SOAL JAWAB
HUKUM LUKIS GAMBAR NABI
SOALAN:
Ada terjumpa dalam sebuah komik islamik kisah para nabi. Yang menjadi kemusykilan ialah ada dalam komik itu gambar nabi Musa tetapi jalan cerita dalam komik tersebut adalah benar sebagaimana diceritakan dalam Quran dan bagus untuk bacaan kanak-kanak.
Apakah hukum melukis gambar nabi?
JAWAPAN:
Para ulamak mengharamkan melukis atau menggambarkan rupa para Nabi dan Rasul a.s. kerana adanya berdusta dengan wajah Nabi atau Rasul yang sebenar dan perbuatan tersebut mencemarkan kemuliaan mereka.
Berkata Dr Ahmad Syarbasi:
أصدر العلماء أكثر من فتوى بحرمة تصويرات الأنبياء والرسل وذلك حفظا لمكانتهم وصونا لكرامتهم سدا للباب الذي إذا انفتح كان وسيلة لسوء الاستعمال وقبح الاستغلال – إلى أن قال – من يفعل ذلك يمون اثما ومذنبا ويعاقبه الله تعالى عن ذلك وهنا عمل لا يليق صدوره من مسلم. : يسألونك في الدين
Maksudnya: “Majoriti ulamak berfatwa dengan haram menggambarkan wajah para Nabi dan para Rasul. Yang demikian itu kerana menjaga kedudukan mereka dan memelihara kemuliaan mereka dan sebagai menutup pintu kerosakkan apabila dibolihkan nescaya membawa kepada penggunaan yang tidak elok dan pembohongan. Siapa yang mengerjakan yang demikian itu nescaya telah melakukan satu dosa dan yang berdosa akan diazab olih Allah Taala sebab pekerjaan tersebut. Ia adalah satu perbuatan yang tidak layak dari seorang Islam.” [Kitab Yasalunaka Fi Ad-Diin]
Berkata Dr Yusuf Al-Qardawi:
وهذا ما لم يشتمل موضوع الصورة نفسها على محرم فى الإسلام كإبراز موضع الفتنة من الأنثى وتصوير رجل يقبل امراة ونحوها. ومثل ذلك الصور التى تعظم وتقدس كصور الملائكة والأنبياء ونحوها
Maksudnya: ''Dan keharusan membuat gambar itu ialah selama tidak ada menggambarkan perkara yang haram di dalam Islam atau menyajikan tempat fitnah daripada perempuan dan melukis lelaki mencium perempuan dan seumpamanya. Dan juga haram seperti itu menggambarkan suatu yang dimuliakan dan disucikan seperta para malaikat dan para Nabi dan seumpamanya.” [Kitab Al-Halal Wal Haram Fil Islam]
Wallahua’lam
• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
☪ Kalam Untuk Semua ☪
Kredit: @wnmuhdfirdaus
@thepensilkayuofficial