AMAR FARISH 13
" Boringnya aku ! Benci betul aku kalau dah masuk majlis orang-orang VIP ni. Ingat aku suka ke duduk sorang-sorang ni ? Bila dah geram macam-macam rasa ada. Rasa macam nak berenang di Kutub Utara, tak pun rasa nak panjat Gunung Everest atau nak delete akaun Facebook. ", Zahra membebel meraban seorang diri. Majlis makan malam orang-orang besar ni memang membosankan.
" Si Rudy ni pun satulah. Dari tadi aku cari tak jumpa-jumpa jugak. Nak main nyorok-nyorok dengan aku ke ? Aku tahulah aku ni wartawan je. Dapat masuk ke majlis makan malam di kalangan VIP ni pun sebab kena buat laporan. ", katanya lagi.
Zahra pandang sekeliling. Tidak kira lelaki perempuan kelas atasan semua berbual sesama sendiri, sedangkan dia terkontang-kanting seorang diri. Jue memang tidak boleh temankan dia malam ini kerana dia pun ada tugas lain. Nak tak nak, terpaksalah tebalkan muka. Dia datang sebab tugas, bukan nak mengurat VIP. Lensa kamera dihalakan ke sekumpulan VIP yang sedang berbual sambil bergelak ketawa. Sekejap haha haha... lepas tu hehehe... pastu kihkihkih... Apa yang lawak entah. Lantaklah, ambik je gambar buat syarat.
Snap ! Done. Nak ambik gambar siapa pulak ek ? Lensa kamera dihalakan ke sudut lain pula. Tengah-tengah dia zoom kamera untuk dapatkan shoot terbaik, lensa kameranya menangkap tubuh seorang lelaki dari jauh. Lelaki tu ? Amar Farish ? Argh... dia lagi !
Zahra buat muka blur. Dia tahu lelaki itu memang pandai menggunakan aset yang dia miliki untuk goda perempuan. Macam sekarang, dia sibuk berbual dengan sekumpulan gadis-gadis cantik dan seksi. Mestilah anak-anak orang kaya semuanya. Gila glamour betul dia ni.
" Assalamualaikum Zahra. Tengok apa tu ? ", cepat Zahra menoleh bila ada seseorang menyapanya.
Zahra cuba mengawal diri. Rudy di belakangnya, bertuxedo dengan rambut lurus bersisir kemas. Dia memang handsome, muka ala-ala Korean walaupun tidak dapat menandingi wajah pan Asian Farish.
" Eh, Encik Rudy. Tak de... saya perhati dewan ni. Cantik jugak. Pertama kali saya sertai majlis besar macam ni. ", Zahra memberitahu, padahal dia langsung tidak rasa teruja datang ke sini. Lebih baik balik makan Maggi kat rumah !
" Mari, saya kenalkan awak dengan parents saya. ", kata Rudy lagi.
Zahra tergamam. What ? Parents ? Kenapa nak perkenalkan aku dekat parents dia pulak ? Aku tak ada pilihan bila Rudy dah buat muka lima sen berkulat. Tak apalah, lebih baik kenal parents dia daripada duduk sorang-sorang kat sini ibarat unta di padang pasir. Huhu...
" Ibu, babah, kenalkan ini Zahratul Jannah, wartawan baru Media Art & Craft. Zahra, ini ibu dan babah saya, Puan Sara dan Encik Suhaimi Seth. "
Zahra bersalam sopan dengan ibu Rudy dan cuma senyum pada babahnya. Suhaimi Seth ? Patutlah Rudy ala-ala Cina sikit, Korean pun ada, ayah dia memang Cina rupanya. Wah, anak kacukan rupanya dia ni. Dahlah handsome, baik pulak tu. I loikeee ! Zahra tersengih dalam hati. Macamlah Rudy suka kat aku, perasan pulak !
" Err... Ara, babah saya ni abang kepada ibu Farish. So sebab tu saya dengan Farish pangkat sepupu. Babah saya salah seorang pengarah Media Art & Craft, tapi dia jarang ada kat office sebab selalu bertugas kat luar. Kalau tak faham apa-apa, boleh tanya okey ? ", beritahu Rudy lagi.
Zahra mengangguk bersungguh-sungguh. Tetapi dalam hati dia sedikit tertanya-tanya. Kalau ayah Rudy ialah abang kepada ibu Farish, mestilah muka ibu Farish pun macam Cina, tapi kenapa si Farish ni ada rupa mat salih ? Nak kata Dato' Sharif tu macam mat salih, jauh panggang dari api. Memang muka Melayu tulen. Habis si Farish tu ikut muka siapa ? Takkan kenan mat salih sampai jauh sangat beza ? Hmm...
Sedang dia mengusha-usha keadaan sekeliling, dia ternampak seseorang. Bukan Farish, mamat tu nak buat apa. Dia nampak Fara, wartawan yang baru sehari bertugas di Media Art & Craft Berhad. Apa dia buat kat sini ? Buat liputan ke ? Tak pentinglah, yang penting aku dah ada geng.
" Okey, Encik Rudy. Sorry saya kena jalankan tugas sekarang. Pergi dulu. ", Zahra meminta diri. Lama-lama di sini nanti kerja tidak jalan pula.