AMAR FARISH 12
" Kucing tak pernah tolak ikanlah. Cepatlah , cun ke tak ?
Rudy memuncungkan bibir.
" Hmm... not bad. Pandai bergaya. Cun jugak la tapi nampak garang sikit. "
" Garang ? Takpe, makin garang makin best. ", Farish ketawa. Di kepalanya sudah terpasang angan-angan untuk mengayat staf baharu syarikat itu.
Rudy tergeleng-geleng. Dia sendiri sudah kehabisan ayat untuk menasihati Farish. Lantaklah nak ayat siapa pun. Asalkan jangan Zahratul Jannah aku. Haish, sejak bila pulak minah tu jadi hak milik aku ? Rudy tersengih sendiri dan terus mencuci gelasnya yang telah kosong.
...
" Inspektor Fara, sila lapor tentang keadaan anda. "
Ketika Fara duduk di mejanya untuk memulakan tugasnya sebagai wartawan pada hari pertama, dia terdengar satu suara menembusi lubang telinganya. Fara mengambil telefon bimbit, berpura-pura dia sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Badannya telah dipasang dengan wayar-wayar yang membolehkan petugas risikan berkomunikasi dengannya tanpa disyaki sesiapa.
" Setakat ni keadaan terkawal. Tak ada siapa tahu tentang identiti sebenar saya kecuali Dato' Sharif. ", beritahu Fara perlahan.
" Sila jalankan tugas anda sekarang. "
Mendengarkan arahan itu, Fara segera menangkap. Dia mengemas barang-barangnya untuk keluar dari bangunan Media Art & Craft Berhad bagi menjalankan tugas sebenarnya. Dia memilih untuk memegang jawatan sebagai wartawan kerana dia boleh keluar masuk pejabat dengan alasan ada liputan di luar dan memerlukan artikel untuk majalah. Ketika dia baru bangun dari kerusi, Farish datang menyapanya dengan segaris senyuman menggoda.
" Hai, you staf baru kat sini ? ", soal Farish. Fara sekadar mengangguk dengan wajah sedikit tegas. Farish mengangguk-angguk.
" By the way, I Farish, pemangku CEO kat sini. Kalau ada apa-apa yang you tak faham, you boleh tanya I. Anything. "
" Baiklah, saya pergi dulu, Encik Farish. ", Fara tiada masa mahu melayan Farish kerana tugasannya sekarang lebih penting. Dia terus melangkah laju meninggalkan Farish yang terpinga-pinga.
Farish menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Sebetulnya dia agak tersentap. Pelik, takkan perempuan tadi langsung tidak tertarik dengan aset senyuman menggoda yang dimilikinya ?
" Kata segelintir lelaki, kucin tak pernah tolak ikan. Tapi Fara bukannya ikan. Kalau Fara sejenis ikan, dah lama Fara mati sebab tak boleh bernafas di darat. "
Farish menoleh sebaik mendengar kata-kata sindiran yang ditujukan kepadanya. Siapa lagi yang berani menyindirnya di pejabat itu kalau bukan Rudy.
" Hei, ini baru permulaan okey. Aku fahamlah, tugas sebagai wartawan ni agak sibuk. ", balas Farish. Cuba menyedapkan hati sendiri sebenarnya. Rudy malas mahu membalas. Farish memang tidak tahu mengalah. Ikut genetik siapa agaknya. Terus dia melangkah pergi dari situ.
Farish mengeluh. Dia mengerling jam tangannya. Baru pukul sepuluh pagi. Aish, bosan la pulak. Rasa macam nak sakat orang tapi nak sakat sape ek ? Kalau aku sakat mak cik cleaner kang, takut mak cik tu ingat aku nak flirt dia pulak. Toleh punya toleh, Farish ternampak Zahra yang sedang tekun menyiapkan kerja di mejanya. Yes, ada jugak mangsa.
" Woi ! "
Tersentak Zahra dengan kedatangan Farish secara tiba-tiba itu. Zahra ketap bibir. Mamat ni memang tak pernah kasi aku senang hati.
" Kau nak apa ? " , dengus Zahra. Di pejabat itu hanya dia seorang yang berani membahasakan diri sebagai " aku-kau " dengan Farish walaupun sudah berkali-kali Jue melarangnya untuk membahasakan diri dengan Farish begitu kerana Farish adalah ketua di sini, tetapi Zahra buat tidak dengar sahaja. Apa Farish boleh buat ? Pecat dia ? Memang itulah yang dia tunggu-tunggu selama ini. Farish tersenyum sinis sambil mengangkat kening.
" Weh, aku nak bagi tahu kau ni. Aku sekarang boring kali keempat ratus lima puluh enam bersamaan empat poin lima kuasa dua puluh tujuh. "
" So, apa kaitannya dengan aku ? ", sela Zahra malas.
" Kaitannya ialah aku bagi masa setengah jam kat kau. Tulis satu artikel tentang kucing yang akan disiarkan dalam majalah bulan depan. Lepas ni letak atas meja aku, okey ? "