BEMOREKIND


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


Hidupkan hati dengan zikrullah & doa pada Rabb, Pemilik Langit dan Bumi 🤍

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri




I’ll be LIVE tonight on YT with @iiumtv


We try to read this every single day ya 🤍🥦


Sama-sama kita amalkan ya dalam menzahirkan rasa syukur kepada manusia lain yang membuat kebaikan atas hidup kita.


-PERLUKAH BERTERIMA KASIH PADA MANUSIA JIKA SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT-

“Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.”
Riwayat Abu Daud (4811) dan al-Tirmizi (1954).

Imam al-Khattabi berkata: Hadis ini ditafsirkan dengan dua makna:
(1) Sesiapa yang tabiat dan kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah SWT dan tidak bersyukur kepada-Nya.
(2) Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba di atas kebaikan-Nya kepadanya, jika seseorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain dan kufur terhadap kebaikan mereka. (Lihat Ma’alim al-Sunan, 4/113)

Manakala dalam hadis yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid R.A, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang dilakukan padanya kebaikan, lalu dia berkata kepada orang tersebut: “Jazakallah khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sesungguhnya dia telah benar-benar meninggikan pujian.” Riwayat al-Nasa’ie (9937) dan al-Tirmizi (2035).

Imam al-Munawi Rahimahullah berkata: Maksud ucapan Nabi SAW: “فقد أبلغ في الثناء” (maka sungguh ia telah melebihkan di dalam pujian) adalah iaitu dia telah meninggikan di dalam pujian itu dan telah mengerahkan usahanya di dalam pembalasannya terhadapnya dengan menyebutkannya dengan kebaikan dan permintaanya untuknya dari Allah SWT pahala yang besar, dan jika digabungkan hal itu dengan jenis apa yang telah dia lakukan kepadanya, nescaya ini akan lebih sempurna apa yang disebutkan oleh riwayat ini, tetapi disebutkan di akhir hadis, yang menjelaskan bahawa mencukupkan dengan doa, maka sesungguhnya ini adalah ketika tidak sanggup untuk membalas seperti apa yang telah dia lakukan kebaikan kepadanya. (Lihat kitab Faidh al-Qadir, 1/526)

Begitu juga sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang telah berbuat kebaikan kepadamu, maka balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati sesuatu yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdo’alah untuknya hingga engkau menganggap bahawa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya.” (Riwayat Abu Daud (1672))

Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan
@bemorekind


Subhanallah, there are numerous hadiths that are so beautiful about saying “thank you”. SUBHANALLAH 😭


Assalamu’alaikum semua 🤍


Qalbu dan repost


Masha'Allah hebtnya dhikr kan, we try our level best to practise it ya ❤ 🙏


-UCAPAN TERBAIK APABILA SSO DITIMPA MUSIBAH-

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

"Barangsiapa yang melihat seseorang yang diuji, maka katakanlah: “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku daripada sesuatu yang Allah berikan sebagai ujian kepadamu dan Allah telah memberikan kemuliaan kepadaku melebihi kebanyakan orang.” Maka dia tidak akan ditimpa musibah. [Riwayat al-Tirmizi (3432)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith sahih apabila dihimpunkan dengan jalur-jalur yang lain]"

Imam al-Tibi berkata ketika mensyarahkan hadith ini, ucapan (doa) ini boleh dibaca apabila seseorang itu diuji dengan maksiat (pelaku maksiat) atau diuji dengan kefasikan (pelaku dosa). Adapun sekiranya seseorang itu diuji dengan kesakitan atau kekurangan fizikal maka tidak sesuai diucapkan ucapan ini. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 9/276]

Di samping itu, Imam al-Nawawi ada menyatakan berkaitan hadith di dalam kitabnya bahawa para ulama menganjurkan agar doa ini dibaca perlahan yang hanya didengari oleh dirinya sahaja tanpa didengari oleh orang yang diuji agar agar tidak menyakiti perasaannya melainkan ujian tersebut adalah maksiat (pelaku maksiat) maka tidak menjadi kesalahan untuk kita menguatkan bacaan doa (ucapan) sekiranya tidak mendatangkan mudharat kepadanya. [Lihat: al-Azkar, 303]

Kesimpulannya, hadith di atas adalah hasan dan boleh untuk diamalkan apabila kita melihat seseorang yang ditimpa ujian. Di samping itu juga, kita juga dituntut untuk sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini serta menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Amin.

Rujukan: MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
@bemorekind


Assalamu'alaikum all. I found this beautiful text from a website of Mufti Wilayah Persekutuan; it's so beautiful. Kita amalkan sama2 ya ❤


Rujukan drpd Abu Hurairah; pentingnya utk kita yakin dalam setiap dua yang kita minta pada Allah utk memustajabkan.


Allah pilihlah aku.. 😔


Antara amalan yg membuatkan du’a kita dimakbulkan. Rujukan: Sheikh Omar Suleiman


Salam all






Jom sama2 kita amalkan doa ini setiap pagi ya 🤍


Rujukan: HR Muslim (2739)


Subhanallah, we are reaching 2021. It’s gonna be fantastic, awesome and tremendous ❤️

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

840

obunachilar
Kanal statistikasi