-UCAPAN TERBAIK APABILA SSO DITIMPA MUSIBAH-
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
"Barangsiapa yang melihat seseorang yang diuji, maka katakanlah: “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku daripada sesuatu yang Allah berikan sebagai ujian kepadamu dan Allah telah memberikan kemuliaan kepadaku melebihi kebanyakan orang.” Maka dia tidak akan ditimpa musibah. [Riwayat al-Tirmizi (3432)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith sahih apabila dihimpunkan dengan jalur-jalur yang lain]"
Imam al-Tibi berkata ketika mensyarahkan hadith ini, ucapan (doa) ini boleh dibaca apabila seseorang itu diuji dengan maksiat (pelaku maksiat) atau diuji dengan kefasikan (pelaku dosa). Adapun sekiranya seseorang itu diuji dengan kesakitan atau kekurangan fizikal maka tidak sesuai diucapkan ucapan ini. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 9/276]
Di samping itu, Imam al-Nawawi ada menyatakan berkaitan hadith di dalam kitabnya bahawa para ulama menganjurkan agar doa ini dibaca perlahan yang hanya didengari oleh dirinya sahaja tanpa didengari oleh orang yang diuji agar agar tidak menyakiti perasaannya melainkan ujian tersebut adalah maksiat (pelaku maksiat) maka tidak menjadi kesalahan untuk kita menguatkan bacaan doa (ucapan) sekiranya tidak mendatangkan mudharat kepadanya. [Lihat: al-Azkar, 303]
Kesimpulannya, hadith di atas adalah hasan dan boleh untuk diamalkan apabila kita melihat seseorang yang ditimpa ujian. Di samping itu juga, kita juga dituntut untuk sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini serta menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Amin.
Rujukan: MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
@bemorekind