SOAL JAWAB
SIAPA IMAM SOLAT JENAZAH RASULULLAH SAW?
SOALAN:
Saya ingin mengetahui ketika Nabi wafat siapakah yang menjadi imam sembahyang jenazah Nabi?
JAWAPAN:
Tercatit dalam kitab-kitab yang muktabar ketika Rasulullah SAW wafat para sahabat r.a. tidak ada yang menjadi imam solat jenazahnya tetapi mereka mengerjakan solat jenazah atas baginda secara sendirian.
Berkata Imam Malik:
وَصَلَّى النَّاسُ عَلَيْهِ أَفْذَاذًا لاَ يَؤُمُّهُمْ أَحَدٌ
Maksudnya: “Orang ramai solatkan jenazah Rasulullah SAW secara seorang-seorang. Tidak ada yang menjadi imam.” [Kitab Al-Muwattha’]
Berkata Imam Syafie:
صلى الناس على رسول الله صلى الله عليه وسلم أفرادا لا يؤمهم أحد ، وذلك لعظم أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وتنافسهم في أن لا يتولى الإمامة في الصلاة عليه واحد
Maksudnya: “Orang ramai mengerjakan solat atas jenazah Rasulullah SAW secara sendirian tiada seorang pun yang menjadi imam. Yang demikian itu adalah kerana besarnya urusan jenazah Rasulullah SAW dan bersaing mereka tidak mahu menjadikan seseorang sebagai imam.” [Kitab Al-Uum]
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.:
أن الناس قالوا لأبي بكر أنصلي على رسول الله قال نعم قالوا وكيف نصلي قال يدخل قوم فيكبرون ويصلون ويدعون ثم يدخل قوم فيصلون فيكبرون ويدعون فرادى
Maksudnya: “Sungguhnya orang ramai bertanya kepada Abu Bakar r.a. tentang hendak solatkan atas jenazah Rasulullah SAW. Kata Abu Bakar: Ya. Tanya orang ramai: Bagaimana caranya? Maka jawab Abu Bakar: Masuk satu kumpulan kemudian bertakbir dan solat dan berdoa kemudian masuk lagi satu kumpulan bertakbir dan bersolat kemudian berdoa secara sendiri-sendiri.” [Hadis Riwayat Tirmizi]
Imam Az-Zarqani menyebut didalam Syarah Al-Muwatha’ Imam Malik diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. berkata: Rasulullah SAW adalah imam kepada umat ketika hidup dan ketika telah wafat maka tiada seorang yang boleh melebihinya.”
Wallahua’lam
• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
☪ Kalam Untuk Semua ☪
Kredit: @wnmuhdfirdaus
@thepensilkayuofficial