SOAL JAWAB
CUKUR KEPALA BAYI PERMPUAN
SOALAN:
Saya ada satu soalan berkenaan cukur kepala bayi. Kalau bayi lelaki tidak ada masalah. Adakah bayi perempuan juga sunat dicukur rambutnya dan ditimbang dan sedekah?
JAWAPAN:
Ya. Bayi perempuan juga sunat dicukur kepalanya dan ditimbang rambutnya kemudian bersedekah.
Diriwayatkan dari Ja’far bin Muhammad dari bapanya berkata:
وَزَنَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَعَرَ حَسَنٍ وَحُسَيْنٍ وَزَيْنَبَ وَأُمِّ كُلْثُومٍ فَتَصَدَّقَتْ بِزِنَةِ ذَلِكَ فِضَّةً
Maksudnya: “Fatimah r.a. puteri Rasulullah SAW telah menimbang rambut Hasan dan Husain dan Zainab dan Ummu Kalsum kemudian beliau bersedekah akan perak dengan timbangannya.” [Hadis Riwayat Imam Malik]
Berkata Syeikh Ad-Dimyati:
وسن أن يحلق رأسه ولو أنثى في السابع ويتصدق بزنته ذهبا أو فضة
Maksudnya: “Disunatkan bahawa dicukur kepalanya walau pun bayi perempuan pada hari yang ke tujuh dan bersedekah dengan timbangan rambut itu akan emas atau perak.” [Kitab I’anah At-Talibin]
Hari yang paling afdhal dicukur rambut bayi itu ialah hari ketujuh.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:
ذهب جمهور الفقهاء إلى أنه يستحب حلق رأس المولود في اليوم السابع، ويتصدق بوزن الشعر ورقا (فضة) ثم اختلفوا في حلق شعر المولود الأنثى، فذهب المالكية والشافعية إلى أنه لا فرق في ذلك بين الذكر والأنثى، لما روي
Maksudnya: “Telah berjalan oleh jumhur ulamak kepada bahawasanya disunatkan mencukur kepala bayi pada hari yang ke tujuh dan bersedekah dengan timbangannya akan perak. Kemudian para ulamak berselisih tentang adakah dicukur kepala bayi perempuan maka pendapat ulamak mazhab Maliki dan Syafie bersamaan yang demikian itu antara bayi lelaki dan bayi perempuan kerana hadis Fatimah r.a. mencukur kepala Hasan dan Hussain dan Zainab dan Ummu Kalsum.”
Kesimpulan
Sunat dicukur akan kepala bayi yang baru lahir samada bayi lelaki atau perempuan. Jika tidak mencukurnya maka tidaklah jatuh kepada haram.
Sunat ditimbang rambut yang dicukur itu dan bersedekah dengan nilai timbangannya akan emas atau perak atau wang.
Wallahua’lam
• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
☪ Kalam Untuk Semua ☪
Kredit: @wnmuhdfirdaus
@thepensilkayuofficial