โ™กโ€Œ n a s y ' s n o v e l s ๐”˜“ย ยฐ ๊—ƒ ๐“‚ƒ


Kanal geosi va tili: koโ€˜rsatilmagan, koโ€˜rsatilmagan
Toifa: koโ€˜rsatilmagan


โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ” ห‘ ึ— ึดย ๐Ÿงธ
โžฅ ๊’ฐ โ ๐“ช ๐“บ๐“พ๐“ฎ๐“ฎ๐“ท ๐”€๐“ฒ๐“ฝ๐“ฑ ๐“ฑ๐“ฎ๐“ป ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ โž
โžฅ ๊’ฐ q u e e n : @prettynasybot
โžฅ ๊’ฐ p f p : @pfpnasybot
โžฅ ๊’ฐ p a r t n e r : @storybysya
๐Ÿงบ ห‘ ึ— ึด โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

ะกะฒัะทะฐะฝะฝั‹ะต ะบะฐะฝะฐะปั‹

Kanal geosi va tili
koโ€˜rsatilmagan, koโ€˜rsatilmagan
Toifa
koโ€˜rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri






โ•ญ๐Ÿฅโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฎ
N A M J O O N โ€Œ โ€ŒA โ€ŒS โ€ŒP
โ•ฐโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€ ๐Ÿก
โ˜… สŸแด‡แด›'๊œฑ ๊œฑแดœแด˜แด˜แดส€แด› แด„สœแด€ษดษดแด‡สŸ ส™แด‡สŸแดแดก ! โ‹†เฃช
ยฐโ™กยฐ๏ธถ๏ธถ๏ธถ๏ธถ๏ธถ๏ธถ๏ธถ๏ธถ๏ธถ๏ธถ๏ธถ๏ธถ ยฐโ™กยฐ
๊’ฐ ๐Ÿธ๐Ÿถ๐Ÿถ-๐Ÿน๐Ÿฟ๐Ÿฟ ๊œฑแดœส™๊œฑ ๊’ฑ

๐Ÿฅ เฐŒ @dssyuhada_by
โ•ฐโ”€> item direct kilang

๐Ÿก เฐŒ @kpoppershoptsyaa
โ•ฐโ”€> kpop merch here

๐Ÿฅ เฐŒ @randomlyquote
โ•ฐโ”€> random quote for you

๐Ÿก เฐŒ @quizsnpolls
โ•ฐโ”€> quiz and poll here

๐Ÿฅ เฐŒ @finnshop
โ•ฐโ”€> mnjual brang ootd viral DS NEEDED

๐Ÿก เฐŒ @topclosett
โ•ฐโ”€> all items under RM 10 , ds needed

๐Ÿฅ เฐŒ @trufflesvibes
โ•ฐโ”€> truffles aesthetic here

๐Ÿก เฐŒ @shushies
โ•ฐโ”€> songs , quotes n everything here

๐Ÿฅ เฐŒ @mochicafee
โ•ฐโ”€> kpop edit here

๐Ÿก เฐŒ @auflorashop
โ•ฐโ”€> cutie accessories with reasonable price

๐Ÿฅ เฐŒ @StudywithHub
โ•ฐโ”€> a place to study

๐Ÿก เฐŒ @loafyoorie
โ•ฐโ”€> small hut , random stuffs

๐Ÿฅ เฐŒ @cafestudy
โ•ฐโ”€> tips and motivation for study

๐Ÿก เฐŒ @bobatealiveee
โ•ฐโ”€> bobatea and your life !

๐Ÿฅ เฐŒ @IslamStayStrong
โ•ฐโ”€> share about ceramahยฒ & doaยฒ

๐Ÿก เฐŒ @nasynovels
โ•ฐโ”€> reading vibes

๐Ÿฅ เฐŒ @butterflylibrary
โ•ฐโ”€> aesthestic blue library

โ•ญโ”€โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”€โ•ฎ
DELETE AFTER 5 HOURS
โ•ฐโ”€โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”€โ•ฏ

โŽโŽโ™ก group promote โ™กโŽ โŽ 
โ•ฐโ”€โ–บ @letspr0mote

โŽโŽโ™ก asp info โ™กโŽ โŽ 
โ•ฐโ”€โ–บ @byleylaasp

โŽโŽโ™ก asp bot โ™กโŽ โŽ 
โ•ฐโ”€โ–บ pm @byleylaasp_bot

โ•ญโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€
โ™ก๏ธŽ Special seat today
โ•ฐโ”€โ–บย t.me/bobatealiveee


๐Ÿ”ฑ nyari quotes galau and ovt ? ayo mampir sini @sdnesslife โค๏ธโ€๐Ÿ”ฅ




๐Ÿ“ Q & A , spill and rate ๐Ÿ’€
silakan...


๐Ÿ‘ค mknn feveret nasik apa ? ๐Ÿ’

๐Ÿ‘ค @daisycottage

๐Ÿ‘ค spill your fav channel

๐Ÿ‘ค Nasik apa khabar ? ๐Ÿคจ

๐Ÿ‘ค ๐Ÿฅบ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜ก๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜Ž๐Ÿ†’๐Ÿ˜๐Ÿฅฒ๐Ÿ˜–๐Ÿฅตโ˜น๏ธ

๐Ÿ‘ค @poppingcorns

Bole join tk channel ni and rate this channel,,, thanks

๐Ÿ‘ฅ 6 people have voted so far.
๐Ÿ“– Anonymous Board




AMAR FARISH 15

Dia memang tiada modal untuk mengugut Zahra. Ugutan pecat ? Zahra langsung tidak takut, bahkan itulah yang dinanti-nantikan Zahra selama ini. Tetapi dia tidak mahu memecat Zahra sekarang. Dia masih menyimpan perasaan tidak puas hati kerana Zahra pernah menumpahkan kopi di jaket kesayangannya dan melawan kata-katanya. Di pejabat pun hanya Zahra seorang yang berani berkasar dengan Farish. Tujuannya cuma satu, dia hanya mahu Farish memecatnya dari syarikat itu. Tidak ingin dia bekerja di bawah Farish. Staf lain memang tabik dengan perangai Zahra yang terlebih berani bila berdepan dengan ketua mereka yang bermulut laser dan kononnya macho itu.

" Aku tetap nak kau tulis, sama ada kau suka atau tak ! ", Farish mula merentap kasar lengan Zahra. Zahra tersentak. Ini dah lebih !

" Woi rumpai laut, apa pegang-pegang ni ? Aku terajang kang ! ", Zahra menarik lengannya daripada pegangan Farish. Sesedap jiwa nak ugut-ugut aku.

" Apa kau panggil aku tadi ? Rumpai laut ? "


" Memang itu gelaran yang paling tepat untuk kau. Mat salih celup tak sedar diri, bajet nak buat rambut mamat korea. Macam rumpai laut je aku tengok ! " , Akhirnya terkeluar juga kata-kata yang selama ini tidak berkesempatan untuk dihamburkannya. Rasanya rumpai laut adalah gelaran yang paling sesuai untuk Farish. Rambut dia memang macam rumpai laut, tak tipu punya.

Farish ternganga. Speechless. Buat pertama kalinya sepanjang dia hidup selama dua puluh lima tahun, baru kali ini seorang gadis berani mengutuk fesyen rambutnya terang-terangan. Padahal selain wajah, gaya rambut inilah yang menjadi kegilaan para gadis. Ramai yang memuji dan mengatakan gaya rambut itu sesuai dengannya. Tapi sekarang ada orang menggelar rambutnya sebagai rumpai laut ???

" Perempuan yang tak pernah sedar handsomenya aku ni memang pelik. Mengikut pengalaman aku, perempuan macam kau ni memang tak pernah ada boyfriend pun, betul tak ? ", sindir Farish. Sarkastik. Zahra ketap bibir. Kenakan aku balik nampak ? Tapi memang aku tak pernah ada boyfriend pun.

" Haha... Haha... kesian kau, umur dah tua still single. ", Farish terus-terusan mengejek Zahra. Kita kasi dia bara. Hehe...

" Diamlah rumpai laut ! Kasanova Brazil kuno ! ", pekik Zahra kuat. Tanpa sedar dia menolak tubuh Farish. Farish hilang imbangan dan...

Debush !!! Macam badak berendam Farish terjatuh dalam kolam tersebut.

Zahra ternganga. Serius dia memang tidak sedar langsung. Habislah... esok mesti keluar surat khabar " RUMPAI LAUT JATUH KOLAM RENANG DITOLAK WARTAWAN SYARIKAT SENDIRI. "

Orang ramai mula mengerumuni Farish yang basah kuyup di dalam kolam.

" Woi perempuan gila, apa kau buat ni hah ?! ", Farish memekik. Zahra teguk liur. Orang di sekeliling mula memandangnya dan berbisik antara satu sama lain. Habislah... habislah...

" Zahra, apa awak buat ni ? ", bisik Rudy dari belakang. Zahra berpaling memandang Rudy dengan muka pucat. Rudy menarik lengan Zahra seakan menyuruh Zahra mengikutnya. Buat masa ini baik lari dulu. Bahaya kalau Farish tiba-tiba bertukar jadi The Hulk.
...

" Ara, Encik Farish suruh kau masuk bilik dia sekarang. ", Zahra terdiam. Pandangannya dikalihkan ke muka Jue yang nampak macam cacing kepanasan. Apa hal pulak minah ni ? Aku yang akan kena hukum, dia pulak yang risau.

" Okay, thanks... ", Zahra mengenyitkan mata pada Jue dan ingin melangkah ke bilik Farish, tetapi tiba-tiba Jue menarik tangannya.

" Errr... Ara, jalan terbaiknya kau mintak maaf jelah kat dia. Kata yang kau tak sengaja tolak dia jatuh swimming pool, ek ? Ek ? Ek ? "

Zahra tergelak. " Kau janganlah serius sangat. Setakat si rumpai laut tu, apa ada hal ? Kau ni sikit-sikit nak emo. Emo dengan serius tu macam virus. Dia makan semua jenis kegembiraan yang ada dalam diri. Bila perasaan gembira takde, mesti kau buat muka tak best. Kau bagi semua orang sekeliling kau rimas. Kalau aku rimas, aku tendang orang. Kau nak kena tendang ? "

Jue terdiam. Tidak sangka kut, dalam keadaan genting seperti ini boleh lagi Zahra buat muka selamba dan menuturkan ayat seperti itu. Zahra terus ke bilik Fari
sh.




Kerana itu dia membeli sebahagian saham syarikat tersebut agar dia dapat menemui anaknya dalam majlis-majlis begini, walaupun tidak selalu. Farish benar-benar tidak selesa. Dia cuba menarik tangannya daripada pegangan Tengku Kamal tetapi Tengku Kamal menggenggam tangannya seolah-olah ini kali terakhir dia dapat menggenggam tangan lelaki itu.

" Err... Tengku, I have to go now. ", ujar Farish menggoyangkan sedikit tangannya, berharap Tengku Kamal mengerti.

Cepat-cepat Tengku Kamal melepaskan pegangan tangannya. Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama dia memegang tangan Farish. Farish mengangguk sopan tanda pamitan dan terus berlalu. Isy, pelik betul la orang tua tu. Takkanlah tua-tua nak jadi gay lagi kut, getus Farish geli. Dia melangkah mendekati Rudy yang sedang makan kek cokkat sambil berdiri. Tak senonoh betul la.

" Woi ! "

" Isy, kau ni. Dah la datang tak bagi salam. Aku cucuk lubang hidung kau dengan sudu ni kang ! ", Rudy menghalakan sudu di tangannya ke muka Farish. Cepat Farish menepis.

" Perempuan tu mana ? "

" Perempuan mana pulak ?

" Bila aku sebut ' perempuan tu ' sepatutnya kau tahu perempuan mana yang aku maksudkan. "

" Ye la... kau kenal ramai perempuan, tak sempat aku nak hafal satu-satu. ", balas Rudy sambil mengesat mulut dengan belakang tapak tangan.

" Zahratul Jannah la, ngek ! ", Farish ketap gigi. Pengotor betul la budak ni. Makan macam budak lima tahun.

" Oh, dia kat kolam renang rasanya. Tengah sembang dengan Adruce. ", beritahu Rudy selamba. Kalau setakat Adruce, rasanya dia belum rasa tergugat. Adruce tidak adalah handsome sangat, perangai macam buaya tembaga pula tu. Dia tahu Zahra bukan jenis melayan semua orang. Farish meneguk liur. Darahnya dirasakan menyerbu ke muka.

" Ada jugak ke lelaki nak ajak dia sembang ? "

" Why not ? Ara tu comel jugak. ", Rudy tersenyum sambil menayangkan giginya yang sudah comot dengan coklat. Dia tahu dia menyatakan yang sebenarnya. Farish tersenyum sinis.

" Comel ? Teruknya tahap penglihatan kau ! "

" Pandangan aku, suka hati akulah nak kata apa. Alah, setakat si Adruce tu apalah sangat. Kaki betina. Kalau boleh gadis penjual burger pun dia nak sapu. Kau try ar usha, aku nak makan ni. Dah, blah... blah ! "

Farish mendengus. Tak pasal-pasal kena halau pulak. Dia melangkah keluar dari dewan untuk ke kolam renang. Huh, teruknya cita rasa Adruce. Kalau ya pun nak jadi buaya, flirt la yang ada kelas sikit. Ini reporter !

Selama ini Farish tidak pernah rasa tergugat dengan Adruce. Siapa tidak kenal Adruce Dato' Hashim ? Lelaki yang malas bekerja, hanya tahu menghabiskan duit ibu bapa. Tetapi kenapa pula dia perlu ambil peduli si buaya itu mendekati Zahra ? Bukankah dia sendiri merasa tidak tergugat ?

" Zahra. ", Farish menyapa.

Zahra dan Adruce menoleh hampir serentak.

" Well... well... well... Encik Farish, tak duduk kat dalam layan tetamu-tetamu you ? ", Adruce berlagak ramah.

" Tak apalah, nak ambik angin kat luar. Duduk lama-lama dalam ruang aircond tu rasa nak terkencing pulak. ", Farish tersenyum walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa menyampahnya dia pada Adruce saat ini. Nak ber " I-you " dengan aku konon ! Sekolah pun tak habis.

" Owh... okeylah Encik Farish. I pun tak nak ganggu you. Mungkin you nak berbual-bual dengan reporter you yang cantik jelita ni. I pergi dulu. ", Adruce meminta diri.

Sebaik Adruce menoleh, Farish buat mimik muka mengejek di belakang Adruce. Buat suara menggoda, konon berlagak gentleman. Di hadapan perempuan bolehlah.

Zahra simpan rasa ingin tergelak di dalam hati. Betapa hodohnya muka Farish bila dia buat macam tu. Memang eksklusif, laris kalau jual sebagai cover majalah.

" Wei Zahra, kau tau tak... "

" Tauhu kat kedai. ", potong Zahra selamba.

" Haha haha... lawaknya ! Dengar sini perempuan kampung, aku nak kau tulis lagi sekali artikel tentang kucing tu. Fakta, bukan karangan budak darjah satu ! ", suara Farish bertukar tegas.

" Kalau aku tak nak buat, kau nak buat apa ? "

Farish ketap bib
ir.


AMAR FARISH 14

Fara meminta diri untuk ke tandas bila dia sendiri sudah naik rimas mendengar Zahra merapu meraban tanpa diketahui apa yang cuba disampaikannya. Dia ke majlis makan malam ini atas arahan pihak atasan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Tengku Kamal akan turut menghadiri majlis makan malam ini kerana dia adalah salah seorang pemegang saham walaupun baru membeli saham seminggu lalu.

" Di sini Inspektor Fara, setakat ini saya belum nampak Tengku Kamal tapi saya akan terus mengawasi keadaan sekeliling. ", ujar Fara perlahan kepada cip yang sudah terpasang di badannya itu.

" Baiklah, laporkan kepada kami dari semasa ke semasa. ", respons satu suara dari cip tersebut. Fara mengangguk, walaupun tahu petugas yang mengarahkannya melalui cip tersebut tidak dapat melihat anggukannya. Nasib baik tidak ada orang dalam tandas, kalau tidak mesti orang ingat otak Fara masuk air pula.

" Acara apa sekarang ? ", Fara menyapa Zahra sebaik keluar dari tandas.

" Tu, rumpai laut nak bagi ucapan atas pentas. ", jawab Zahra selamba. Fara angkat kening. Dia memandang Farish yang baru naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan perasmian majlis.

" Rumpai laut ? Kenapa you panggil dia macam tu ? "

" Suatu hari nanti awak akan tahu. ", Zahra tersengih.

Fara terdiam. Ketika dia khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh Farish, matanya tetap liar mencari kelibat Tengku Kamal. Dia tidak tahu sama ada cuma dia atau orang juga perasan, wajah Tengku Kamal hampir seiras dengan Farish. Adakah itu cuma satu kebetulan ?

Zahra pun sudah bosan tahap lima kuasa dua eksponen lima puluh enam. Daripada dia mendengar ucapan syok sendiri Farish, lebih baik dia keluar ambil angin di tepi kolam renang.

" Hai pretty, sorang je ? "

Satu suara menyapa Zahra. Zahra menoleh. Seorang lelaki yang boleh tahan kacak tersenyum kepadanya. Dia malas berbahasa dan turut tersenyum. Dengan gaya berpakaian Zahra sekarang pun, masih ada lelaki yang mahu mendekatinya. Walaupun tidak pandai bergaya tetapi Zahra tetap tidak dapat menyembunyikan kejelitaan yang dimilikinya. Dia mewarisi kecantikan ibunya. Kalau tidak masakan ibunya pernah menjadi antara gadis kegilaan teruna di kampung suatu ketika dahulu.

" By the way, I'm Adruce. Your name ? ", lelaki itu memperkenalkan dirinya.

" Panggil Ara je. ", sahut Zahra buat-buat ramah. I say man, mamat sesat mana pulak ni ? Punyalah banyak perempuan malam ni, aku jugak yang dia tegur.

" Okay... Ara, why did you dress up like this ? Bertudung bukan alasan tak boleh bergaya, tau tak ? ", Adruce sudah memulakan ceramah tidak berbayarnya.

" Saya wartawan je. ", beritahu Zahra terus terang. Yalah, bukan dia yang dapat perhatian pun malam ini. Lainlah kalau dia ini anak Dato' ke, Tan Sri ke. Setakat cucu kepada atuk tak de sape pandanglah...

" Owh... I'm sorry, kerja kat Media Art & Craft ke ? My dad cuma pemegang saham company tu. Malam ni I cuma temankan dia. ", Adruce mula membuka cerita. Zahra sekadar menjadi pendengar. Haish, macam mana nak lari ni ? Tak ada siapa berminat nak dengar cerita kaulah. Aku nak balik tidur ni. Sakit pankreas betul la...
...

Seusai menyudahkan ucapannya, Farish turun dari pentas. Ketika itu juga dia melangkah mendekati papanya yang ingin memperkenalkannya dengan beberapa orang kenamaan.

" Rich, kenalkan Tengku Kamal, antara pemegang saham company kita. Dia baru beli saham kita seminggu yang lepas. ", beritahu Dato' Sharif.

Ketika itu juga Kamal tergamam. Buat pertama kali dis melihat Farish dari dekat. Terlalu dekat. Anakku... rintihnya di dalam hati.

Farish tersenyum dan menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Tengku Kamal namun Tengku Kamal diam tidak berkutik. Dia asyik merenung Farish hingga membuat Farish tidak selesa. Dato' Sharif berdeham, mengembalikan Kamal ke dunia nyata. Kamal tersenyum dan menyambut huluran tangan Farish. Setelah berpuluh-puluh tahun, baru hari ini dia dapat menyentuh anaknya semula. Selama ini dia cuma memerhati dari jauh.

Menurut pembantunya, Farish telah menjawat jawatan tinggi di Media Art & Craft Berh
ad.




Sekali lagi dia bersalaman dengan ibu Rudy dan terus berlalu dari situ untuk mengusha Fara pula.
...

" Dia cantik ! "

Itu komen pertama yang keluar daripada mulut Puan Sara sebaik Zahra berlalu meninggalkan mereka tiga beranak. Rudy tersenyum.

" She is. Dia cukup pakej. Cantik, tinggi, petah. She should be our model for Muslimah fashion magazine. "

" Aiii... lain macam je bunyinya kamu ni, Rudy. Ingat sikit, dia tu wartawan company. ", Encik Suhaimi mengingatkan. Rudy angkat kening.

" So what, babah ? Sebab dia wartawan jadi Rudy tak boleh puji dia ? "

" Kamu betul Rudy. Dia cantik tapi pakaian yang dia pakai untuk majlis malam ni agak... ", ayat Puan Sara tergantung di situ.

" Rudy dah tanya dia kalau dia perlukan baju sponsor atau tak tapi dia tolak. Dia kata dia cuma reporter dan datang sini sebab tugas. Jadi tak perlu nak melawa sangat. ", terang Rudy sambil matanya tidak lepas daripada memandang Zahra yang sedang berbual dengan Fara.

Betul. Zahra memang tidak bergaya malam ini. Cuma memakai tudung dengan kemeja serta vest dan berseluar slack. Di leher pula tergantung kamera. Walaupun boleh dikatakan tidak bersiap tetapi Rudy tetap rasa Zahra yang paling cantik malam itu. Haiii... orang kalau dah angau, kawan tu kentut pun dikata wan
gi.


AMAR FARISH 13

" Boringnya aku ! Benci betul aku kalau dah masuk majlis orang-orang VIP ni. Ingat aku suka ke duduk sorang-sorang ni ? Bila dah geram macam-macam rasa ada. Rasa macam nak berenang di Kutub Utara, tak pun rasa nak panjat Gunung Everest atau nak delete akaun Facebook. ", Zahra membebel meraban seorang diri. Majlis makan malam orang-orang besar ni memang membosankan.

" Si Rudy ni pun satulah. Dari tadi aku cari tak jumpa-jumpa jugak. Nak main nyorok-nyorok dengan aku ke ? Aku tahulah aku ni wartawan je. Dapat masuk ke majlis makan malam di kalangan VIP ni pun sebab kena buat laporan. ", katanya lagi.

Zahra pandang sekeliling. Tidak kira lelaki perempuan kelas atasan semua berbual sesama sendiri, sedangkan dia terkontang-kanting seorang diri. Jue memang tidak boleh temankan dia malam ini kerana dia pun ada tugas lain. Nak tak nak, terpaksalah tebalkan muka. Dia datang sebab tugas, bukan nak mengurat VIP. Lensa kamera dihalakan ke sekumpulan VIP yang sedang berbual sambil bergelak ketawa. Sekejap haha haha... lepas tu hehehe... pastu kihkihkih... Apa yang lawak entah. Lantaklah, ambik je gambar buat syarat.

Snap ! Done. Nak ambik gambar siapa pulak ek ? Lensa kamera dihalakan ke sudut lain pula. Tengah-tengah dia zoom kamera untuk dapatkan shoot terbaik, lensa kameranya menangkap tubuh seorang lelaki dari jauh. Lelaki tu ? Amar Farish ? Argh... dia lagi !

Zahra buat muka blur. Dia tahu lelaki itu memang pandai menggunakan aset yang dia miliki untuk goda perempuan. Macam sekarang, dia sibuk berbual dengan sekumpulan gadis-gadis cantik dan seksi. Mestilah anak-anak orang kaya semuanya. Gila glamour betul dia ni.

" Assalamualaikum Zahra. Tengok apa tu ? ", cepat Zahra menoleh bila ada seseorang menyapanya.

Zahra cuba mengawal diri. Rudy di belakangnya, bertuxedo dengan rambut lurus bersisir kemas. Dia memang handsome, muka ala-ala Korean walaupun tidak dapat menandingi wajah pan Asian Farish.

" Eh, Encik Rudy. Tak de... saya perhati dewan ni. Cantik jugak. Pertama kali saya sertai majlis besar macam ni. ", Zahra memberitahu, padahal dia langsung tidak rasa teruja datang ke sini. Lebih baik balik makan Maggi kat rumah !

" Mari, saya kenalkan awak dengan parents saya. ", kata Rudy lagi.

Zahra tergamam. What ? Parents ? Kenapa nak perkenalkan aku dekat parents dia pulak ? Aku tak ada pilihan bila Rudy dah buat muka lima sen berkulat. Tak apalah, lebih baik kenal parents dia daripada duduk sorang-sorang kat sini ibarat unta di padang pasir. Huhu...

" Ibu, babah, kenalkan ini Zahratul Jannah, wartawan baru Media Art & Craft. Zahra, ini ibu dan babah saya, Puan Sara dan Encik Suhaimi Seth. "

Zahra bersalam sopan dengan ibu Rudy dan cuma senyum pada babahnya. Suhaimi Seth ? Patutlah Rudy ala-ala Cina sikit, Korean pun ada, ayah dia memang Cina rupanya. Wah, anak kacukan rupanya dia ni. Dahlah handsome, baik pulak tu. I loikeee ! Zahra tersengih dalam hati. Macamlah Rudy suka kat aku, perasan pulak !

" Err... Ara, babah saya ni abang kepada ibu Farish. So sebab tu saya dengan Farish pangkat sepupu. Babah saya salah seorang pengarah Media Art & Craft, tapi dia jarang ada kat office sebab selalu bertugas kat luar. Kalau tak faham apa-apa, boleh tanya okey ? ", beritahu Rudy lagi.

Zahra mengangguk bersungguh-sungguh. Tetapi dalam hati dia sedikit tertanya-tanya. Kalau ayah Rudy ialah abang kepada ibu Farish, mestilah muka ibu Farish pun macam Cina, tapi kenapa si Farish ni ada rupa mat salih ? Nak kata Dato' Sharif tu macam mat salih, jauh panggang dari api. Memang muka Melayu tulen. Habis si Farish tu ikut muka siapa ? Takkan kenan mat salih sampai jauh sangat beza ? Hmm...

Sedang dia mengusha-usha keadaan sekeliling, dia ternampak seseorang. Bukan Farish, mamat tu nak buat apa. Dia nampak Fara, wartawan yang baru sehari bertugas di Media Art & Craft Berhad. Apa dia buat kat sini ? Buat liputan ke ? Tak pentinglah, yang penting aku dah ada geng.

" Okey, Encik Rudy. Sorry saya kena jalankan tugas sekarang. Pergi dulu. ", Zahra meminta diri. Lama-lama di sini nanti kerja tidak jalan pu
la.




Sebaik sahaja memberikan arahannya, Farish terus melangkah pergi dengan penuh selamba badak. Zahra ternganga. Artikel tentang kucing ? Siapa nak baca pasal kucing ? Haish... !

Tiba-tiba Zahra teringatkan kucing Jue bernama Arshavin di rumah. Dia tersenyum. Ada hati kau nak buli aku ek ? Okey fine, kau bacalah artikel yang bakal aku persembahkan pada kau n
i.

Saya ada kucing bernama Arshavin. Entah dari mana dia datang. Kalau dari bunyi " meow " dia, ada bunyi Latin. Kalau di rumah kami, Arshavin selalu dapat makan makanan sedap. Hari-hari makan Whiskas. Pada aku memang tak manis kalau aku sendiri tak dapat makan nasi sebab beli Whiskas tapi tak pe la, Jue kadang-kadang belanja aku makan. Mungkin Arshavin dah boring dengan makanan yang sama jadi dia lebih selesa lepak di rumah sebelah. Di rumah sebelah Arshavin lebih glemer dengan nama Ash. Ini akal budak-budak sana. Tak sedap langsung nama. Macam " ashtray " pun ada bunyinya. Arshavin memang suka lepak di sana sebab di sana ada macam-macam makanan. Kadang-kadang tulang ayam, tulang ikan atau sekali-sekala nasi. Itu pun nasi yang lebih orang makan tak habis. Rupa-rupanya dia lebih suka makanan ala kampung. Arshavin ada anak. Anak dia tiga semuanya. Aku harap anak dia bila dah besar nanti pandai mengaji, solat tak tinggal, hormat ibu bapa, SPM 20A, kenal halal haram, tak shuffle dan juga tak pakai seluar skinny jeans warna-warni. Bukan apa, buruk sangat rupanya.

" Zahratul Jannah !!!! ", Farish menjerit sekuat-kuat hati sebaik selesai membaca artikel yang dipersembahkan Zahra kepadanya. Kurang asam punya perempuan ! Aku suruh tulis fakta tentang kucing, bukan cerita tentang kucing peliharaan.

Staf di luar bilik Farish sudah saling berpandangan. Pertama kali jejaka yang kononnya termacho di pejabat itu mengamuk. Ada staf yang memandang Zahra kerana tahu Farish mengamuk disebabkan wartawan baharu itu. Selama ini pun cuma Zahra yang berani cari gaduh dengan Farish.

" Err... Ara, Encik Farish cari kau tu. ", beritahu Jue, mendekati meja Zahra dengan wajah kecut. Namun Zahra tetap bersahaja. Boleh pula ketawa macam sawan malaria. Terus dia mengemas barang-barangnya dan menyarung kamera digital di leher. Dia ada tugasan di luar untuk artikel terbaharunya.

" Bagi tahu mamat tu, aku pergi honeymoon kat honey star. Cau ! ", Zahra terus berlalu sambil tersenyum kemenangan. Kalau orang sangka gadis kampung yang seorang ini lemah lembut, dengar arahan alias jenis lembu kena cucuk hidung, memang silap oranglah. Dia memang jenis tak makan saman sebab dia memang tak pernah disamun pun. Nak kena saman macam mana ? Kereta pun tak a
da.


AMAR FARISH 12

" Kucing tak pernah tolak ikanlah. Cepatlah , cun ke tak ?

Rudy memuncungkan bibir.

" Hmm... not bad. Pandai bergaya. Cun jugak la tapi nampak garang sikit. "

" Garang ? Takpe, makin garang makin best. ", Farish ketawa. Di kepalanya sudah terpasang angan-angan untuk mengayat staf baharu syarikat itu.

Rudy tergeleng-geleng. Dia sendiri sudah kehabisan ayat untuk menasihati Farish. Lantaklah nak ayat siapa pun. Asalkan jangan Zahratul Jannah aku. Haish, sejak bila pulak minah tu jadi hak milik aku ? Rudy tersengih sendiri dan terus mencuci gelasnya yang telah kosong.
...

" Inspektor Fara, sila lapor tentang keadaan anda. "

Ketika Fara duduk di mejanya untuk memulakan tugasnya sebagai wartawan pada hari pertama, dia terdengar satu suara menembusi lubang telinganya. Fara mengambil telefon bimbit, berpura-pura dia sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Badannya telah dipasang dengan wayar-wayar yang membolehkan petugas risikan berkomunikasi dengannya tanpa disyaki sesiapa.

" Setakat ni keadaan terkawal. Tak ada siapa tahu tentang identiti sebenar saya kecuali Dato' Sharif. ", beritahu Fara perlahan.

" Sila jalankan tugas anda sekarang. "

Mendengarkan arahan itu, Fara segera menangkap. Dia mengemas barang-barangnya untuk keluar dari bangunan Media Art & Craft Berhad bagi menjalankan tugas sebenarnya. Dia memilih untuk memegang jawatan sebagai wartawan kerana dia boleh keluar masuk pejabat dengan alasan ada liputan di luar dan memerlukan artikel untuk majalah. Ketika dia baru bangun dari kerusi, Farish datang menyapanya dengan segaris senyuman menggoda.

" Hai, you staf baru kat sini ? ", soal Farish. Fara sekadar mengangguk dengan wajah sedikit tegas. Farish mengangguk-angguk.

" By the way, I Farish, pemangku CEO kat sini. Kalau ada apa-apa yang you tak faham, you boleh tanya I. Anything. "

" Baiklah, saya pergi dulu, Encik Farish. ", Fara tiada masa mahu melayan Farish kerana tugasannya sekarang lebih penting. Dia terus melangkah laju meninggalkan Farish yang terpinga-pinga.

Farish menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Sebetulnya dia agak tersentap. Pelik, takkan perempuan tadi langsung tidak tertarik dengan aset senyuman menggoda yang dimilikinya ?

" Kata segelintir lelaki, kucin tak pernah tolak ikan. Tapi Fara bukannya ikan. Kalau Fara sejenis ikan, dah lama Fara mati sebab tak boleh bernafas di darat. "

Farish menoleh sebaik mendengar kata-kata sindiran yang ditujukan kepadanya. Siapa lagi yang berani menyindirnya di pejabat itu kalau bukan Rudy.

" Hei, ini baru permulaan okey. Aku fahamlah, tugas sebagai wartawan ni agak sibuk. ", balas Farish. Cuba menyedapkan hati sendiri sebenarnya. Rudy malas mahu membalas. Farish memang tidak tahu mengalah. Ikut genetik siapa agaknya. Terus dia melangkah pergi dari situ.

Farish mengeluh. Dia mengerling jam tangannya. Baru pukul sepuluh pagi. Aish, bosan la pulak. Rasa macam nak sakat orang tapi nak sakat sape ek ? Kalau aku sakat mak cik cleaner kang, takut mak cik tu ingat aku nak flirt dia pulak. Toleh punya toleh, Farish ternampak Zahra yang sedang tekun menyiapkan kerja di mejanya. Yes, ada jugak mangsa.

" Woi ! "

Tersentak Zahra dengan kedatangan Farish secara tiba-tiba itu. Zahra ketap bibir. Mamat ni memang tak pernah kasi aku senang hati.

" Kau nak apa ? " , dengus Zahra. Di pejabat itu hanya dia seorang yang berani membahasakan diri sebagai " aku-kau " dengan Farish walaupun sudah berkali-kali Jue melarangnya untuk membahasakan diri dengan Farish begitu kerana Farish adalah ketua di sini, tetapi Zahra buat tidak dengar sahaja. Apa Farish boleh buat ? Pecat dia ? Memang itulah yang dia tunggu-tunggu selama ini. Farish tersenyum sinis sambil mengangkat kening.

" Weh, aku nak bagi tahu kau ni. Aku sekarang boring kali keempat ratus lima puluh enam bersamaan empat poin lima kuasa dua puluh tujuh. "

" So, apa kaitannya dengan aku ? ", sela Zahra malas.

" Kaitannya ialah aku bagi masa setengah jam kat kau. Tulis satu artikel tentang kucing yang akan disiarkan dalam majalah bulan depan. Lepas ni letak atas meja aku, okey
? "




" Anak mama... jangan nakal-nakal ye . Jadi anak yang baik . Mama dan Papa sayang sangat kat Nasha . Kamu merupakan anugerah yang paling indah dalam hidup kami . Membesar dengan baik ye . ", ucap Tengku Aireen dengan linangan air mata . Ibu mana yang sanggup berpisah dengan anak mereka ? Lagi-lagi anak yang baru sahaja lahir di dunia . Mak Lin menahan air matanya dari turut mengalir . Dia sangat faham akan perasaan itu meskipun dia tidak mempunyai zuriat sendiri .

" Puan... Puan janganlah macam ni . Kalau Tuan tahu ni , mesti dia sedih . Puan ikut ye ? Kita jalan perlahan-lahan . ", Mak Lin cuba memujuk .

" Tak , Mak Lin . Saya tak akan tinggalkan suami saya seorang diri . Mak Lin tolong la saya... bawa Nasha ke tempat yang selamat . Saya amanahkan Mak Lin untuk jaga dia . Tolong... ", pinta Tengku Aireen sambil mengenggam tangan wanita itu . Mak Lin akhirnya mengangguk dengan bermacam rasa di hatinya .

Melihatkan Mak Lin yang sudah berlalu pergi , Tengku Aireen mengukirkan senyuman kelegaan . Tiba-tiba...

Bang ! Bang ! Bang !

" Abang !!
! "


Prolog Pujaan Hati Mr Konkrit

" Alhamdulillah , Puan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan . Comel mukanya . " , kata Mak Lin dengan senyuman . Dia menyerahkan bayi itu kepada Tengku Aireen yang kelihatan lemah setelah bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya . Bayi itu disambut dengan senyuman bahagia . Suaminya , Tuan Khairuddin turut tersenyum .

" Bang , comel kan ? " , soal Tengku Aireen sambil matanya tidak lepas memandang wajah putih kemerah-merahan itu .

" Iye sayang . Comel sangat ! Like her mother . Erm... sayang , abang minta maaf ye . "

" Minta maaf kenapa pulak , bang ? " , soal Tengku Aireen lagi seraya memandang wajah kacak suaminya yang kelihatan serba salah .

" Sebab sayang kena lahirkan anak kita di rumah dan bukan di hospital . Ab... "

" Takpe , bang . Saya faham . Lagipun , saya tahu yang keadaan dekat luar tu tak selamat , kan ? "

" Hmm... disebabkan abang , semua perkara jadi huru-hara sekarang . I'll not forgive myself if something happens to you and our daughter . I'm sorry... " , ujar Tuan Khairuddin seraya mengenggam tangan isterinya .

" Dahla tu . Now , apa nama yang kita nak bagi dekat anak kita yang cute ni ? "

" Nasha . "

" Just Nasha ? "

" Hehe... bagi abang nama tu cantik . "

" Hmm... how about , Nasha Atiqah ? "

" Bole jugak . Anyway , thank you so much sayang sebab lahirkan anak kita . Love you so much ! " , ucap Tuan Khairuddin sebelum mencium pipi isterinya . Tengku Aireen menahan malu apabila matanya terpandangkan Mak Lin , pembantu rumah mereka yang tersenyum-senyum .

" Terima kasih jugak pada Mak Lin . Kalau tak ada Mak Lin , tak lahirlah anak kami ni . Terima kasih banyak-banyak ye . " , kata Tuan Khairuddin pada Mak Lin pula . Mereka suami isteri sudah menganggap wanita itu seperti ibu mereka sendiri kerana beliau merupakan seorang yang lemah lembut , penyabar dan yang paling penting pandai memberi nasihat .

" Sama-sama . Mak Lin pun dah anggap kamu berdua ni macam anak Mak Lin sendiri dah . "

Mak Lin hanya tersenyum sambil memandang pasangan suami isteri itu . Dia berdoa agar mereka selalu dilindungi dari segalanya dan diberkati sentiasa .

" Tuan , Puan... Mak Lin pergi belakang dulu ye . Nak bersihkan barang-barang ni . Kalau ada apa-apa , panggil je . ", ujar Mak Lin . Di tangannya terdapat sebuah besen dan sehelai kain yang sudah kotor . Pasangan suami isteri itu hanya mengangguk dengan senyuman .

" Bang , kalau terjadi apa-apa pada saya , abang jaga anak kita ni baik-baik ye . ", kata Tengku Aireen tiba-tiba .

" Apa yang awak merepek ni... Kit.. "

" Abang , please ? ", pintas Tengku Aireen . Dia memandang tepat ke anak mata suaminya . Tuan Khairuddin hanya tersenyum nipis .

" Abang... "

Belum sempat dia menyambung kata-katanya , kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu di luar banglo itu . Mereka berpandangan sesama sendiri . Tetapi tidak lama apabila Tuan Khairuddin dengan wajah cemasnya , memapah isterinya untuk bangun .

" Awak... awak kena lari . Bawa Nasha ni . Mak Lin !! Mak Lin !! ", laung Tuan Khairuddin .

Mak Lin yang baru tiba semula di ruang tamu itu turut cemas apabila mendengar bunyi tembakan . Dia membantu Tengku Aireen untuk berjalan .

" Mak Lin , tolong bawa isteri dan anak saya ni kat tempat yang selamat ye . Kalau boleh , keluar terus dari rumah ni ikut pintu belakang . Boleh kan , Mak Lin ? ", soal Tuan Khairuddin . Kelihatan wajahnya mula berpeluh . Mak Lin terus mengangguk . Dalan hatinya , tidak putus-putus berdoa . Perlahan-lahan dibantunya Tengku Aireen untuk bangun .

" Sakit... Mak Lin . Saya... tak boleh.... Sakit sangat... ", Tengku Aireen memegang bawah perutnya yang terasa sakit . Akhirnya , dia menyerahkan anaknya yang masih lena itu kepada Mak Lin .

" Mak Lin tolong bawak anak saya ni ye . Saya pergi dengan suami saya nanti . ", kata Tengku Aireen dengan suara yang lemah . Sebuah ciuman diberikan di dahi puterinya it
u .

20 ta oxirgi post koโ€˜rsatilgan.

249

obunachilar
Kanal statistikasi