Sebaik sahaja memberikan arahannya, Farish terus melangkah pergi dengan penuh selamba badak. Zahra ternganga. Artikel tentang kucing ? Siapa nak baca pasal kucing ? Haish... !
Tiba-tiba Zahra teringatkan kucing Jue bernama Arshavin di rumah. Dia tersenyum. Ada hati kau nak buli aku ek ? Okey fine, kau bacalah artikel yang bakal aku persembahkan pada kau ni.
Saya ada kucing bernama Arshavin. Entah dari mana dia datang. Kalau dari bunyi " meow " dia, ada bunyi Latin. Kalau di rumah kami, Arshavin selalu dapat makan makanan sedap. Hari-hari makan Whiskas. Pada aku memang tak manis kalau aku sendiri tak dapat makan nasi sebab beli Whiskas tapi tak pe la, Jue kadang-kadang belanja aku makan. Mungkin Arshavin dah boring dengan makanan yang sama jadi dia lebih selesa lepak di rumah sebelah. Di rumah sebelah Arshavin lebih glemer dengan nama Ash. Ini akal budak-budak sana. Tak sedap langsung nama. Macam " ashtray " pun ada bunyinya. Arshavin memang suka lepak di sana sebab di sana ada macam-macam makanan. Kadang-kadang tulang ayam, tulang ikan atau sekali-sekala nasi. Itu pun nasi yang lebih orang makan tak habis. Rupa-rupanya dia lebih suka makanan ala kampung. Arshavin ada anak. Anak dia tiga semuanya. Aku harap anak dia bila dah besar nanti pandai mengaji, solat tak tinggal, hormat ibu bapa, SPM 20A, kenal halal haram, tak shuffle dan juga tak pakai seluar skinny jeans warna-warni. Bukan apa, buruk sangat rupanya.
" Zahratul Jannah !!!! ", Farish menjerit sekuat-kuat hati sebaik selesai membaca artikel yang dipersembahkan Zahra kepadanya. Kurang asam punya perempuan ! Aku suruh tulis fakta tentang kucing, bukan cerita tentang kucing peliharaan.
Staf di luar bilik Farish sudah saling berpandangan. Pertama kali jejaka yang kononnya termacho di pejabat itu mengamuk. Ada staf yang memandang Zahra kerana tahu Farish mengamuk disebabkan wartawan baharu itu. Selama ini pun cuma Zahra yang berani cari gaduh dengan Farish.
" Err... Ara, Encik Farish cari kau tu. ", beritahu Jue, mendekati meja Zahra dengan wajah kecut. Namun Zahra tetap bersahaja. Boleh pula ketawa macam sawan malaria. Terus dia mengemas barang-barangnya dan menyarung kamera digital di leher. Dia ada tugasan di luar untuk artikel terbaharunya.
" Bagi tahu mamat tu, aku pergi honeymoon kat honey star. Cau ! ", Zahra terus berlalu sambil tersenyum kemenangan. Kalau orang sangka gadis kampung yang seorang ini lemah lembut, dengar arahan alias jenis lembu kena cucuk hidung, memang silap oranglah. Dia memang jenis tak makan saman sebab dia memang tak pernah disamun pun. Nak kena saman macam mana ? Kereta pun tak ada.