AMAR FARISH 15
Dia memang tiada modal untuk mengugut Zahra. Ugutan pecat ? Zahra langsung tidak takut, bahkan itulah yang dinanti-nantikan Zahra selama ini. Tetapi dia tidak mahu memecat Zahra sekarang. Dia masih menyimpan perasaan tidak puas hati kerana Zahra pernah menumpahkan kopi di jaket kesayangannya dan melawan kata-katanya. Di pejabat pun hanya Zahra seorang yang berani berkasar dengan Farish. Tujuannya cuma satu, dia hanya mahu Farish memecatnya dari syarikat itu. Tidak ingin dia bekerja di bawah Farish. Staf lain memang tabik dengan perangai Zahra yang terlebih berani bila berdepan dengan ketua mereka yang bermulut laser dan kononnya macho itu.
" Aku tetap nak kau tulis, sama ada kau suka atau tak ! ", Farish mula merentap kasar lengan Zahra. Zahra tersentak. Ini dah lebih !
" Woi rumpai laut, apa pegang-pegang ni ? Aku terajang kang ! ", Zahra menarik lengannya daripada pegangan Farish. Sesedap jiwa nak ugut-ugut aku.
" Apa kau panggil aku tadi ? Rumpai laut ? "
" Memang itu gelaran yang paling tepat untuk kau. Mat salih celup tak sedar diri, bajet nak buat rambut mamat korea. Macam rumpai laut je aku tengok ! " , Akhirnya terkeluar juga kata-kata yang selama ini tidak berkesempatan untuk dihamburkannya. Rasanya rumpai laut adalah gelaran yang paling sesuai untuk Farish. Rambut dia memang macam rumpai laut, tak tipu punya.
Farish ternganga. Speechless. Buat pertama kalinya sepanjang dia hidup selama dua puluh lima tahun, baru kali ini seorang gadis berani mengutuk fesyen rambutnya terang-terangan. Padahal selain wajah, gaya rambut inilah yang menjadi kegilaan para gadis. Ramai yang memuji dan mengatakan gaya rambut itu sesuai dengannya. Tapi sekarang ada orang menggelar rambutnya sebagai rumpai laut ???
" Perempuan yang tak pernah sedar handsomenya aku ni memang pelik. Mengikut pengalaman aku, perempuan macam kau ni memang tak pernah ada boyfriend pun, betul tak ? ", sindir Farish. Sarkastik. Zahra ketap bibir. Kenakan aku balik nampak ? Tapi memang aku tak pernah ada boyfriend pun.
" Haha... Haha... kesian kau, umur dah tua still single. ", Farish terus-terusan mengejek Zahra. Kita kasi dia bara. Hehe...
" Diamlah rumpai laut ! Kasanova Brazil kuno ! ", pekik Zahra kuat. Tanpa sedar dia menolak tubuh Farish. Farish hilang imbangan dan...
Debush !!! Macam badak berendam Farish terjatuh dalam kolam tersebut.
Zahra ternganga. Serius dia memang tidak sedar langsung. Habislah... esok mesti keluar surat khabar " RUMPAI LAUT JATUH KOLAM RENANG DITOLAK WARTAWAN SYARIKAT SENDIRI. "
Orang ramai mula mengerumuni Farish yang basah kuyup di dalam kolam.
" Woi perempuan gila, apa kau buat ni hah ?! ", Farish memekik. Zahra teguk liur. Orang di sekeliling mula memandangnya dan berbisik antara satu sama lain. Habislah... habislah...
" Zahra, apa awak buat ni ? ", bisik Rudy dari belakang. Zahra berpaling memandang Rudy dengan muka pucat. Rudy menarik lengan Zahra seakan menyuruh Zahra mengikutnya. Buat masa ini baik lari dulu. Bahaya kalau Farish tiba-tiba bertukar jadi The Hulk.
...
" Ara, Encik Farish suruh kau masuk bilik dia sekarang. ", Zahra terdiam. Pandangannya dikalihkan ke muka Jue yang nampak macam cacing kepanasan. Apa hal pulak minah ni ? Aku yang akan kena hukum, dia pulak yang risau.
" Okay, thanks... ", Zahra mengenyitkan mata pada Jue dan ingin melangkah ke bilik Farish, tetapi tiba-tiba Jue menarik tangannya.
" Errr... Ara, jalan terbaiknya kau mintak maaf jelah kat dia. Kata yang kau tak sengaja tolak dia jatuh swimming pool, ek ? Ek ? Ek ? "
Zahra tergelak. " Kau janganlah serius sangat. Setakat si rumpai laut tu, apa ada hal ? Kau ni sikit-sikit nak emo. Emo dengan serius tu macam virus. Dia makan semua jenis kegembiraan yang ada dalam diri. Bila perasaan gembira takde, mesti kau buat muka tak best. Kau bagi semua orang sekeliling kau rimas. Kalau aku rimas, aku tendang orang. Kau nak kena tendang ? "
Jue terdiam. Tidak sangka kut, dalam keadaan genting seperti ini boleh lagi Zahra buat muka selamba dan menuturkan ayat seperti itu. Zahra terus ke bilik Farish.