SOAL JAWAB
NAMPAK NAJIS DALAM MASJID WAJIBKAH DIBUANG?
SOALAN:
Kalau kita masuk dalam masjid kemudian kita nampak najis seperti tahi burung atau air kencing adakah wajib kita kena buang atau beritahu penjaga masjid atau boleh kita diamkan sahaja?
JAWAPAN:
Siapa yang melihat atau mengetahui ada najis di dalam masjid maka wajib atasnya memberitahu penjaga masjid supaya dibersihkan dan jika tiada penjaganya maka wajib dia bersihkan najis itu dengan segera dan jika dia biarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan sahaja maka dia telah berdosa.
Tersebut pada kitab Al-Fatawa Al-Fiqhiyah Al-Kubra:
مَنْ عَلِمَ بِنَجَاسَةٍ فِي الْمَسْجِدِ لَزِمَهُ إزَالَتُهَا فَوْرًا وَمَتَى قَصَّرَ فِي ذَلِكَ أَوْ تَرَاخَى فِيهِ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ أَثِمَ
Maksudnya: “Barang siapa tahu tentang suatu yang najis yang ada pada masjid maka wajib atasnya menghilangkan najis itu yaitu membersihkannya dengan segera. Dan apabila dia cuai dengan tidak menghilangkannya atau dia tangguhkannya dengan tanpa uzur maka dia telah berdosa.” Jika dia lambat membasuhnya atau lambat memberitahu penjaganya kerana hendak mengerjakan solat dahulu umpamanya maka tidaklah mengapa.
Kesimpulan
Siapa yang nampak ada najis di dalam masjid maka hendaklah dia hilangkan najis tersebut jika mampu dan jika tidak mampu hendaklah dia beritahu penjaga masjid tersebut atau orang lain supaya dihilangkannya.
Tidak mengapa dia biarkan dulu jika tidak takut dipijak orang lain kerana hendak menunaikan solat atau perkara hajat yang lain.
Siapa yang mengetahui atau nampak najis dalam masjid tetapi dia diamkan dan tidak dia bersihkan atau memberitahu penjaganya atau orang lain maka dia telah berdosa.
Jika tiada alat untuk membersihkannya dan tiada penjaga masjid disitu maka hendaklah dia letakkan umpama hadangan supaya orang sedar disitu ada najis.
Kebersihan masjid bukan hanya tanggung jawab penjaga masjid tetapi adalah tanggungjawab semua umat Islam.
Wallahua’lam
• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
☪ Kalam Untuk Semua ☪
Kredit: @wnmuhdfirdaus
@thepensilkayuofficial