The Writer's Heart°°?


Kanal geosi va tili: ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa: ko‘rsatilmagan


Aku menulis maka aku ada. Akan ku tinggalkan jejak yang bermanfaat buat penghuni bumi. Writer's sang pemburu hatimu kini kembali. Perkongsian yang menyentuh jiwa.
Bot Rasmi: @Theheartwriting_bot
Creator: [sang•pemburu]
Created Since 230917

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
ko‘rsatilmagan, ko‘rsatilmagan
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Yaa-- tiba-tiba
Itulah kematian
Harinie dia menerima khabar
Sepupunya telah kembali kepada pencipta-NYA

Dia agak terkejut menerima perkhabaran itu
Hakikat itu cuba di terimanya
Dengan hati yang lapang
Di telannya hakikat itu perlahan-lahan

Yaa-- dia faham
Sebuah kematian
Tidak terlewat walau sesaat

Al-Fatihah 🍂
Semoga ditempatkan bersama
mereka yang beriman

14Aug18|5.30p.m

@lukisanhatiseorangpenulis


-S@y@P iLuS! -(RAM_faZD)? dan repost
Aku takut dengan kata pujian
Aku risau akan kata sempurna
Kerana aku tahu siapa aku
Hanya insan biasa yang tiada sempurna
Pendosa yang tiada noktah

Sempurna itu bukan sifat ku
Hebat itu juga bukan aku
Hanya Allah menutup aib ku
Kerana sayangnya DIA kepada ku

Aku lebih suka kepada sederhana
Bukan sempurna bukan juga terbaik
Hanya yang sederhana

~TasbihSuci🌹🍃

@sayapilusi_fazd


Satu panggilan masuk
Mahu angkat tidak -- teragak-agak
Nombor yang tidak dikenali
Jawab sajalah, mana tahu ada hal penting

Bila ditanya siapa?
Diam seketika pemanggil
di hujung talian
Suaranya seakan tersekat-sekat tapi akhirnya dia jawab hanya satu patah saja :

"Doktor..."

Doktor rupanya, bertanyakan perihal mata dan ubat.

Kata dia ubat yang haritu tidak sesuai untuk matanya. Masih sakit.

Jadi dia ikhtiar secara kampung. Selebihnya boleh telefon tanya pemilik mata itu sendiri. Barangkali sudah membaik mata itu.

Dia kata baiklah, dia akan tanya sendiri pemilik mata itu.

Yaa-- kata dia baiklah jika begitu. Lalu segera tamat perbualan ringkasnya.

14Aug18|10.30a.m

@lukisanhatiseorangpenulis


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
Setiap malam sebelum tidur, maafkanlah semua orang dan tidurlah dengan hati yang bersih.

- Selamat malam ☄
Semoga kalian berada dalam jagaan Allah selalu.

@lukisanhatiseorangpenulis






Bintang-bintang berlalu, bulan merenung, awan-awan bimbang, gunung-gemunung bertafakur, matahari tunduk, bumi bergejolak, seluruh alam semesta menuju pada jalan takdir.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau.
Bagi-Mu seluruh semesta cahaya.

@lukisanhatiseorangpenulis


Atas nama keindahan. Aku ingin menulis setiap detik dalam hidupku sampai akhirnya aku sedar kalau suatu saat tulisanku ini harus berakhir.

Yaa-- tulisan ini akan berakhir menjadi sebuah keabadian.
Ambil lah mana yang bermanfaat dan tinggalkan saja mana yang tidak.

@lukisanhatiseorangpenulis


Tak ada kehidupan kekal di dunia ini
Tak ada kematian yang lebih fana
Dari sebuah waktu
Yang sempat ku curi dari takdirku

Rasa sakit itu
Keabadian yang datang
Berulang-ulang
Tak pergi-pergi

Rasa itu keabadian-- yang hidup
Berkali-kali
Tak mati-mati
Dan hati adalah serpihan kaca
Ingin aku nisankan hati ini
Bolehkah?
Walau nafas masih ada tersisa perlahan

@lukisanhatiseorangpenulis


Sesak nafasku selalu terpeluk oleh sabarnya kamu 🍃

@lukisanhatiseorangpenulis


Membaca bait-bait itu
Dia cuba menahan rasa
Yang menggigit jiwanya
Tewas dia ditikam untaian bicara itu
Lemahnya hati
Melihat sebuah hati menangis sendirian
Mengadu merintih
Pada pemilik hati-NYA dihening malam yang kelam

Pinta dia juga tidak henti
Agar kembali kuat
Walau cuba tersenyum pada bintang di langit Ilahi
Tetap saja tak mampu dia menjahit hatinya semula
Tapi-- dapatlah juga ketenangan itu
Bila bersama DIA :)

Si bidadari kecil
Tersenyumlah
Lihat-- di sana ada pelangi selepas gerimis
Dan malamnya tetap ada bintang
Walau kerdipannya kian lemah
Bakal ditelan bumi
Tapi kan -- masih lagi wujud

Tolonglah....
Tersenyum tanpa tangisan
Lembut wajahmu harus ada senyum
Kamu orangnya maniskan
Dan tersangatlah indah dalam jagaan Allah selalu

Kamu tahu?
Ketika dia memanggilmu sebagai yang terindah
Angin tersenyum padanya
Terus angin menyapa dia mengiakan bicaranya
Lalu daun-daun hijau itu pun berterbangan 🍃🍃🍃
Daun itu berbisik kepadanya
Kamulah sang puteri
Wahh-- sang puteri indahnya gelaran itu
Semoga menjadi ratu di singgahsana milik-NYA

13Aug18|1.32p.m

@lukisanhatiseorangpenulis


Ya Allah, saat aku kehilangan harapan dan rencana, tolong ingatkan aku bahawa cinta-Mu jauh lebih besar daripada kekecewaanku dan rencana yang Engkau siapkan untuk hidupku jauh lebih baik daripada impianku.

– Ali bin Abi Thalib

@lukisanhatiseorangpenulis


Allah sangat faham dengan doa-doa yang kita panjatkan, bahkan pada saat kita tidak mampu menemukan kata yang tepat untuk mengungkapkannya.

@lukisanhatiseorangpenulis


Sungguh indah setiap bait-bait katanya
Mengetuk hati ini
Ada kaca dalam mata tanpa sedar
Menusuk ke jantung
Indahnya dia Tuhan
Allahuakhbar....
Pertama kali dia temui keindahan sebegini
Sungguh indah-- dia akui dengan hatinya

Jagakan dia Tuhan
Semoga dia selalu kuat
Hadirkan senyum pada wajah lembutnya
Dan lenyapkanlah tangis hatinya

13Aug18|5.43p.m

@lukisanhatiseorangpenulis


Bagaimana?
Merdu kan nasyid itu "Lukisan Rindu"....

Rindu
Berbicara soal rindu
Yaa-- rindu
Kerana rindu kita pernah menangiskan?
Yaa-- itu saya percaya.

Rindu adalah sesuatu yang sangat indah tapi sakit bila terpaksa merindu sesuatu yang sangat jauh.

Rindu itu kadang buat kita merasa sesak didada. Yaa-- rindu itu adakalanya sakit.

Saat ini kalian rindu pada siapa?

Satu saja saya ingin katakan, rindu rindukanlah pada yang selayaknya.

Jika rindukan Allah pasti terbalas. Jika rindukan Rasulullah berselawatlah, pasti juga akan terbalas. Dan kalau hati sedang rindukan seseorang walau tidak terbalas, jika benar sayang sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar rindu itu lebih bererti dan terjaga.

Itu saja perihal rindu.
Selebihnya kalian tentu tahu apa yang harus kalian lakukan jika rindukan apapun yang ada di dunia inikan.

- Perindu sepi 🍂

@lukisanhatiseorangpenulis




Ada satu nasyid perihal Nabi.... berkait soal sebuah kerinduan. Tajuknya juga indah : "Lukisan Rindu" ❤🍃

Bolehlah dengar yaa 👇
Saya kongsikan untuk kalian ;)

@lukisanhatiseorangpenulis


Nabi kita menangis kerana lapar. Adakah kita begini...

Ketika bersendirian, makan sorang diri... bila engkau menyuapkan nasi dalam mulutmu, merasai lazatnya pernahkah tangan itu terhenti untuk suapan kedua?

Kerana membayangkan dan terfikir perihal si fakir miskin diluar sana, si pengemis dijalanan dan gelandangan yang kadang dua tiga hari tidak makan. Si anak merintih memanggil ibunya kerana lapar tiada satu pun makanan untuk dimakan. Lalu engkau doakan pada mereka dengan penuh tulus di dalam hati...

"Ya Allah... harinie aku masih boleh makan. Lauknya sedap dan lazat sekali. Alhamdulillah Ya Allah aku bersyukur.... dan aku mohon Ya Allah berikanlah kepada saudara seislam ku yang sedang dihimpit kesusahan rezeki, lebih dari makanan yang aku nikmati ini. Jauhi mereka daripada segala kesusahan dunia. Aaamin Ya Rabbal Alamin,"

Pernahkah kita begitu? Jika pernah saya ucapkan tahniah... kerana memiliki hati yang sangat indah.

Sekadar renungan 🍃
Buat diri sendiri juga

@lukisanhatiseorangpenulis


Saat mendengarnya, bulu roma saya meremang. Betapa kasihnya Nabi Muhammad pada umatnya. Sungguh indah kasih sayang dan cinta Nabi pada kita semua.

Ketika Nabi sedang makan makanan, tiba-tiba Nabi menangis.

Sahabat pun bertanya: "Kenapa Yaa Rasulullah menangis?"

Kata Nabi mengungkapkan kata-kata yang sangat indah: Makanan ini sangat sedap. Lazat. Lazat, khasiat, berkat itu sangatlah penting.

Semua yang ada yang kita sedang makan sesungguhnya kamu akan ditanya akan nikmat yang kamu makan.

Nabi tengah makan mendatangkan keinsafan dalam jiwa. Inilah sahabat-sahabat Nabi ditarbiah makan cara Rasul. Ketika makan kita digalakkan berdoa. Nabi ajar pada kita dalam meriahnya nak makan... kena baca doa dulu. Jangan kerana makanan itu mencampakkan kita ke neraka.

Nabi kita pernah berlapar kalian. Yaa-- pernah berlapar sehingga bergegar Arasy Allah... riuh dilangit sana sang kekasih lapar. Mengalir air mata Nabi kerana lapar sangat...

Malaikat tanya pada Nabi: "Katakanlah Yaa Rasulullah... apa yang kamu mahukan pasti Allah akan perkenankan,"

Kata Nabi: "Jangan biarkan umatku lapar,"

Kalian..
Dalam hati Nabi ada rasa sayang walau Nabi tidak pernah lagi bertemu umatnya. Allahu... 😔

10Aug18|6.40p.m

@lukisanhatiseorangpenulis


Saya nak kongsi sikit sesuatu yang kecil tapi sangat berharga untuk kita renungkan yaa. Saya cerita santai sajalah :))

Jika kalian mahu menganggap saya gila, silakan. Saya tidak kisah tapi inilah hakikat kecil yang kita mungkin jarang sedarinya.

Pernah tak tengah nak tuangkan minuman air kosong dalam mug atau gelas tiba-tiba ehh-- ada semut pulak.

Haa-- nak cakap nie... elaklah dari bunuh semut tu. Buang dulu semut, halau dari mug atau gelas tu... kalau rajin ambil semut tu satu persatu letak semut tu kat tempat selamat...

Kenapa kena buat macam tu?

Baiklah... sebabnya mana tahukan kebaikan kecil kita tu terhadap makhluk Allah akan menyelamatkan kita daripada azab api neraka. Kecil bagi kita mungkin di sisi Allah pahala kebaikan itu sangat besar. Siapa tahukan...

Jangan kita sangka nyawa manusia je ada harganya dan sangat mahal. Nyawa semut pun ada harganya. Kalaulah semut tu boleh cakap, saya rasa mesti diaorang akan cakap "Ehh.. kamu nie sampai hati bunuh keluarga saya," - Nangis diaorang sedih kehilangan. Tak pernah terfikir ke macam tu?

Semut tu memanglah kecil tapi satu dapat kita pelajari dari semut. Nie saya masuk topik belajar pulak... haa-- semut nie dia rajin. Perasan tak semua?

Kalau makanan yang semut tengah gigit tu, bila makanan tu jatuh... semut akan ambil balik. Saya tak tipu... saya dah lihat dan perhatikan sikap semut tu. Dua tiga kali makanan yang dibawanya jatuh, semut akan ambil gigit balik... sampailah semut tu berjaya bawa makanan kat tempat tinggal diaorang. Semut tak pernah putus asa. Sebab sikap tak putus asa itulah semut berjaya dapatkan makanan tu, kenyang semut tu.

Kecil-kecil jangan dipandang rendah. Setiap yang Allah cipta ada sesuatu kita nie sebagai manusia perlu pelajari... Gunalah hati, dapatlah lihat yang kecil tu...

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kalian 🐜

- Sang pemburu 🍃

@lukisanhatiseorangpenulis

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.

1 602

obunachilar
Kanal statistikasi