildTerbaikk




COVID-19 MALAYSIA dan repost
REKOD BARU ICU: Jumlah Kes ICU Tertinggi Pesakit Covid-19 Malaysia Dilaporkan KKM pada hari ini iaitu:-

+1,069 Kes Pesakit Covid-19 Di masukkan Ke ICU.


Rekod Semalam: +1,066kes

Rekod Baru ICU Pesakit Covid-19
t.me/Covid_19Malaysia

#KitaJagaKeluargaKita
#1Keluarga1Oximeter

4 Ogos 2021.

9 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

442

obunachilar
Kanal statistikasi