Ringkas membawa seribu makna
Berjanji untuk Menjaga Diri ❤️
@zahirasofficial Jaga diri dalam langkah mu daripada rumah.
Biar beribu manusia iri hati akan muslimah
namun kamu tetap berdiri teguh untuk Allah.
Sungguh tidak rugi jika kamu menjaga diri
daripada tercemar maruah seorang muslimah.
Jaga diri dalam langkah menuju ke jalan Allah.
Muslimah ini punyai hati yang sensitif
maka jaga hati mu daripada kejian orang.
Sungguh kamu perlu tabahkan hati mu
biar pengorbanan dijadikan bekalan.
Muslimah hari ini yang kita nampak sedang
pertaruhkan agama Islam hanya sedikit,
dan muslimah lain yang menjaga aurat
dengan baik itu sedang selfie dan post
di media sosial dan sebagainya.
Berbanding dengan muslimah zaman dahulu
yang sanggup gadaikan nyawa sendiri
demi pertaruhkan agama Islam yang mulia ini.
Tetapi kita masih lagi berdiam diri di sini.
Tenang sahaja kita duduk di sini dan bernafas.
Sedangkan Allah itu hendak menguji kita.
Adakah kamu sedar bahawa nikmat kehidupan
juga adalah salah satu ujian daripada Allah ?
Allah menguji sama ada kita menggunakan
kepada kebaikan mahupun keburukan sahaja.